Showing posts with label ~tazkirah. Show all posts
Showing posts with label ~tazkirah. Show all posts

23 May, 2012

cerpen hati



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH Tuhan Yang Menciptakan. Hari ini, saya ingin bercerita dalam bentuk cerpen, harap sahabat-sahabat sukakannya ^^


***************************

Jam sekarang menunjukkan 10:49 malam. Lagi beberapa minit untuk menginjak 11:00 malam. Mataku sudah mula ingin dikatup tetapi hati mengatakan tidak. Mata masih ingin menatap skrin laptop sambil akal memikirkan apakah yang hendak ditulis di blog.

Sudah agak lama blog ini tidak dihiasi dengan entri baru. Hati sedikit kucar-kacir mengenangkan sikapku ini. Kerana sikapku, blog ini pula yang menerima tempiasnya; dibiarkan tanpa kata-kata, buat pengingat jiwa.

Namun, akal masih tidak dapat mentafsir tajuk apakah yang boleh penulis bentangkan di sini. Mungkin kerana sudah lama tidak menulis, dan jarang mengasah minda jadi, ilham tidak bertandang dengan izin ALLAH. Jika dilihat dari sudut negatif, keadaan ini akan menyebabkan kita marah, dan seterusnya tiada mood. Tetapi jika dilihat dari sudut positifnya, sesungguhnya ALLAH hendak memberi kita pelajaran agar setiap apa yang kita buat dalam hidup ini, adakah kerana-NYA? Renung-renungkan wahai diri..

Akhirnya, sesuatu menerjah fikiran saya. Sekarang ini, saya ada masa terluang. Jadi, tidur awal lah! Ya.. mengapa tidak?

Sahabat-sahabat, dan buat diri yang menulis ini, pesan saya, jika kita ada peluang untuk tidur awal selepas solat Isyak, maka lakukanlah. Tidak rugi apabila kita tidur awal. Kerana apa? InsyaALLAH apabila kita tidur awal, kita boleh bangun awal. Kita boleh qiamullail. Kita boleh solat sunat qabliah Subuh. Kita boleh solat Subuh awal waktu. Ini pesanan buat memanfaatkan masa lapang kita.

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesehatan dan waktu luang”. (HR. Bukhari, no: 5933)
Rujukan: ustadzmuslim


**********************

Wallahua'alam. Maaf atas salah dan silap saya. Ilal liqa' (sehingga berjumpa lagi) insyaALLAH. Ma'as salamah.. ^_^

19 August, 2011

19th Ramadan..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Entri ini, adalah sambungan untuk entri sebelum ini, 15th Ramadan (",) Macam diari pula, ehee~

Bulan Pengampunan

Sebenarnya, ana lebih kepada, hendak berkongsi apa yang ana dapat daripada ceramah yang ana hadiri. Ana kongsikan sebuah hadis di sini..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosa yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ana nak highlight,
1) مَنْ صَامَ رَمَضَان- Sesiapa yang berpuasa Ramadan;
2) مَنْ قَامَ رَمَضَان - Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan;
3) مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ - Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar.

Ana belajar, waktu untuk qiamullail bermula selepas Isyak. Dan waktu untuk qiyam Ramadan? Bermula sejak solat terawih.. Maksudnya, nak menghidupkan malam-malam Ramadan, bukan terhad pada amalan-amalan qiamullail seperti solat tahajud, dan lain-lain, tetapi solat terawih juga dikira sebagai qiyam Ramadan! Apa lagi, ayuh kita rajin-rajinkan diri untuk solat sunat terawih! InsyaALLAH ^^, (solat Isyak dan Subuh jangan diabaikan dek kerana mengejar yang sunat, seimbangkan..)


Selain itu, komentar ana untuk solat sunat terawih (ini alasan ana pada diri ana supaya mujahadah diri untuk solat sunat terawih), solat terawih cuma di bulan Ramadan..means, kita cuma solat terawih untuk sebulan sahaja, jika nak dibandingkan dengan 11 bulan lain. Juga, ana terfikir.. jika ana tidak solat sunat terawih selepas solat Isyak, agak-agaknya ana isi masa ana dengan perkara apa selepas Isyak? Adakah perkara yang bermanfaat atau tidak? Jadi, insyaALLAH dengan kita solat terawih bersama imam, masa kita terisi dengan perkara yang berfaedah..dengan beribadah kepada-NYA.. Subhanallah.. =)

Apabila berlabuhnya siang hari pada 19.8.2011, kita akan memasuki 10 hari terakhir Ramadan.. Ada apa ye pada 10 malam terakhir Ramadan..?? Ya, na'am..malam yang sangat istimewa..eksklusif pada malam Ramadan je..iaitu?? Lailatulqadar.. atau malam al-Qadr. Allah berfirman mengenai lailatulqadar di dalam Al-Quran. Subhanallah..^^,

Maka, bermulalah sebuah pencarian..pencarian lailah Al-Qadr..mendirikan qiyam Lailatulqadar.. (",)

Tadarus atau Tilawah?


Baiklah, apa beza tadarus dan tilawah? Tilawah Al-Quran- Membaca Al-Quran secara bersendirian. Tadarus Al-Quran- Membaca Al-Quran bersama 2 orang atau lebih (untuk disemak bacaan itu oleh orang lain). Dan di dalam bulan Ramadan ini, kita sangat-sangat digalakkan untuk bertadarus, selain tilawah. Rasulullah sendiri bertadarus bersama malaikat Jibrail pada bulan Ramadan =)

"Nabi s.a.w. menceritakan bahawa Jibrail a.s. membacakan kepadanya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wallahua'lam. Mudah-mudahan kita masih boleh mengekalkan momentum yang ada, dan istiqamah insyaALLAH! ^_^ Amin.. Ingin sekali kembali kepada-NYA dengan jiwa yang bersih suci dan tenang.. (",)

15 August, 2011

15th Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Ana terkesan dengan kata-kata seorang senior ana.. "Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana TERPILIH menjadi ahli kepada madrasah (sekolah) Ramadhan untuk tahun ini.."

Ya..di kalangan umat manusia yang kematian adalah satu kepastian, kita masih dibenarkan bernafas oleh ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang untuk menjalani kehidupan ini..kembara hidup sebagai hamba-NYA.. (",)

Dan sekarang, Ramadhan telah sampai ke pertengahannya.. Adakah amalan kita di kala ini sehebat amalan kita sewaktu awal Ramadhan dahulu? Adakah kita berusaha untuk istiqamah sehingga ke hari ini? Ayuh, marilah kita memanfaatkan setiap detik waktu kita dengan amalan-amalan yang disukai-NYA! ^^, Mudah-mudahan kita semakin dekat dan mesra dengan-NYA..

Subhanallah..kita juga bakal memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan.. Di mana mengikut jumhur ulama', salah satu malamnya adalah lailah Al-Qadr.. Lailah Al-Qadr adalah lebih baik daripada 1000 bulan! (1000 bulan = 83 tahun 4 bulan).


Bismillah

A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr 97:1)


A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (Al-Qadr 97:2)


A003
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr 97:3)


A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (Al-Qadr 97:4)


A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr 97:5)

Wallahua'lam. InsyaALLAH, hajat di hati, ana ingin menyambung entri ini lagi.. (",)

09 July, 2011

Zikrullah

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Lama saya tak bermuhasabah diri.. tak boleh jadi ni.. Jadi hari ni,apa yang saya nak tulis ye? Untuk panduan diri..
Hidup ini tidak pernah sunyi dengan ujian, maka bersabarlah..kerna ujian itulah yang mematangkan diri..menjana ketabahan dan kekuatan hati.. yang paling penting ia ad
alah satu tarbiyah(didikan) dari ALLAH..kan?
Gembiranya diri ini apabila ALLAH menyayangi kita..
Tenangnya hati ini apabila ALLAH mengenal dan mengingati kita..
Senang je,kalau kita nak seseorang tu ingat kat kita,kita kenalah ingat kat org tu jugak kan..
Jadi,kalau kita ingat ALLAH nescaya ALLAH juga akan mengingati kita..
Bila kita mengingati ALLAH ketika susah lagi-lagi bila kita dalam keadaan senang,dengan mudahnya A
LLAH akan kenal kita apabila kita dalam kesusahan..
ALLAH akan berkata,"Oh,inilah hamba-KU yg mengingati-KU ketika ia senang.. Maka aku mudah utk mengenalnya pabila ia dalam kesusahan.." "Ingatlah Aku (ALLAH) nescaya Aku mengingatimu" (Surah Al-Baqarah,ayat 152)
Indahnya bila diri ini diREDHAI-NYA..
Sahabat-sahabat tak nak rasa begitu?
Disayangi,diingati dan diredhai oleh Pencipta diri ini? Pencipta dan Pentadbir sekalian alam..
ALLAH S.W.T. ..
Oleh itu,kita kenalah sentiasa mengingati-NYA!
"Ingatlah,hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang" (Surah Ar-Ra'd,ayat 28) Berzikirlah.. Basahkanlah lidahmu atau hatimu dgn zikrullah..
Ianya ringan di mulut atau di hati tetapi memberatkan timbangan mizanmu di akhirat kelak..
MELALAIKAN BERZIKIR ITU LEBIH BURUK DARIPADA BERZIKIR DALAM KELALAIAN!
Ingat ALLAH sentiasa..
~CINTA ALLAH DAN RASUL-NYA..~

nota kaki : Zikrul maut.. sentiasa mengingati mati,bukan takut mati! Jgn salah faham.. Bukan utk melemahkan diri,tapi memotivasikan diri! Bersedialah dengan sebaik-baik bekalan amalan dan taqwa.. Keimanan sebagai paksi.



26 May, 2011

Ke mana hala tuju blog anda?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Alhamdulillah, ana, anda yang membaca entri ini sama ada yang memiliki blog ataupun tidak, sangat bersyukur kerana dapat melayari internet..tak gitu?
Oleh itu, dapat melayari internet adalah salah satu nikmat dari ALLAH.
Dan bagaimanakah cara kita untuk mensyukuri nikmat internet ini? Begitu juga nikmat-nikmat ALLAH yang lain?
Mengucap tahmid;kalimah syukur yakni Alhamdulillah,segala puji hanya bagi ALLAH..dan tidak lupa untuk menggunakan nikmat internet ini ke arah kebaikan!

Ya, ke arah kebaikan..ke arah yang diredhai ALLAH! Ana tegaskan sekali lagi, menggunakan internet untuk menggapai redha ALLAH.. Tidakkah indah begitu?
Jadi,kita sebagai seorang blogger..hendaklah menjadikan nikmat dapat memiliki blog, sebagai wadah/cara untuk kita menggapai redha ALLAH.
Apakah perkara-perkara yang kita boleh buat sebagai seorang blogger, untuk menggapai redha ALLAH?
Kita boleh menyebarkan keindahan Islam melalui blog..berkongsi ilmu yang bermanfaat..saling ingat-mengingati ke arah redha ALLAH..menceritakan pengalaman hidup yang boleh diambil iktibarnya, dan banyak lagi..

Untuk lebih pencerahan, sangat-sangat dialu-alukan ke Blog Aku Macam Haram!, Blogger Itu Pendakwah dan Menulis,seni yang menguatkan.

InsyaALLAH, ana dan ada, sama-sama kita berusaha dalam menjadikan blog ini sebagai medium yang sihat ^_^
Wallahua'lam, ana minta maaf atas segala hal..
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

30 March, 2011

Tit,tit. Mesej!!!

Assalamualaikum sahabat2 ^^,
Kala ini, sedang ana check2 emel, ada satu mesej(handphone) masuk.
Sahabat ana dari jauh bagi..dah lama ana x berbalas mesej dgn dia,dia ingat ana,alhamdulillah..
Nikmat ukhwah fillah..kita ingat shbt kita dlm doa,dan saling membimbing ke arah mentaati perintah ALLAH n menjauhi larangan-NYA(ila mardhotillah), tu yg manisnye..bertaut hati n roh kita dgn dia(shbt kita).

Mesejnya berbunyi begini,
"Bila KEKUATAN yg dipohon, ALLAH beri RINTANGAN utk dihadapi..
Bila KEBIJAKSANAAN yg dipohon, ALLAH beri MASALAH utk diselesaikan..
Bila KASIH ALLAH yg dipohon, ALLAH beri DUGAAN utk dihadapi..
& setiap yg dipohon pasti DIUJI supaya lebih dekat dengan-NYA.."

Nice,right?

Ingat firman-NYA:

"(Allah)Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA Maha Perkasa, Maha Pengampun," (Al-Mulk: ayat 2)

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (Al-'Ankabut: ayat 2)

Sama2 kita ambil ibrah(pengajaran)nya, dan amalkan dalam hidup kita..
Memburu ilmu dgn tujuan utk menambah amal, insyaALLAH!

Just some sharing from me..coretan buat jiwa n hati..yg memerlukan makanan rohani..