30 August, 2011

1 Syawal menjelma


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Kini, 1 Syawal sudah menjelma,
Ziarah menziarahi amalan mulia;
Saling berkumpul sesama keluarga,
Ampun dan maaf saling dipinta =)

Ehee, pantun yang tidak seberapa.. Cuma menggambarkan perasaan sang penulis ^^

Sahabat-sahabat pakai baju baru tak time raya ni? Alhamdulillah.. Ada kasut raya? Alhamdulillah.. Duit raya pun dapat? Alhamdulillah.. Biskut raya sedap? Alhamdulillah..
Subhanallah, banyak sungguh nikmat dan hadiah ALLAH bagi kat kita kan..sejak kita lahir sehinggalah usia kita sekarang.. Nikmat iman dan islam pun ALLAH sudi bagi! Ya Allah, jadikanlah kami di dalam golongan yang sentiasa mensyukuri-MU Ya Allah, Amin..

Ana, mewakili dua orang penulis di laman Coretan Buat Jiwa ini, ingin memohon seribu kemaafan, andai kami (terutama ana) ada mengguris perasaan, mengata, dan lain-lain, melalui mata pena ini.. Buat yang mengenali diri ini, ana memohon jutaan maaf atas segala-galanya..dulu, kini dan selamanya. InsyaALLAH, ana hulurkan kemaafan buat kalian. Moga ALLAH merahmati ana dan kalian semua, kerana kita berkasih sayang, saling ingat-mengingati, saling kuat-menguati kerana ALLAH insyaALLAH, amin (",)

Tidak lupa, ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H, KULLU 'AM WA ANTUM ALF BIKHOIR, MINAL 'AIDEEN WAL FAIZEEN ana layangkan buat kalian..

Akhir kalam, taqabbalallahu minna wa minkum ajma'ieen, amin ^^

19 August, 2011

19th Ramadan..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Entri ini, adalah sambungan untuk entri sebelum ini, 15th Ramadan (",) Macam diari pula, ehee~

Bulan Pengampunan

Sebenarnya, ana lebih kepada, hendak berkongsi apa yang ana dapat daripada ceramah yang ana hadiri. Ana kongsikan sebuah hadis di sini..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosa yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ana nak highlight,
1) مَنْ صَامَ رَمَضَان- Sesiapa yang berpuasa Ramadan;
2) مَنْ قَامَ رَمَضَان - Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan;
3) مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ - Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar.

Ana belajar, waktu untuk qiamullail bermula selepas Isyak. Dan waktu untuk qiyam Ramadan? Bermula sejak solat terawih.. Maksudnya, nak menghidupkan malam-malam Ramadan, bukan terhad pada amalan-amalan qiamullail seperti solat tahajud, dan lain-lain, tetapi solat terawih juga dikira sebagai qiyam Ramadan! Apa lagi, ayuh kita rajin-rajinkan diri untuk solat sunat terawih! InsyaALLAH ^^, (solat Isyak dan Subuh jangan diabaikan dek kerana mengejar yang sunat, seimbangkan..)


Selain itu, komentar ana untuk solat sunat terawih (ini alasan ana pada diri ana supaya mujahadah diri untuk solat sunat terawih), solat terawih cuma di bulan Ramadan..means, kita cuma solat terawih untuk sebulan sahaja, jika nak dibandingkan dengan 11 bulan lain. Juga, ana terfikir.. jika ana tidak solat sunat terawih selepas solat Isyak, agak-agaknya ana isi masa ana dengan perkara apa selepas Isyak? Adakah perkara yang bermanfaat atau tidak? Jadi, insyaALLAH dengan kita solat terawih bersama imam, masa kita terisi dengan perkara yang berfaedah..dengan beribadah kepada-NYA.. Subhanallah.. =)

Apabila berlabuhnya siang hari pada 19.8.2011, kita akan memasuki 10 hari terakhir Ramadan.. Ada apa ye pada 10 malam terakhir Ramadan..?? Ya, na'am..malam yang sangat istimewa..eksklusif pada malam Ramadan je..iaitu?? Lailatulqadar.. atau malam al-Qadr. Allah berfirman mengenai lailatulqadar di dalam Al-Quran. Subhanallah..^^,

Maka, bermulalah sebuah pencarian..pencarian lailah Al-Qadr..mendirikan qiyam Lailatulqadar.. (",)

Tadarus atau Tilawah?


Baiklah, apa beza tadarus dan tilawah? Tilawah Al-Quran- Membaca Al-Quran secara bersendirian. Tadarus Al-Quran- Membaca Al-Quran bersama 2 orang atau lebih (untuk disemak bacaan itu oleh orang lain). Dan di dalam bulan Ramadan ini, kita sangat-sangat digalakkan untuk bertadarus, selain tilawah. Rasulullah sendiri bertadarus bersama malaikat Jibrail pada bulan Ramadan =)

"Nabi s.a.w. menceritakan bahawa Jibrail a.s. membacakan kepadanya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wallahua'lam. Mudah-mudahan kita masih boleh mengekalkan momentum yang ada, dan istiqamah insyaALLAH! ^_^ Amin.. Ingin sekali kembali kepada-NYA dengan jiwa yang bersih suci dan tenang.. (",)

15 August, 2011

15th Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Ana terkesan dengan kata-kata seorang senior ana.. "Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana TERPILIH menjadi ahli kepada madrasah (sekolah) Ramadhan untuk tahun ini.."

Ya..di kalangan umat manusia yang kematian adalah satu kepastian, kita masih dibenarkan bernafas oleh ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang untuk menjalani kehidupan ini..kembara hidup sebagai hamba-NYA.. (",)

Dan sekarang, Ramadhan telah sampai ke pertengahannya.. Adakah amalan kita di kala ini sehebat amalan kita sewaktu awal Ramadhan dahulu? Adakah kita berusaha untuk istiqamah sehingga ke hari ini? Ayuh, marilah kita memanfaatkan setiap detik waktu kita dengan amalan-amalan yang disukai-NYA! ^^, Mudah-mudahan kita semakin dekat dan mesra dengan-NYA..

Subhanallah..kita juga bakal memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan.. Di mana mengikut jumhur ulama', salah satu malamnya adalah lailah Al-Qadr.. Lailah Al-Qadr adalah lebih baik daripada 1000 bulan! (1000 bulan = 83 tahun 4 bulan).


Bismillah

A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr 97:1)


A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (Al-Qadr 97:2)


A003
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr 97:3)


A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (Al-Qadr 97:4)


A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr 97:5)

Wallahua'lam. InsyaALLAH, hajat di hati, ana ingin menyambung entri ini lagi.. (",)

03 August, 2011

Ramadhan Kareem..=)

Bersyukurlah kita kerana masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan tahun ini..
tahun akan datang..bagaimana??
adakah kita akan sampai pada bulan Ramadhan?
jawapannya tiada siapa pun yang tahu melainkan pencipta kita (Allah)..
oleh itu,sahabat-sahabat..
bersungguh-sungguhlah mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan ini kerana kita tidak pasti adakah tahun hadapan kita akan bertemu lagi..
moga Ramadhan kali mmpu menjadi madrasah tarbiyyah bagi kita~
..............................................................
RAMADHAN BULAN BERKAT
by: Hijjaz

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa

Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan

Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa