24 January, 2012

Awak,nak tahu tak..



Ukhwah Islamiyyah..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Ehee..agak lama kan penulis tidak menulis di sini? Minta maaf ye semua.. Doa ana mudah-mudahan sahabat-sahabat sentiasa di bawah rahmat dan redha-NYA, amin (",)

Bagi ana, apabila ana menulis di laman ini, ana seolah-olah mencoretkan isi hati ana.. Adakah salah berkongsi isi hati? Tidak..tidak salah jika caranya atau inti pati kepada isi hati itu tidak melanggar syariat ALLAH.. ^^

Sahabat-sahabat, inni ukhtukum fil islam.. Sesungguhnya ana adalah saudara kalian di dalam islam.. Oleh itu, ana sayangkan sahabat-sahabat (saudara-saudara seislam) kerana-NYA.. Bermakna, sebagaimana ana sayang diri ana, begitu jugalah ana cuba dan sayang sahabat-sahabat kerana-NYA.. Ana nak redha ALLAH, oleh itu ana nak juga sahabat-sahabat mendapat redha ALLAH; ana nak masuk syurga, oleh itu ana nak juga sahabat-sahabat masuk syurga.. Sweet tak ukhwah dalam islam? ^_^

Alhamdulillah, tadi ana jumpa hadis ini,


عَنْ أَنَسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. رواه البخارى,باب من الاِيمان أَن يحب لأخيه....,رقم:13

Dari Anas Radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri sendiri. (HR Bukhari)


Jika kita menyingkap kisah-kisah para sahabat Nabi, iman mereka sangat hebat! Ukhwah mereka juga terjalin kerana keimanan mereka kepada ALLAH Yang Maha Esa. Marilah kita teladani Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda, serta orang-orang yang mengikuti ajaran Baginda! ^_^

 "Apabila semua berpaksikan kepada iman, ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa"

Nak dapat redha dan syurga ALLAH, kita kenalah mentaati segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Berusaha untuk mencapai darjat taqwa. Peringatan untuk diri, dan sahabat-sahabat ^^ Taqwa bermaksud, melaksanakan segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH.

Coretan ringkas untuk kali ini. Mudah-mudahan meresap ke hati. Lalu hati bisa menggerakkan anggota badan kita untuk beramal ibadah kepadaNYA (",)

Akhir kalam, ana memohon ribuan kemaafan, dan terima kasih yang tiada terhingga, kerana sudi membaca, menjenguk di laman ini. Inni ukhtukum fil islam! (",)


Sesiapa yang belum baca, jemputlah baca. Untuk lebih kefahaman dan praktikal dalam ukhwah, insyaALLAH ^^

4 comments:

salam ukhuwah salam mahabbah..uhibbuki fillah..=)

~ sharing is caring..(^_~) ~
 
> peRmaTa_aGamA

menyambut salam ukhwah dan salam mahabbahnya dgn gembira! ^_^ uhibbuki fillah kaman.. =)

moga kita bertemu dalam cinta dan redha ALLAH,amin (^_~)
 
> MUJTAHIDAH SOLEHAH
syukran atas bingkisan ni..awak ingt x..pertama kali wan baca novel sinergi sbb awak yg kenalkan..hu3,,terima kasih shbatku,,best sgt2,,tersentuh hati ni..terasa indah dan manisnya ukhwah bila berpaksikan keimanan..

sahabat2 yg belom baca..jom sama2 baca..jom selami dan fahami tentang ukhwah yg sebenar-benarnya..moga Allah kasih~
 
> WanN Syafiqah
wan..rindu awak! ^^ alhamdulillah,jazakillah atas bingkisan kata2nya..awak buat kta terharu =') moga ukhwah kita keranaNYA semata,utk selama2nya,hingga ke syurga,amin..

uhibbuki fillah,wan.. moga ALLAH kasih dgn dirimu jua,begitu juga buat shbt2 lain.. ^_^
 

Post a Comment