23 January, 2011

laptop "ROSAK"..=(

sekadar gambar hiasan~

hari ini sudah masuk hari ke-4 tanpa laptop disisi..
sebabnya..
laptop "ROSAK"..huhu..sedih juga bila di fikir-fikirkan balik..
mana tak nye..itulah sumber utama nak cari bahan-bahan assignment..
laptop tu juga alat utama nak siapkan assignment..
yang paling sedihnya..
semua bahan-bahan untuk projek kelas ada dalam nie..
hati ni semakin risau..tapi nak buat camna..
ini semua takdir..jadi, pasrah dan redha adalah yang terbaik..
.......................
mungkin dah tiba masanya laptop ni nak rosak..
kalau ikut sejarahnya, laptop ini memang dah lama..
first tuannya, abang ana..
lepas dia habis belajar..dia bagi ana guna..

so, bila dah rosak cmnie..
dia kata tak payah baiki..lebih baik beli yang baru..
tapi entahlah..bila pula nak dapat yang baru..huu~
penantian dalam kesabaran..
........................
hakikatnya..
segala yang berlaku itu adalah hikmah yang disebaliknya..
cuma kita perlu menilai dengan mata hati untuk melihatnya..
bila laptop dah rosak ni..banyak juga manfaatnya buat ana..
ana dapat menjaga kesihatan ana..kesihatan yang tak berapa nak baik  membuatkan ana terpaksa kurangkan menghadap laptop..
kalau laptop ada dekat depan mata, memang susah juga nak buat..
tapi bila dah rosak cmnie..dapatlah ana kurangkan menghadap laptop..hehe(",)
sekarang, kadang-kadang je dapat guna laptop..itu pun tumpang2 guna laptop roomate..
jadi, ana kena sentiasa limitkan masa penggunaan laptop..
thanks roomate ku "aisyah" atas kesudian memberi masa untuk ana gunakan laptop ni sekejap..
coretan kali ini pun tulis guna laptop dia..huu~


ini sekadar coretan buat muhasabah diri yang sentiasa terlalai dan terleka..
ingatlah..
setiap pemberianNya hanya pinjaman seketika..
bisa hilang sekelip mata..
tanpa mengira waktu dan masa..
oleh itu,
sentiasalah bersyukur dengan nikmat pemberianNya..=)

19 January, 2011

exam math!! semoga berjaya...=)

salam ukhuwwah...

malam nie exam math..
moga2 ana dan sahabat2 ana dapat menjawabnya dengan sukses...
jawab exam tu sehabis baik ye..
semoga berjaya..=)

ingatlah..
kita hanya berusaha..
natijahnya..
Allah yang menentukan..


14 January, 2011

selamat pagi..=)



mentari cerah menyinari..
cerianya pagi memberi kedamaian..
saat ini aku masih bisa bernafas..
saat ini aku masih kuat untuk melangkah..
syukur aku panjatkan buatMu Ilahi..
kerna yang ku kecapi..semua ini nikmatMu..


Semoga pagi ini memberi inspirasi buat kita..
Mulakan pagi kita dengan niat yg ikhlas dan senyuman..
Moga kita dapat lalui hari ini dengan sebaiknya..=)
Moga segala gerak kerja kita menggapai keredhaanNya..


11 January, 2011

kenangan..

salam ukhuwwah..


Hampir setahun lebih ana meninggalkan bumi tarbiyyah "Maahad Yan"..bumi yang tetap ku cintai walaupun dimana diri ini berada..


Didikan tarbiyyah oleh pendidik yang tidak kenal erti penat jemu.. Hatiku tersentuh dengan ketulusan kalian mendidik kami..moga Allah memberkati kehidupan para pendidikku..



Di sini, ana mengenal apa itu ukhuwwah..
persahabatan yang bertunjangkan keimanan bisa melahirkan sesuatu yang luar biasa iaitu sinergi..
walaupun sudah lama tidak berjumpa..ingatanku buat sahabat2 tetap utuh..doaku akan sentiasa mengiringi kalian..


"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"

....................................
Pendidikku..
terima kasih kerana mendidiku..
terima kasih kerana dirimu sabar dengan kerenahku..
kalian adalah inspirasi diriku..
hanya Allah yang dapat membalas jasamu..

Sahabatku..
kau perlu tahu..
aku bersyukur kerana kau adalah anugerahNya yang tiada ganti..
dirimu sentiasa di hatiku dan dalam doaku..
moga ukhuwwah kita menggapai keredhaanNya.. 

Diriku..
ku harap kau akan sentiasa tsabat dijalanNya..
ku harap kau akan sentiasa kuat menghadapi segala mehnah ujian..
kau perlu itu..
segala kesusahan yang kau hadapi adalah tarbiyyah dariNya..
ingatlah.. tarbiyyah bukan satu jalan yang dihampar dengan karpet merah..
tetapi sedarilah..
ia adalah jalan yang dipenuhi onak duri..
kau perlu kuat untuk menghadapinya..
jangan kau terus berputus asa tanpa berusaha..
ingatlah diriku..
Dia dekat denganmu..
dan sesungguhanya pertolonganNya juga dekat..
jika kau rasa lemah mohonlah pertolongan dariNya..
moga kau sentiasa berusaha menuju kepada redhaNya..

06 January, 2011

sahabat2 seperjuangan majmuah 2..


di sini jejak bermula..
di sini impian terbina..
di sini langkah tercipta..
mewarnai lakaran kehidupan..
menempuhi segala mehnah dan ujian..
meniti liku-liku kejayaan..
menyemai benih ukhuwwah..
terukirnya erti persahabatan..
berteraskan keimanan..
menggapai keredhaanNya..


sahabat adalah anugerahNya..
wujud untuk saling lengkap melengkapi antara kita..
penunjuk jalan dikala tersasar dalam kegelapan..
ibarat cahaya menerangi laluan..

sahabat..
andai aku terjatuh..hulurkanlah tanganmu kepadaku..
andai aku bengkok..kau luruskanlah aku..
jangan kau asingkan kehidupanmu daripada kehidupanku..
                                               -Novel Terasing, Hilal Asyaraf-


wajah sahabat-sahabat majmuah 2 di APIUM..

sem 1..


 


sem 1 berlalu..sem 2 menjelma..
sahabat ramai yang sudah tiada..
mereka pergi mengejar cita dan cintaNya..
walaupun bukan di tempat yang sama..
doa sentiasa menjadi penghubungnya..


sahabat-sahabat yang masih setia di sini..






moga tautan ukhuwwah kita membawa ke syurga..=)

(,")

disebabkan sesuatu..
diri ini mendapat sesuatu..
dari pada tak tahu..
diri ini menjadi tahu..
............................
bila kita kena buat keja yg mmg kita tak tahu buat..
mesti ada rasa tak suka dan geram..
itulah perasaan ana bila dapat keja macam nie..
tapi,bila teringat ni adalah tanggungjawab..
ana berusaha untuk melaksanakan keja ni sehabis baik..(setakat yg termampu)
alhamdulillah,
berkat kesabaran dan kesungguhan..boleh la juga ana laksanakan keja ni..
rasa happy bila dapat belajar benda baru..
rasa puas hati bila dapat buat..

berakit-rakit ke hulu..
berenang-renang di tepian..
bersakit-sakit dahulu..
bersenang-senang kemudian..

disebalik kesusahan itu ada kesenangan..
disebalik kepahitan itu ada kemanisan..
disebalik kesedihan itu ada kebahagian..
setiap yang berlaku terkandung 1001 hikmah..
kesabaran kuncinya..
ketabahan pertahanannya..

kita sebagai manusia hanya mampu merancang..
tetapi Allah yang menentukan..
sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang..
 

01 January, 2011

selamat tinggal cuti..=(

alhamdulillah..
subuh tadi..ana selamat tiba di bumi nilam puri..
cuti sudah mulai melabuhkan tirainya..
kelas akan bermula..



jadi..
"selamat kembali ke dunia kampus"..



moga cuti yang berlalu memberi semangat baru buat diri untuk terus kuat dan tsabat melakukan gerak kerja semata-mata menggapai keredhaanNya..