06 October, 2010

Cuti..

Assalamualaikum.

Kesyukuran ana panjatkan buat Ilahi..krna saat ini,detik ini kita masih diberi nikmat untuk terus bernafas dibumi-Nya..moga ana dan semua akan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur..

Exam baru je habis...lega skit..tapi ini bukan bermakna hidup penulis telah hampir sampai ke garisan penamat..perjalanannya masih panjang..dunia ini ibarat ladang untuk bercucuk tanam..diri kita yang akan menentukan samada ladang itu memberi manfaat atau tidak...hasilnya adalah untuk diri kita...alangkah untungnya kalau kita mampu memperoleh hasil yang lumayan..

Sebenarnya,bukannya nak kongsi apa pon tapi nak memperingatkan diri ini supaya memanfaatkan setiap masa yang ada dengan kerja2 yang tidak sia2..Cuti penulis sudah bermula..Sebulan? agak lama..so,penulis menyusun jadual untuk memenuhi masa yg ada.. harap2 cuti ni mampu dimanfaatkan sepenuhnya..

Emm..minggu pertama nk g ziarah sahabat2 di sekolah lama (diorang ambik STAM)... rindu sangat2 kat sahabat2..penulis first2 belajar tentang kemanisan berukhuwah  dengan sahabat2 ni la...Syukran penulis kepada sahabat2 krna sudi menjadi sahabatku.. Bukannya selalu dapat jumpa diorang ni...penulis tinggal di Penang..Sahabat2 penulis kebanyakan tinggal di Kedah..Susah betul kalu nak jumpa...jadi inilah peluang keemasan...hehe

Mybe segelintir daripada kita akan kata.."mesej ke ym or fb cukup la, tak payah susah2 g jumpa"...tapi bagi penulis jika ada ruang masa yang lapang..diri ini akan cuba untuk menziarahi sahabat2..jumpa secara real lain rasanya daripada guna ym,fb or pa2 yg seumpamanya...

Hakikatnya ukhuwah diantara penulis dan sahabat2 sentiasa terjalin krna  doaku agar slalu mengiringimu wahai sahabat..

"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"

Minggu2 seterusnya insyaAllah,penulis akan menghabiskan cuti di rumah...byk benda nak kna buat dan fikir...lps cuti dah nk masuk semester baru..so, kna ada perancangan la tuk masa hadapan..

ok..setakat ni je yg mampu dicoret..penulis tinggalkan satu kata2...moga menjadi pedoman buat diri sendiri dan orang lain..

"Yang terbaik di antara kalian adalah 
mereka yang berakhlak paling mulia"
-Nabi Muhammad SAW-

0 comments:

Post a Comment