30 March, 2011

Tit,tit. Mesej!!!

Assalamualaikum sahabat2 ^^,
Kala ini, sedang ana check2 emel, ada satu mesej(handphone) masuk.
Sahabat ana dari jauh bagi..dah lama ana x berbalas mesej dgn dia,dia ingat ana,alhamdulillah..
Nikmat ukhwah fillah..kita ingat shbt kita dlm doa,dan saling membimbing ke arah mentaati perintah ALLAH n menjauhi larangan-NYA(ila mardhotillah), tu yg manisnye..bertaut hati n roh kita dgn dia(shbt kita).

Mesejnya berbunyi begini,
"Bila KEKUATAN yg dipohon, ALLAH beri RINTANGAN utk dihadapi..
Bila KEBIJAKSANAAN yg dipohon, ALLAH beri MASALAH utk diselesaikan..
Bila KASIH ALLAH yg dipohon, ALLAH beri DUGAAN utk dihadapi..
& setiap yg dipohon pasti DIUJI supaya lebih dekat dengan-NYA.."

Nice,right?

Ingat firman-NYA:

"(Allah)Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA Maha Perkasa, Maha Pengampun," (Al-Mulk: ayat 2)

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (Al-'Ankabut: ayat 2)

Sama2 kita ambil ibrah(pengajaran)nya, dan amalkan dalam hidup kita..
Memburu ilmu dgn tujuan utk menambah amal, insyaALLAH!

Just some sharing from me..coretan buat jiwa n hati..yg memerlukan makanan rohani..

20 March, 2011

APIUMNP ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Post kali ini, ana khususkan buat2 adik2 lepasan SPM..or yg berada di sekolah menengah..
Adik2 ada cita2 nak masuk universiti x?
Ana bahasakan diri ana 'akak' ye.

Sebelum tu, utk pengetahuan pembaca blog ini, blog ni sebenarnye ada 2 org penulis,
Adminnye WanN Syafiqah dan author jemputan adalah Mujtahidah Solehah,
Dua2 penulis ni menuntut di akademi pengajian yg sama, cuma berlainan course..
dan kami merupakan roommate utk sem 1 n 2 yg lepas.

Bg adik2 yg minat nak ambil course agama, atau nak ambil course agama+sains,
akak nak promote program2 yg ditawarkan di tempat kami belajar ni..
Result SPM 2010 nak keluar, dan adik2 ada isi borang upu?

Akak nak perkenalkan serba sedikit ttg tempat kami belajar ni,
Berikut butiran-butirannya:

NAMA : AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI (APIUMNP)

LOKASI: NILAM PURI, KELANTAN.

PROGRAM YG DITAWARKAN:
1) ASASI PENDIDIKAN ISLAM
2) ASASI SYARIAH
3) ASASI USULUDDIN
4) ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS

IPT : UNIVERSITI MALAYA

Setakat ni, tempoh pengajiannya(asasi) selama 2 tahun = 4 semester.
Ada kelainan sedikit antara course agama n sains..
Bagi course asasi pend. islam, syariah n usuluddin, mereka belajar di Nilam Puri selama 2 tahun, pastu sambung degree kat UM KL;
manakala bagi APIDS (Asasi Peng. Islam Dgn Sains) pula, 1 tahun belajar di Nilam Puri - utk belajar subjek agama, dan 1 tahun lagi di UM KL - utk belajar subjek sains. Dan degree juga di UM KL.

Bagi yg cintakan Bahasa Arab, akademi ini ada menyediakan subjek Bahasa Arab dlm pengajiannye..

Best tau belajar di sini! n_n

Adik2 tau mcm mana nak check syarat kelayakan masuk ke mana2 ipta yg adik ingini?
Akak x pasti jika link ni betul..tp adik2 boleh try,
sebab masa zaman akak, nak check tu caranye lain sikit.
http://imascu.upu.mohe.gov.my/

Maklumat2 di atas ni berdasarkan sesi kami, sesi 2010/2011..
Jadi, klu ada2 perubahan, minta maaf ye.




Sekilas di APIUMNP..






pintu masuk ke APIUMNP-pondok pengawal





maktabah(perpustakaan)







Dewan Johor(bhgn bawah) dan maktabah(bhgn atas bangunan)




Bilik Kuliah (Blok A)

18 March, 2011

rindu..=D

rindu kalian...
aina, fatin, sob, sha, nab, madihah, yana, zolilah, my roomate (aisyah & munirah) dan seluruh APIUM...

walaupun cuti nie memisahkan kita..kalian tetap sentiasa dihati..
moga cuti ini dimanfaatkan sepenuhnya..

jaga diri..
jaga kesihatan..
jaga iman dan amal..
moga terus tsabat di jalan-Nya..

15 March, 2011

kembara mahabbah..

baru pulang dari menziarahi sahabat2 di Kedah..
memang tersangat rindu kepada kalian..

berkumpul kembali di sekolah tercinta "maahad yan"..

ana tak sempat untuk hari yang pertama sebabnya masih di Kelantan..
sedih juga bila dapat join hari ke-2 je..hari ke-2 tu, ada sahabat-sahabat yang dah balik..
jd ana xsempat jumpa (Mimi & Raihan)..masa tu ana dalam perjalanan nak pergi sana..
diaorang dalam perjalanan balik..kalau ada rezeki kita jumpa lg..

12 mac
tengah hari..
bertolak dari rumah menaiki bas..

dalam perjalanan ke sana..
ana singgah membeli buku..


petarng..
sampai disana..
dijemput oleh Najwa & beberapa orang sahabat yang lain..

petang ni juga sahabat2 ana dalam proses menyediakan bihun sup
> masak sendiri..
> chefnya ramai..=)

malam..

solat jemaah



slot bersama Ustaz Zaini & Sir Azman

> memberi dorangan dan semangat untuk terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang..
> pesanan ustaz: usia masih muda..teruskan menuntut ilmu..

 

13 Mac
pagi..
semua bersiap-siap pulang..

dapat cenderahati dari Izza..
thanks Izza~
bergambar sebelum pulang
lepas tu,hantar sahabat-sahabat ke stesen bas Yan dengan kereta Najwa & Nusaibah..



bas datang agak lambat, cadangan nak naik bas di stesen bas Yan xjadi..
rumah Najwa kat Sungai Petani..jadi satu haluan..so, Najwa g antar terus sahabat-sahabat yang nak naik bas ni ke stesen bas Sungai Petani..

perjalanan diteruskan..

destinasi ana seterusnya ke rumah Nusaibah di Pokok Tai..
bermalam di sana semalam..
 
keesokkannya..
pulang ke rumah..

sebelum pulang..
macam biasa la.."tangkap gambar"

kat rumah Nusaibah ni ada nursery pokok..
sapa2 yang nak beli pokok boleh la datang sini..huu
alamatnya:
PT FLORA Trading
F648, Kampung Pokok Tai,
06710 Pendang,
Kedah Darul Aman.


petang..
tiba di rumah..

terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus menjayakan perjumpaan kita (puteri) di maahad Yan..kalau ada kesempatan kita buat pulak yang besar-besaran..=)

moga tautan ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhirnya...

14 March, 2011

sama tapi tak serupa...''Selamat Hari Lahir''



Alhamdulillah, dapat juga ana coretkan sedikit bingkisan buat ahli keluarga ana (abang Mud & abang Wan) yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan mac ini...emm, tarikh lahir abang2 ana nie sama dengan sahabat-sahabat majmuah 2..

11 Mac-besday abang sulung..abang Mud..sama dengan sahabat majmuah, Syafiq..
 "ikah harap pertambahan umur abg Mud seiring dengan pertambahan amal..dan moga abg boleh menjadi contoh terbaik buat kami,adik-adik"

12 Mac-besday abang ke-3 ana..abang Wan..sama dengan sahabat majmuah, Sobirah..
"moga abg bahagia di alam sana..ikah rindu abg"
.................................
pertambahan usia megajar kita bahawa hakikatnya kematian itu semakin menghampiri..
usahlah kita gembira menghitung pertambahan usia..
tetapi berusahalah mempertingkatkan amalan..
kematian tidak mengira usia..
ia datang tanpa kita jangka..
sentiasalah bersedia untuknya.

06 March, 2011

exam week..

Assalamualaikum w.b.t. pejuang agama ALLAH sekalian.

Post kali ini, ana cuma nak menyatakan sedikit perkembangan n keadaan kami di sini,
APIUM Nilam Puri yang tercinta..

Actually, masuk hari ni, dah minggu kedua final exam..
penamat bagi sem 2 n 4 sesi 2010/2011..
dan insyaALLAH, bakal berlabuhnya exam week ini pada 8/3 or 9/3..
8/3 bagi pelajar sem 2 yg ambil course agama,
9/3 pula bagi pelajar sem 4 and sem 2 APIDS..

Bittaufiq wannajah! =)
Ingat ye shbt2..kita bukan sahaja nak berjaya di dalam exam ni je bahkan, kita juga sepatutnya nak berjaya di dalam hidup, hidup di dunia dan di akhirat..
Apakah kita dah buat persediaan tuk hadapi exam akhirat?

Wallahua'lam, jgn lupa ALLAH itu Maha Mengetahui apa yg ada di langit dan di bumi,
apa yg zahir atau tersembunyi dalam hati kita,
this tanbih for me too,
ilal liqa', ma'assalamah n_n

~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~