24 January, 2012

Awak,nak tahu tak..



Ukhwah Islamiyyah..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Ehee..agak lama kan penulis tidak menulis di sini? Minta maaf ye semua.. Doa ana mudah-mudahan sahabat-sahabat sentiasa di bawah rahmat dan redha-NYA, amin (",)

Bagi ana, apabila ana menulis di laman ini, ana seolah-olah mencoretkan isi hati ana.. Adakah salah berkongsi isi hati? Tidak..tidak salah jika caranya atau inti pati kepada isi hati itu tidak melanggar syariat ALLAH.. ^^

Sahabat-sahabat, inni ukhtukum fil islam.. Sesungguhnya ana adalah saudara kalian di dalam islam.. Oleh itu, ana sayangkan sahabat-sahabat (saudara-saudara seislam) kerana-NYA.. Bermakna, sebagaimana ana sayang diri ana, begitu jugalah ana cuba dan sayang sahabat-sahabat kerana-NYA.. Ana nak redha ALLAH, oleh itu ana nak juga sahabat-sahabat mendapat redha ALLAH; ana nak masuk syurga, oleh itu ana nak juga sahabat-sahabat masuk syurga.. Sweet tak ukhwah dalam islam? ^_^

Alhamdulillah, tadi ana jumpa hadis ini,


عَنْ أَنَسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. رواه البخارى,باب من الاِيمان أَن يحب لأخيه....,رقم:13

Dari Anas Radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri sendiri. (HR Bukhari)


Jika kita menyingkap kisah-kisah para sahabat Nabi, iman mereka sangat hebat! Ukhwah mereka juga terjalin kerana keimanan mereka kepada ALLAH Yang Maha Esa. Marilah kita teladani Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda, serta orang-orang yang mengikuti ajaran Baginda! ^_^

 "Apabila semua berpaksikan kepada iman, ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa"

Nak dapat redha dan syurga ALLAH, kita kenalah mentaati segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Berusaha untuk mencapai darjat taqwa. Peringatan untuk diri, dan sahabat-sahabat ^^ Taqwa bermaksud, melaksanakan segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH.

Coretan ringkas untuk kali ini. Mudah-mudahan meresap ke hati. Lalu hati bisa menggerakkan anggota badan kita untuk beramal ibadah kepadaNYA (",)

Akhir kalam, ana memohon ribuan kemaafan, dan terima kasih yang tiada terhingga, kerana sudi membaca, menjenguk di laman ini. Inni ukhtukum fil islam! (",)


Sesiapa yang belum baca, jemputlah baca. Untuk lebih kefahaman dan praktikal dalam ukhwah, insyaALLAH ^^

01 January, 2012

selamat bercuti...(",)

Cuti MidSem penulis dah bermula~

ayuh!!
sahabat-sahabat semua..

jom..
kita manfaatkan masa yang ada..

moga cuti kita terisi..
sentiasa bermanfaat dan berprestasi~

~selamat bercuti~