Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH Tuhan Yang Menciptakan. Hari ini, saya ingin bercerita dalam bentuk cerpen, harap sahabat-sahabat sukakannya ^^
***************************
Jam sekarang menunjukkan 10:49 malam. Lagi beberapa minit untuk menginjak 11:00 malam. Mataku sudah mula ingin dikatup tetapi hati mengatakan tidak. Mata masih ingin menatap skrin laptop sambil akal memikirkan apakah yang hendak ditulis di blog.
Sudah agak lama blog ini tidak dihiasi dengan entri baru. Hati sedikit kucar-kacir mengenangkan sikapku ini. Kerana sikapku, blog ini pula yang menerima tempiasnya; dibiarkan tanpa kata-kata, buat pengingat jiwa.
Namun, akal masih tidak dapat mentafsir tajuk apakah yang boleh penulis bentangkan di sini. Mungkin kerana sudah lama tidak menulis, dan jarang mengasah minda jadi, ilham tidak bertandang dengan izin ALLAH. Jika dilihat dari sudut negatif, keadaan ini akan menyebabkan kita marah, dan seterusnya tiada mood. Tetapi jika dilihat dari sudut positifnya, sesungguhnya ALLAH hendak memberi kita pelajaran agar setiap apa yang kita buat dalam hidup ini, adakah kerana-NYA? Renung-renungkan wahai diri..
Akhirnya, sesuatu menerjah fikiran saya. Sekarang ini, saya ada masa terluang. Jadi, tidur awal lah! Ya.. mengapa tidak?
Sahabat-sahabat, dan buat diri yang menulis ini, pesan saya, jika kita ada peluang untuk tidur awal selepas solat Isyak, maka lakukanlah. Tidak rugi apabila kita tidur awal. Kerana apa? InsyaALLAH apabila kita tidur awal, kita boleh bangun awal. Kita boleh qiamullail. Kita boleh solat sunat qabliah Subuh. Kita boleh solat Subuh awal waktu. Ini pesanan buat memanfaatkan masa lapang kita.
Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesehatan dan waktu luang”. (HR. Bukhari, no: 5933)
Rujukan: ustadzmuslim
**********************
Wallahua'alam. Maaf atas salah dan silap saya. Ilal liqa' (sehingga berjumpa lagi) insyaALLAH. Ma'as salamah.. ^_^
0 comments:
Post a Comment