assalamualaikum.
apa khabar kalian..
apa khabar imanmu..
semalam, ana sempat berbual dan bertanya khabar seorang junior ana..
junior ni berpindah ke sekolah lain selepas result PMR keluar..
dia berpindah kerna di sekolah ana dulu tak ada aliran sains..
ana tanya dia..
apa perasaannya berada ditempat baru..
bagaiman suasana di sekolah barunya..
dan ana minta juga dia ceritakan pengalamannya berada ditempat baru..
alhamdulillah, dia sudi berkongsi cerita dan pengalamannya dengan ana..
dia bagi tahu ana, bila dia pergi sekolah baru tu..
dia ditaklifkan untuk memikul satu amanah yg besar bagi dirinya..
dia merasakan dirinya kerdil dan tak layak untuk memegang amanah sebesar itu..
mungkin sebab dia masih baru di sekolah tersebut..
tiba2..dia tnya ana.."kak rasa saya layak tak pegang jawatan tu? "
hati ana serba salah nk jawab soalan tu..
bukannya tak nak jawab tapi rasa diri ini tak mampu untuk memberi nasihat..
ana berfikir sejenak..
Allah menciptakan kita untuk saling lengkap melengkapi..
Dia menganugerahkan kita "sahabat"..
sebagai pemberi peringatan dikala kita dalam kelalaian..
sebagai pendorong semangat perjuangan..
jadi, bila ana terfikir camtu..ana cuba juga beri jawapan..
lantas ana katakan kepadanya..
dia terpilih kerana dirinya layak dan ia bukan satu bebanan..
Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yg kita tidak mampu..
walaupon kita rasa diri ini tak layak..
kita tetap kena terima jika amanah tu dah sampai kepada kita..
"adakah kita nak mengabaikan amanah itu hanya sebab kita merasakan diri ini tak layak..??"
itu persoalan ana kepadanya..
syukur, dia memahami mksud kata2 ana..
ana suggest kepada dia agar membaca sebuah buku bertajuk "nota hati seorang lelaki"..
buku nih memberi 1001 manfaat kepada ana..
> sayangilah diri ini sebelum menyayangi orang lain.
> ikhlas diri kita dalam setiap perkara.
> berilah sesuatu kepada orang lain dengan kasih sayang.
> banyak lagi..kena baca sendiri..huhu
bila kita diberi amanah..
laksanakan sebaiknya..
laksanakan dengan ikhlas hanya kerna Allah..
semaikan kasih sayang persaudaraan..
hindarilah kebencian dan kemarahan..
moga disitulah terletak keberkatan..
moga adikku ini akan sentiasa tabah dan kuat menghadapi segalanya..
ana bukanlah insan yg pandai memberikan nasihat..
ini sekadar perkongsian..
yg baik sebagai pengajaran..
sebaliknya, jadikan sempadan..