salam ukhuwwah..
Hampir setahun lebih ana meninggalkan bumi tarbiyyah "Maahad Yan"..bumi yang tetap ku cintai walaupun dimana diri ini berada..
Didikan tarbiyyah oleh pendidik yang tidak kenal erti penat jemu.. Hatiku tersentuh dengan ketulusan kalian mendidik kami..moga Allah memberkati kehidupan para pendidikku..
Di sini, ana mengenal apa itu ukhuwwah..
persahabatan yang bertunjangkan keimanan bisa melahirkan sesuatu yang luar biasa iaitu sinergi..
walaupun sudah lama tidak berjumpa..ingatanku buat sahabat2 tetap utuh..doaku akan sentiasa mengiringi kalian..
"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"
Pendidikku..
terima kasih kerana mendidiku..
terima kasih kerana dirimu sabar dengan kerenahku..
kalian adalah inspirasi diriku..
hanya Allah yang dapat membalas jasamu..
Sahabatku..
kau perlu tahu..
aku bersyukur kerana kau adalah anugerahNya yang tiada ganti..
dirimu sentiasa di hatiku dan dalam doaku..
moga ukhuwwah kita menggapai keredhaanNya..
Diriku..
ku harap kau akan sentiasa tsabat dijalanNya..
ku harap kau akan sentiasa kuat menghadapi segala mehnah ujian..
kau perlu itu..
segala kesusahan yang kau hadapi adalah tarbiyyah dariNya..
ingatlah.. tarbiyyah bukan satu jalan yang dihampar dengan karpet merah..
tetapi sedarilah..
ia adalah jalan yang dipenuhi onak duri..
kau perlu kuat untuk menghadapinya..
jangan kau terus berputus asa tanpa berusaha..
ingatlah diriku..
Dia dekat denganmu..
dan sesungguhanya pertolonganNya juga dekat..
jika kau rasa lemah mohonlah pertolongan dariNya..
moga kau sentiasa berusaha menuju kepada redhaNya..
0 comments:
Post a Comment