28 April, 2011

KLIBF '11

Assalamualaikum w.b.t. shbt2 sekalian! ^^,
Anda,yg sama ada ana kenal @ x tp sudi menatap @ membaca post2 di blog ini;
adalah sahabat2 ana.. membawa maksud, insan2 yg ana sayangi kerana ALLAH,
dan makna sayang krn ALLAH ini bg ana adlh, ana nak kita sama2 berpimpinan ke syurga ALLAH, mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan yg utamanya kita dpt menggapai redha Ilahi, amin..
n kalau nak berpimpinan ke syurga, kita kena la buat apa yg ALLAH suruh n tinggalkan apa yg ALLAH larang!

Berkata2 memang mudah jadi, bg yg mengenali ana, jika ana tergelincir dari apa yg ana katakan di atas, silalah ingat2kan ana..
Kerna ana pun layak diberi peringatan selain saling memberi peringatan.. (51:55)

Baiklah, terus ke tajuk perbincangan (cewah,skema sgt ke ana ni?)
KLIBF '11 adlh singkatan daripada Kuala Lumpur International Book Fair 2011 yg bertempat di bgnn PWTC, Kuala Lumpur;
dan acara ini memang merupakan acara tahunan bg negara kita, Malaysia.
Sume tahu kan ttg book fair ni?
tp x sume yg dpt dtg ke pesta buku ni kan..
lagi2 yg bukan menetap di KL,
maaf ye, ana (author ke-2 di blog ini) yg tinggal di selangor memang lah pernah pergi pesta buku ni walaupun boleh dikira dek jari berapa kali ana dpt pergi tp,
shbt2 yg di luar negeri selangor ntah2 ada yg x pernah pergi langsung kan?
xpe la..mana2 pun insyaALLAH kita boleh beli buku..
yg penting, kita dpt ke idak ilmu dan keberkatan dari buku2 yg kita baca..
beli kat mane or dpt diskaun ke x penting.. (tp klu dpt diskaun, satu bonus tu! ana pun suka klu dpt beli buku ngan harga murah ckit,he..)

Hmm, dah panjang lebar ana tulis ni, biar la ana letak gambar ckit, buku2 yg ana beli..
Sebelum tu, utk tahun 2011 ni, pesta buku ni berlangsung dari 22 April - 1 Mei.
dan main point ana kat sini sebenarnya adalah "Mai pakat2 baca buku (",)"



Matahari- Hilal Asyraf
Seindah Mawar Berduri- Fatimah Syarha Mohd Noordin




Takdir, Hero, Remaja Harapan- Hilal Asyraf


Hee..kbykan buku yg ana beli adalah tulisan Hilal Asyraf..
memang tu target buku yg ana nak beli kat pesta buku, tuk dptkn novel2nya yg terbaru;
dan alhamdulillah skrg, hampir lengkap koleksi2 novel @ buku Hilal Asyraf ana..

Ya..ada sbhgn dari kita yg kurang minat membaca tp pastikan kita top up ilmu dari medium yg lain, contohnya?
Yg suka dgr radio, boleh dgr ceramah @ motivasi kat IKIM.fm sbg contoh atau mana2 radio..
Yg suka tgk tv, bukalah rncgn2 ilmiah spt Halaqah, Muqaddimah, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah di TV9 or stesen2 tv lain..
Yg rumahnye dekat ngan masjid or surau, bolehlah ikuti majlis2 ilmu di situ..
Yg suka bukak internet, bukak video2 ilmiah kat youtube misalnye..
n byk cara lagi.. kreatifkan diri dlm tuntut ilmu n tambah amal! ^_^

Ckp ttg amalan..ana pun perlu memuhasabah diri..
Kita nakkan yg terbaik utk result peksa so kita pun buatlah yg terbaik time study..
jadi..kita nak yg terbaik dari ALLAH so kena jugaklah buat yg terbaik dlm stp amalan kita..
misalnye solat..khusyukkan diri..awal waktu..berjemaah sebaiknye..solat di tempat azan diazankan bg muslimin..
bersembang ngan kawan..guna perkataan baik2..gurau2 yg x berlebihan means x sakiti hati org yg mendengar..
ye..buat yg terbaik..means mengikut cara Nabi Muhammad dlm stp aspek hidup kita..
insyaALLAH, terbaik lillah!

K..jazakumullah atas kesudian membaca n mengambil ibrah..
moga ALLAH bukakan pintu hati kita utk terima cahaya-NYA dan dlm masa yg sama kita juga yg kena berusaha ke arah itu..x boleh goyang kaki means xde usaha tp sekadar mengharap redha-NYA, x jadi gitu shbt2..wahai diri ana especially,
Ilal liqa', ma'as salamah;
maaf jika entry panjang sgt..

16 April, 2011

jalan-jalan..=D

muet dah abes..

sebelum muet
ana menetap di rumah bapa saudara (Cik Mat & Cik Ana)
dari 11 april-15 april..hampir seminggu juga menetap disana..

15 april
Cik Mat bawa ke program Multaqa Ilmi di Masjid Ar-Rahman, Bachok Kelantan..
memang best jugak programnye..antara pengisiannya:
-pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
-ceramah
-pemeriksaan kesihatan untuk golongan dewasa

selepas solat jumaat, Cik Mat bawa ke Pantai Melawi..makan-makan & main air laut..lepas tu,kami balik ke rumah Cik Mat yang terletak di Panji..


syukran Cik Mat sekeluarga kerana layan ikah dengan baik..
moga  kehidupan kita menggapai keredhaanNya..

Malam ni insyaAllah, ana akan meneruskan kembara ke Putrajaya, rumah sahabat ana, Liyana Nasuha..

11 April, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran...Ayah.

salam ukhuwah..

ucapan maaf ana hulurkan buat sahabatku,Mujtahidah Solehah kerana sudah lama rasanya ana tidak coretkan bingkisan di ruangan ini..terima kasih sahabatku di atas bingkisan yang telah dicoretkan..

syukur,alhamdulillah..saat ini ana berkesempatan untuk mecoretkan sedikit bicara..

9 April (Sabtu)...ulang tahun kelahiran ayah ana yang ke-52..
gembira bercampur sedih..

gembira kerana ana mempunyai ayah yang penyayang..ana bersyukur kerana masih mempunyai ayah..
"moga ana dan adik-beradik yang lain akan menjadi permata hati yg menyejukkan jiwa ayah & ummi"

sedih bila mengenangkan usia kita..alangkah sedihnya jika kita tidak memanfaatkan usia kita dengan sebaiknya..ingatlah,semakin meningkat usia kita,semakin hampir kematian itu..kematian satu kepastian..

moga kita akan sentiasa memanfaatkan setiap detik masa dalam kehidupan kita..(^_^)

30 March, 2011

Tit,tit. Mesej!!!

Assalamualaikum sahabat2 ^^,
Kala ini, sedang ana check2 emel, ada satu mesej(handphone) masuk.
Sahabat ana dari jauh bagi..dah lama ana x berbalas mesej dgn dia,dia ingat ana,alhamdulillah..
Nikmat ukhwah fillah..kita ingat shbt kita dlm doa,dan saling membimbing ke arah mentaati perintah ALLAH n menjauhi larangan-NYA(ila mardhotillah), tu yg manisnye..bertaut hati n roh kita dgn dia(shbt kita).

Mesejnya berbunyi begini,
"Bila KEKUATAN yg dipohon, ALLAH beri RINTANGAN utk dihadapi..
Bila KEBIJAKSANAAN yg dipohon, ALLAH beri MASALAH utk diselesaikan..
Bila KASIH ALLAH yg dipohon, ALLAH beri DUGAAN utk dihadapi..
& setiap yg dipohon pasti DIUJI supaya lebih dekat dengan-NYA.."

Nice,right?

Ingat firman-NYA:

"(Allah)Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA Maha Perkasa, Maha Pengampun," (Al-Mulk: ayat 2)

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (Al-'Ankabut: ayat 2)

Sama2 kita ambil ibrah(pengajaran)nya, dan amalkan dalam hidup kita..
Memburu ilmu dgn tujuan utk menambah amal, insyaALLAH!

Just some sharing from me..coretan buat jiwa n hati..yg memerlukan makanan rohani..

20 March, 2011

APIUMNP ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Post kali ini, ana khususkan buat2 adik2 lepasan SPM..or yg berada di sekolah menengah..
Adik2 ada cita2 nak masuk universiti x?
Ana bahasakan diri ana 'akak' ye.

Sebelum tu, utk pengetahuan pembaca blog ini, blog ni sebenarnye ada 2 org penulis,
Adminnye WanN Syafiqah dan author jemputan adalah Mujtahidah Solehah,
Dua2 penulis ni menuntut di akademi pengajian yg sama, cuma berlainan course..
dan kami merupakan roommate utk sem 1 n 2 yg lepas.

Bg adik2 yg minat nak ambil course agama, atau nak ambil course agama+sains,
akak nak promote program2 yg ditawarkan di tempat kami belajar ni..
Result SPM 2010 nak keluar, dan adik2 ada isi borang upu?

Akak nak perkenalkan serba sedikit ttg tempat kami belajar ni,
Berikut butiran-butirannya:

NAMA : AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI (APIUMNP)

LOKASI: NILAM PURI, KELANTAN.

PROGRAM YG DITAWARKAN:
1) ASASI PENDIDIKAN ISLAM
2) ASASI SYARIAH
3) ASASI USULUDDIN
4) ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS

IPT : UNIVERSITI MALAYA

Setakat ni, tempoh pengajiannya(asasi) selama 2 tahun = 4 semester.
Ada kelainan sedikit antara course agama n sains..
Bagi course asasi pend. islam, syariah n usuluddin, mereka belajar di Nilam Puri selama 2 tahun, pastu sambung degree kat UM KL;
manakala bagi APIDS (Asasi Peng. Islam Dgn Sains) pula, 1 tahun belajar di Nilam Puri - utk belajar subjek agama, dan 1 tahun lagi di UM KL - utk belajar subjek sains. Dan degree juga di UM KL.

Bagi yg cintakan Bahasa Arab, akademi ini ada menyediakan subjek Bahasa Arab dlm pengajiannye..

Best tau belajar di sini! n_n

Adik2 tau mcm mana nak check syarat kelayakan masuk ke mana2 ipta yg adik ingini?
Akak x pasti jika link ni betul..tp adik2 boleh try,
sebab masa zaman akak, nak check tu caranye lain sikit.
http://imascu.upu.mohe.gov.my/

Maklumat2 di atas ni berdasarkan sesi kami, sesi 2010/2011..
Jadi, klu ada2 perubahan, minta maaf ye.




Sekilas di APIUMNP..






pintu masuk ke APIUMNP-pondok pengawal





maktabah(perpustakaan)







Dewan Johor(bhgn bawah) dan maktabah(bhgn atas bangunan)




Bilik Kuliah (Blok A)

18 March, 2011

rindu..=D

rindu kalian...
aina, fatin, sob, sha, nab, madihah, yana, zolilah, my roomate (aisyah & munirah) dan seluruh APIUM...

walaupun cuti nie memisahkan kita..kalian tetap sentiasa dihati..
moga cuti ini dimanfaatkan sepenuhnya..

jaga diri..
jaga kesihatan..
jaga iman dan amal..
moga terus tsabat di jalan-Nya..

15 March, 2011

kembara mahabbah..

baru pulang dari menziarahi sahabat2 di Kedah..
memang tersangat rindu kepada kalian..

berkumpul kembali di sekolah tercinta "maahad yan"..

ana tak sempat untuk hari yang pertama sebabnya masih di Kelantan..
sedih juga bila dapat join hari ke-2 je..hari ke-2 tu, ada sahabat-sahabat yang dah balik..
jd ana xsempat jumpa (Mimi & Raihan)..masa tu ana dalam perjalanan nak pergi sana..
diaorang dalam perjalanan balik..kalau ada rezeki kita jumpa lg..

12 mac
tengah hari..
bertolak dari rumah menaiki bas..

dalam perjalanan ke sana..
ana singgah membeli buku..


petarng..
sampai disana..
dijemput oleh Najwa & beberapa orang sahabat yang lain..

petang ni juga sahabat2 ana dalam proses menyediakan bihun sup
> masak sendiri..
> chefnya ramai..=)

malam..

solat jemaah



slot bersama Ustaz Zaini & Sir Azman

> memberi dorangan dan semangat untuk terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang..
> pesanan ustaz: usia masih muda..teruskan menuntut ilmu..

 

13 Mac
pagi..
semua bersiap-siap pulang..

dapat cenderahati dari Izza..
thanks Izza~
bergambar sebelum pulang
lepas tu,hantar sahabat-sahabat ke stesen bas Yan dengan kereta Najwa & Nusaibah..



bas datang agak lambat, cadangan nak naik bas di stesen bas Yan xjadi..
rumah Najwa kat Sungai Petani..jadi satu haluan..so, Najwa g antar terus sahabat-sahabat yang nak naik bas ni ke stesen bas Sungai Petani..

perjalanan diteruskan..

destinasi ana seterusnya ke rumah Nusaibah di Pokok Tai..
bermalam di sana semalam..
 
keesokkannya..
pulang ke rumah..

sebelum pulang..
macam biasa la.."tangkap gambar"

kat rumah Nusaibah ni ada nursery pokok..
sapa2 yang nak beli pokok boleh la datang sini..huu
alamatnya:
PT FLORA Trading
F648, Kampung Pokok Tai,
06710 Pendang,
Kedah Darul Aman.


petang..
tiba di rumah..

terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus menjayakan perjumpaan kita (puteri) di maahad Yan..kalau ada kesempatan kita buat pulak yang besar-besaran..=)

moga tautan ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhirnya...