kita yang mencipta sejarah itu..
pahit dan manis semua terukir dalamnya..
yang pasti ia akan sentiasa bersemadi dijiwa dan terpahat dalam ingatan..
memori semalam:-
perlawanan futsal diantara majmuah..
berlangsung di pasir tumbuh..
kapten majmuah 2 banat: Madihah..
semua ahli majmuah 2 banat menyertai perlawanan tersebut..
hakikatnya kami bukannya pandai main futsal tapi disebabkan setiap majmuah perlu menghantar wakil maka semua banat majmuah 2 kena juga turun padang..bilangan kami sikit saja..semuanya 9 orang..
kesibukan sebagai pelajar membuatkan kami jarang bersukan..jadi bila dah kena main futsal ini memang best juga..di samping dapat bersukan, kami dapat mencuba sukan baru..huhu..sebabnya kami semua tak pernah main futsal..
sebelum bertolak-menunggu ketibaan bas |
majmuah ana naik bas trip 1-nie sahabat2 yg menunggu bas trip 2 |
waktu nak main tu, teringat ana akan kata-kata salah seorang sahabat ana "dah tak tahu sangat-sangat nak main futsal, kita tendang je bola tu"..nak tergelak ana di buatnya..kapten kami, madihah selalu pesan sebelum main.."betulkan niat..kita main bukan nak menang tapi nak mencapai keredhaanNya".Pada masa yang sama, teringat ana kata-kata dalam sebuah novel karya Hilal Asyraf iaitu VT.."jadikan sukan sebagai ibadah"..
sementara menunggu giliran nk lawan |
nk mula main~ |
Alhamdulillah, perlawanan berjalan lancar..walaupun majmuah ana tak menang..tapi semua puas hati kerana dah buat yang terbaik..
Terima kasih sahabat-sahabat atas kerjasama dalam satu pasukan..insyaAllah, kalau ada peluang kita cuba lagi ye..=)
moga sukan ini mengeratkan ukhuwwah antara kita..
moga apa yang kita lakukan ini menggapai keredhaanNya..
0 comments:
Post a Comment