24 November, 2010

Adab Meminta Izin untuk Memasuki Rumah

  • Memilih waktu yang tepat.

  • Memberi salam terlebih dahulu.

  • Mengetuk pintu rumah dengan perlahan-lahan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a. bahawa para sahabat yang mengunjungi kediaman Nabi s.a.w. mengetuk pintu dengan hujung kuku (Riwayat al-Bukhari).

  • Hendaklah orang yang meminta izin untuk masuk tidak menghadap pintu setelah memberi salam dan mengetuk pintu.

  • Meminta izin untuk masuk ke kediaman orang lain hanya sampai 3 kali. Sekiranya tiada jawapan atau tidak diizinkan masuk(seperti keadaan yang mana seorang isteri yang dilawati lelaki asing sewaktu suaminya tiada di rumah),maka hendaklah pulang.

  • Apabila ditanya nama,maka berilah nama. Jangan menjawab: "Saya".

  • Tidak memasuki rumah andai rumah tidak berpenghuni.

Sumber: Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah.

Rujukan Majalah Solusi Isu No. 15


17 November, 2010

Eidul Adha 1431 H


Assalamualaikum w.b.t buat pemuda pemudi islam sekalian.. Ucapan salam ini memberikan ana satu ketenangan,seolah-olah ada titisan embun yg mengalir di hati ini,dalam mengubat gundah di hati..

Pada tarikh 17 nov ini,rakyat Malaysia telah menyambut satu perayaan..dan apa dia? Hari Raya Aidiladha bg tahun 1431 Hijrah.. Bg kita umat islam,aidiladha bukan setakat sebuah perayaan spt agama2 lain,tp kita mempunyai sirah dan ibrah di sebalik perayaan ini..betul tak?

Begitu juga dgn aidilfitri..Allah tidak menganugerahkan dua hari raya ini dgn sia2,bahkan ada maksud n pengajaran yg perlu kita ambil tahu dan amalkan.. Betapa cantiknya agama islam..betapa indahnya aturan ALLAH..dilengkap dan dihiasi lagi dgn cara Nabi Muhammad SAW..kan?

Kisah di sebalik aidiladha ini,spt mana yg diketahui umum,adalah berkenaan dgn kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya,Nabi Ismail.. Singkaplah kembali sirah2 Nabi,agar kita dpt mengambil pengajaran darinya.. Kan kita dituntut utk belajar sejarah di sekolah,apa salahnya kita juga mengingati kembali sirah2 Nabi.. Kita diajar bahawa siapa yg tidak mempelajari sejarah,akan mengulangi sejarah itu kembali..jadi bagaimana dgn sirah/sejarah para Nabi? Tidakkah kita juga bakal mengulangi sejarah2 kaum terdahulu yg mendustakan para Nabi jika kita tidak mengambil pengajaran dari kisah2 umat terdahulu? Hayatilah.. Insaflah.. Teringat jemaah haji yg skrg ini berada di bumi Makkah al-Mukarramah..bg menunaikan rukun islam yg ke-5..

Coretan ini juga buat peringatan diri yg dhoif lagi hina ini.. Sama2lah kita beramal dgn ilmu yg telah kita pelajari selama ini..dan berusaha utk disampaikan kepada saudara2 islam yg lain,insyaALLAH.. Dalam masa yg sama,pertingkatkan lagi ilmu di dada(ilmu yg bermanfaat),lebih2 lagi ilmu agama.. Ayuhlah mujahidin mujahidat sekalian,bangkitlah kita demi Islam.. dan antara wasilah yg boleh kita ceburkn diri dlm menegakkan islam di muka bumi ini ialah dgn ilmu..


"Dan tidak sepatutnya org-org mukmin itu semuanya pergi(ke medan perang). Mengapa sebahagian dari stp golongan di antara mereka tidak pergi utk memperdalam pengetahuan agama mereka dan utk memberi peringatan kpd kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya" (at-Taubah:122)

Wallahua'lam..=]

12 November, 2010

syukur..

 Apakah yg harus lg dicari
Di manakah nilai ketenangan diri
Takkan dijumpa berkiblatkan duniawi
Genggam pada janji syurga yg pasti

Sesungguhnya
Manusia umat yg alpa
Kerna terlalu asyik dengan dunia
Lupakan segala yg sementara
Hanya sesaat abdikanlah jiwa

Lihatlah
Di sekitar duniamu kini
Penuh dengan kebencian.. tak peduli
Rasa belas bagaikan tiada erti
Pulanglah ke jalan yg mengasihani

Syukurlah
Pada yg Maha Esa
Kerna Dia lah yg abadi dan hakiki
Syukurlah pada yg Maha Esa
Kerna dari hati kan lahir ketenangan

Syukurlah..
Bersyukurlah....
                                                                           (nice-syukurlah)
  

06 November, 2010

kerNAmu SuD0ku...


citer ana pada pagi tanggal 4 Nov 2010....
sebenarnya malam tu ana akan berangkat balik ke Universiti Malaya Nilam Puri...
tapi sebab hasrat untuk membeli sudoku tidak tercapai lagi...
so, ana bertekad untuk meneruskan pencarian bagi membeli sudoku...
perjalanan bermula dari rumah yg terletak di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam...
adik ana sebagai peneman untuk ana meneruskan pencarian...
kami tiba di perhentian bas...(agak lama gk tunggu bas..pastu baru bas sampai)..
destinasi yg ingin dituju adalah Summit or org panggil BM Plaza...
setibanya di sana ana terus ajak adik ana g kedai buku...namanya apa ntah...da terlupa tetapi hampa..buku sudoku xda..huhu..sedih.. :(

perhentian bas ke Summit dari rumah ana
Lepas tu, adik ana suggest kt ana untuk g Jusco, Perda...dia bagi tahu ana, kawan dia kata kt sana ada kedai buku Popular..tanpa buang masa kami teruskan ke sana...mana tahu...ada rezeki jumpa buku sudoku kt sana...huhu...kena naik bas lagi...

bas 701...bas ni g butterworth dan melalui jusco
Bila sampai jusco...kami masuk terus menuju ke Popular...dari muka pintu masuk kedai tu ana dah perasan ada buku sudoku kt salah satu rak..ana pon ajak adik g tengok...memang betul kt situ rak buku-buku sudoku...emm,cam besa style ana..bila nk beli buku kena tgk harga gak..takut2 terlari bajet..wow!! agak terkejut..terkezut..semua ada la...mahal bangat..kebanyakan RM 20 ke atas...huh..bajet bukan jer lari tapi memang tak cukup ongkos....ada gk yg belas2 harganya tapi buku tu dibalut ngan plastik..xboleh nk tgk2 isinya...
ana xjadi beli walaupon buku sudoku ada depan mata...

Akhirnya, adik ana kata kita g Megamall kt seberang prai...kali ini kalau xda gk..kita balik terus rumah...kami naik bas untuk kali yg ketiga...Megamall agak besar..kedai buku yg dituju disana sama seperti di Jusco iaitu "Popular"..

Alhamdulillah, kt sana kedai bukunya lebih besar berbanding Jusco...so, pilihannya lebih bnyk...dan disana gk ana berjaya untuk membeli buku sudoku...syukur sungguh dihati ini...segala penat lelah berjalan untuk membeli buku sudoku..akhirnya menjadi realiti bukan fantasi lagi..  




 

 inilah buku sudoku 
yg telah dibeli..
         

Ini memang sebuah cerita tapi bagi ana, ia menjadi satu pengalaman yg terkandung 1001 hikmah...moral value yg dapat ana kongsikan, "pandanglah setiap apa yg berlaku dalam kehidupan kita sebagai satu tarbiyyah dari Allah..." dapat ana samakan dengan situasi yg berlaku :- pada mulanya ana mengalami kesukaran mendapatkan buku tersebut...atas kesabaran dan keazaman yg tinggi dikurniakan oleh-Nya..akhirnya Dia memberi keizinan buat hamba-Nya ini untuk mengecapi sedikit kebahagiaan iaitu memperoleh "buku sudoku" di penghujungnya..

Syukran buat adik ana sebab tolong teman dan sanggup ikut ana dari awal pencarian hingga akhirnya...Akak coretkan seungkap kata "terima kasih adikku"..

thanks adik..teman akak

05 November, 2010

haPPy besDay yA sOhaBati..

salam ukhuwwahfillah..

Hazal yaum (hari ini), genap la umur sorang sahabat ana (nama dia Umi Kalsom) menjadi 18 tahun...sbbnya apa?
senang je..hari nie besday dia..emm, nk antar kek xmampu..so,kirim sms je (selamat hari lahir..semoga kehidupan sahabatku sentiasa diberkati dan mendapat keredoan Allah)
Ooo, dah tua yerr sahabat ana nih..huhu..(ana gurau je)


Kelmarin dulu  3 Nov 2010, hari lahir sahabat ana gak..nama dia Husna..sahabat2 dia termasuk ana sekali suka panggil dia dengan nama "Una"..Cam biasa la, hadiah ana xbagi kt dia..xda bajet..hehe..ana antar mesej sama macam ana antar kt Umi..


So,kali ini ana titipkan coretan ini buat kalian, sambil2 tu untuk muhasabah diri yg kerdil ini.. Eh, kenapa nak muhasabah diri pulak?

Wahai sahabat2 yang disayangi kerna Allah, sedar atau tidak yg setiap kali umur kita meningkat..kematian itu juga menghampiri..itulah hakikat yg selalu kita lupa..ingatlah..orang yg bijak adalah orang yg mengingati mati..Kadangkala kita selalu terleka dengan keindahan dan keasyikkan dunia..kita tu termasuk la diri ana sendiri..

Setiap kali umur kita bertambah dari tahun ke tahun, pernah tak kita terfikir...adakah bertambah  manfaat diri kita kepada orang lain dari tahun ke tahun..atau ada tak apa2 perubahan yg mendorong kita ke arah kebaikan dari semasa ke semasa?...."tepuk dada tanya diri kita sendiri"...

Semoga, setiap kali umur meningkat..kebaikan dalam diri juga turut sama meningkat..jangan mensia-siakan kehidupan ini kerana dunia ini hanya tempat persinggahan yg takkan kekal abadi..




24 October, 2010

Refresh Hati

puisi ini penulis copy dari :  www.iluvislam.com
*moga mnjadi renungan dan pedoman buat diri ini dan sesiapa yg membaca..enjoy it..!!



Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...
 
Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..

Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...

Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah;


"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..

Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...

Di sana,
Akhirat yang pasti...
Syurga yang terindah,
Atau
Neraka yang menyala!

20 October, 2010

uhibbukum fillah..



5 akaun 2009




  ku layarkan coretan ini
buatmu "sahabatku"

                

sekolah kesayangku~i miss u



Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
exam SPM "09"~hari last

salam perpisahan buat guru2  

kt padang bola kg acheh

     

kenduri kawin cg math-cg fida
  
Ku berkata bersabarlah
   Serahkan saja pada yang ESA

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama 

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
 Selagi ku masih di sini

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa 
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan saba
   Pastikan berjaya
                    (devotees-bersama) 

"Milikilah..Sebuah hati yang tidak pernah membenci, Sebuah senyuman yang tidak pernah pudar, Sebuah persahabatan yang tidak akan pernah berakhir..."


"Dalam kesakitan teruji kesabaran, Dalam perjuangan teruji keikhlasan, Dalam ukhuwah teruji ketulusan, Dalam tawakkal teruji keyakinan, Hidup ini amat indah jika Allah menjadi tujuan..


....Ku ukirkan persahabatan bersama kalian wahai "SAHABAT" selama 5 tahun di bumi maahad yan..Pelbagai memori suka dan duka terlakar antara kita..Hanya Tuhan yg tahu betapa indahnya pertemuan yg telah diciptakan-Nya untuk kita..Ukhuwah yg bersulamankan keimanan...bertemu dan berpisahnya kita hanya kerana Allah..kita berpisah untuk mengejar cita..andai masa mampu berputar kembali, ingin aku ulang kembali kehidupan bersama kalian disana..

....Namun aku sedar..hakikatnya masa tidak bisa berulang..aku memohon kepada yg Esa agar ukhuwah diantara kita sentiasa berkekalan hingga ke akhirnya..doaku akan sentiasa mengiringimu sahabat2ku..aku panjatkan kesyukuran buat Ilahi kerna kalian adalah anugerah dari-Nya..Kalian permata yg tak ternilai..akan ku hargai ukhuwah ini..pesanan ku buatmu yg bergelar sahabat..:-

"andai aku terjatuh, kau hulurkanlah tanganmu kepadaku..bila aku bengkok, kau luruskanlah aku..jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu" 
 
**dedikasi buat sahabat2 generasi ke-7