17 September, 2010
BacA jAp...
RAMADHAN telah berlalu...SYAWAL yang datang sebagai tanda kemenangan bagi kita. Tetapi ketahuilah bahawa Ramadhan merupakan madrasah yang terbaik bagi jiwa kita. Itulah hakikat yang kadangkala kita tidak menyedarinya. Madrasah ini hanya wujud setahun sekali..walaupon setahun sekali,jika kita berjaya mendapat manfaat sepenuhnya dari madrasah ini, kita akan mampu mendidik jiwa ke arah kebaikan. Sebagai manusia yang akan bertemu ajal pada suatu masa yang telah ditetapkan, kita seharusnya tidak mensia-siakan masa jika kita berjaya bertemu dengan madrasah ini..mungkin tahun akan datang kita tidak sempat lagi untuk bersama-sama dengan bulan ini.Sahabat-sahabat, moga kita akan menjadi pelajar yang terbaik daripada madrasah ini.InsyaAllah.
Posted by
WanN Syafiqah
at
4:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Post a Comment