20 February, 2011

rehlah jalinan ukhuwah~

ukhuwah itu tidak dapat dirasai hanya dengan berbicara..
tetapi ia boleh dirasai apabila hati kita memahaminya..
dan keimanan menjadi paksinya..

rehlah di bukit bakar, machang...
**19 Feb 2011

bersama sahabat2 baru..
> UITM machang..
> Kolej Jaiputra
> Kolej Teknologi Darul Naim
> USM

slot ta'aruf

sesi ta'aruf

slot treasure hunt..

check point 1..air terjun
check point 2..wakaf
- x sempat nak take picture

check point 3..taman permainan
check point 4..kerusi rehat
check point 5..titian gantung
makan tengah hari..
- semua lapar sangat, so xda la gambar yang sempat di "snap" masa makan..

alhamdulillah selepas makan..bersiap pulang..
tapi sebelum tu..macam biasa la..
"BERGAMBAR DULU"...huu

sahabat2 UITM

moga tautan ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhirnya~

15 February, 2011

Wardatul Afifah..=)

~program wardatul afifah~
khusus untuk muslimat sahaja..
majlis perasmian penutupannya telah diadakan pada ahad malam 13/2/2011..


antara pertandingan yang dianjurkan sepanjang program ini adalah:-
-memasak
-nasyid
-gubahan hantaran
-banner
-edit gambar
-busana muslimah

penyertaan mengikut majmuah untuk pertandingan banner dan edit gambar..so, setiap majmuah perlu menghantar penyertaan..

banner majmuah ana~majmuah 2 sem 2
Alhamdulillah, majmuah ana berjaya mendapat tempat pertama untuk pertandingan banner..

untuk pertandingan selain daripada itu, majmuah akan di gabungkan dengan majmuah lain..majmuah ana, majmuah 2 sem 2 telah bergabung dengan majmuah 4 sem 2...

hasil gabungan majmuah 2 & 4 sem 2-tempat kedua pertandingan memasak
tempat 3-busana muslimah..
Alhamdulillah, program ini telah mengeratkan lagi ukhuwwah antara sahabat-sahabat seperjuangan..

terima kasih kepada pihak penganjur..
tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat yang sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan..
moga Allah kasih..=)

bergambar bersama ahli majmuah selepas majlis tamat..

12 February, 2011

sukan sebagai ibadah~

hari-hari yang berlalu itu adalah sejarah dalam hidup..
kita yang mencipta sejarah itu..
pahit dan manis semua terukir dalamnya..
yang pasti ia akan sentiasa bersemadi dijiwa dan terpahat dalam ingatan..

memori semalam:-
perlawanan futsal diantara majmuah..
berlangsung di pasir tumbuh..
kapten majmuah 2 banat: Madihah..
semua ahli majmuah 2 banat menyertai perlawanan tersebut..

hakikatnya kami bukannya pandai main futsal tapi disebabkan setiap majmuah perlu menghantar wakil maka semua banat majmuah 2 kena juga turun padang..bilangan kami sikit saja..semuanya 9 orang..

kesibukan sebagai pelajar membuatkan kami jarang bersukan..jadi bila dah kena main futsal ini memang best juga..di samping dapat bersukan, kami dapat mencuba sukan baru..huhu..sebabnya kami semua tak pernah main futsal..

sebelum bertolak-menunggu ketibaan bas

majmuah ana naik bas trip 1-nie sahabat2 yg menunggu bas trip 2


waktu nak main tu, teringat ana akan kata-kata salah seorang sahabat ana "dah tak tahu sangat-sangat nak main futsal, kita tendang je bola tu"..nak tergelak ana di buatnya..kapten kami, madihah selalu pesan sebelum main.."betulkan niat..kita main bukan nak menang tapi nak mencapai keredhaanNya".Pada masa yang sama, teringat ana kata-kata dalam sebuah novel karya Hilal Asyraf iaitu VT.."jadikan sukan sebagai ibadah"..

sementara menunggu giliran nk lawan

nk mula main~

Alhamdulillah, perlawanan berjalan lancar..walaupun majmuah ana tak menang..tapi semua puas hati kerana dah buat yang terbaik..

Terima kasih sahabat-sahabat atas kerjasama dalam satu pasukan..insyaAllah, kalau ada peluang kita cuba lagi ye..=)

moga sukan ini mengeratkan ukhuwwah antara kita..
moga apa yang kita lakukan ini menggapai keredhaanNya..

04 February, 2011

terima kasih sahabatku..

Alhamdulilah, syukur kepadaNya kerana disaat ini masih lagi diberi nikmat iman dan Islam..
emm,hampir seminggu juga ana tak postkan apa-apa di blog ni..sebenarnya selalu juga buka internet..tapi tak berkesempatan untuk menulis..entry yg terbaru ni "kuasa niat" tu sahabat seperjuangan ana yang postkan..syukran ya sohabati..uhibbuki fillah.

Sebenarnya, ana tak tahu nak postkan tentang apa kali ini...hakikatnya juga, kesihatan ana masih dalam keadaan yg kurang baik..minggu ni assignment agak banyak dari biasa sehinggakan tiada masa untuk rehat..dalam pada masa yang sama, minggu ni ana busy uruskan keja lajnah bahasa arab..biasalah, malam kesenian bahasa arab semakin hampir..insyaAllah hari rabu ni..9/2/2011..

Balik kampung
ana sekarang di rumah tercinta di pulau pinang..hari ini hari kedua dirumah..bertolak pulang dari UM,Nilam puri 2/2 malam..balik cuti sempena raya cina..cuti hanya 3 hari, walaupun cuti hanya sekejap ana terpaksa pulang kerana ada urusan..tapi seronok juga balik..dapat kumpul satu family..

cerita sebelum pulang ke kampung..
disebabkan selalu sakit..ana pergi jumpa doktor..dan akhirnya setiap minggu ana ada appointment dengan doktor..uhh..memang tak berapa nk suka..tapi nk buat cmna..kena juga la..ana balik kampung malam..pagi tu ana ada appointment dengan doktor jam 8.00pagi..terkejar-kejar juga ana sebabnya kalau nak pergi hospital kena naik teksi..nak drive memang tak pandai..pagi tu juga ana ada tobur(perhimpunan bahasa arab)..so, ana skip tobur sebab ada temu janji..sahabat ana, madihah sebagai peneman ke hospital..jadi, dia terpaksa skip tobur.."maaf ye madihah, sebab susahkan.."

gambar masa kat hospital ~ thanks madihah, temankan ana

teringat dulu waktu ana pergi hospital untuk temu janji pertama, sahabat ana, nabilah sanggup skip kelas sebab nk temankan ana..ana tak bagi dia ikut..tapi apa dia kata, "wan tahu tak bahaya kalu pergi seorang2"..terharu ana bila dengar.."nabilah, maaf ye sebab teman ana, anti skip kelas ulum Quran"..
(maaf nab, gmbar nab xde..wan tak bawa camera masa tu)

sahabat-sahabat yang lain pula sentiasa mengingatkan ana untuk lebih menjaga kesihatan sampai ana nak main pun diaorang tak bagi..pertengahan bulan 2 ni, satu perlawanan futsal akan diadakan antara majmuah..ana ckp nk main (bukannya tahu main pun..hee)..tahu tak apa sahabat2 ana kata.."wan tu reserve ja..kalu orang lain betul2 tak larat, baru boleh main"..diaorang memang betul-betul risaukan kesihatan ana..ana faham..diorang tak bagi main sebab takut ana sakit..syukran ya zamilati..(tapi kalu kesiankan wan, bagilah wan main ye..teringin sangat nak main)..ana bersyukur sebab sahabat-sahabat majmuah ana semuanya prihatin..hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik dan pengorbanan kalian..

merekalah sahabat-sahabat yang ku sayangi kerana Allah..
susah dan senang sentiasa bersama..
ukhuwwah itu indah apabila keimanan menjadi paksinya..
moga persahabatan kita kekal ke akhirnya..

~Kuasa Niat~



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sang mujahid dan mujahidah sekalian..
Apa khabar kalian? Sihat?
Alhamdulillah.. Segala puji2an hanya kepada-NYA Yang Maha Esa ^_^

Sedikit yg ingin ana kongsi,
selepas solat Asar tadi, shbt2 ana ada wat halaqah..
berkongsi2 ilmu..
dan.. antara peringatan yg ana terkesan adalah..

seorang sahabat ana berkata,
"Ana selalu ingtkan diri ana satu perkara ni,
bangun je kita dari tidur, setelah kita baca doa bangun tidur..
maka, niatlah bahawa hari ni, apa2 yg aku buat adalah untuk ALLAH SWT..
solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana ALLAH SWT (6:162)
HIDUP SEBAGAI SATU IBADAH.."

Lebih kurang gitu la kata2 sahabat ana..
ada gak yg ana tulis tu, berdasarkan apa yg ana faham..
anyway, ambillah ibrahnye utk diamalkan..
insyaALLAH ikhlas lillahi Taala..ameen.

"Sesaat mata kita berkelip, ingatlah ALLAH.. Sedetik jantung kita berdegup, ingatlah ALLAH.. Sehalus budi ditabur, ingatlah ALLAH.. Sentiasalah mengingati ALLAH.."

"Maka ingatlah kepada-KU, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-KU, dan janganlah kamu ingkar kepada-KU" (Surah al-Baqarah: ayat 152)

Coretan buat jiwa..(",) ~muhasabah diri~ ~istiqamah di jalan-NYA~