- Memilih waktu yang tepat.
- Memberi salam terlebih dahulu.
- Mengetuk pintu rumah dengan perlahan-lahan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a. bahawa para sahabat yang mengunjungi kediaman Nabi s.a.w. mengetuk pintu dengan hujung kuku (Riwayat al-Bukhari).
- Hendaklah orang yang meminta izin untuk masuk tidak menghadap pintu setelah memberi salam dan mengetuk pintu.
- Meminta izin untuk masuk ke kediaman orang lain hanya sampai 3 kali. Sekiranya tiada jawapan atau tidak diizinkan masuk(seperti keadaan yang mana seorang isteri yang dilawati lelaki asing sewaktu suaminya tiada di rumah),maka hendaklah pulang.
- Apabila ditanya nama,maka berilah nama. Jangan menjawab: "Saya".
- Tidak memasuki rumah andai rumah tidak berpenghuni.
Sumber: Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah.
Rujukan Majalah Solusi Isu No. 15
0 comments:
Post a Comment