21 September, 2010

Nak kongsi ilmu sikit blh?

Assalamualaikum.. Hmm,minta maaf ye,gambar kat atas tu kecil je,tak boleh nak dibesarkan lagi..tp takpe,asalkan hati kita yg dibesarkan dgn kebesaran Ilahi..betul tak?
Hari ini,apa yg terlintas di fikiran..

"Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada ALLAH" (al-Baqarah:165)

Ya sahabati,rasailah bahawa kalamullah ini ditujukan kpd kita..org2 yg beriman kpd ALLAH dan RasulNya..

Daripada Abu Dzar,Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az bin Jabal r.a.,daripada Rasulullah s.a.w.,baginda bersabda,"Bertakwalah kepada ALLAH di mana saja kamu berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan,nescaya perkara itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmizi,dia mengatakan bahawa hadis itu hasan dan pada cetakan yang lain dikatakan hasan Sahih).

Semasa ana form 3,ustazah ana ada menjelaskan serba sedikit mengenai hadis di atas. Apa yg dapat ana fahami,ingati adalah apa yg dimaksudkan dgn 'iringilah keburukan dengan kebaikan',klu kita baca,kita mungkin samar2 maksudnya,kenapa ye dikatakan begitu? Maksudnya..apabila kita terbuat sesuatu keburukan,kejahatan,seterusnya kita tersedar yg kita buat salah..maka,segeralah kita tinggalkan keburukan itu dan laksanakan,gantikan amalan buruk itu dgn kebaikan,mudah2an dosa kita terampun,terpadam dgn pahala kebaikan itu..

Sebagai contoh,kita berprasangka buruk dgn seseorang kemudian,kita tersedar yg bersangka buruk adalah sifat mazmumah.. maka,segeralah kita beristighfar,beristighfar,beristighfar dgn sebenar2 penyesalan..mudah2an,dosa kita diampunkan..mudah2an,kita x mengulangi lagi sifat itu..mudah2an,kita terdidik utk bersangka baik sesama manusia..

Semasa ana form 5 pula,ada seorang ustazah ana,yg sering mengingatkan,kita hendaklah sentiasa merasai keberadaan ALLAH..maksudnya,Allah sentiasa melihat kita ,mengetahui apa yg kita buat,mengetahui isi hati kita..dan apabila kita merasai ALLAH mengetahui apa saja yg kita buat,kita akan takut utk berbuat maksiat wlu di mana saja kita berada,sama ada terdapat sesiapa yg nampak kita atau ketika kita berseorangan..kita akan berusaha utk taat perintah ALLAH dan RasulNYA..itulah yg dpt ana fahami drpd 'bertakwalah kepada ALLAH di mana saja kamu berada'.

'dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik',membawa tuntutan agar kita berakhlak mulia,Rasulullah sbg qudwah hasanah..jgn lupa ye,hablum minallah(hubungan dgn ALLAH) kena juga seiring dgn hablum minannas(hubungan sesama manusia) ^_~ Teladanilah akhlak Nabi dlm diri kita..

Sama2lah kita top up ayatul quran dan hadis Nabi dlm kehidupan kita..dlm pengetahuan kita..dlm amal kita..BERPANDUKAN ALQURAN DAN ASSUNNAH..

Sedikit kata2 buat yg bakal menghadapi peperiksaan..


"USAHAlah semampumu..tp jgn sesekali beraqidah bahawa byk usahamu penentu kejayaan..tp berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata2 pdNYA..itulah penentu kejayaanmu. Kejayaan bukan milik sesiapa tetapi adlh milik ALLAH. Jadi,seyakinnya hendaklah dikau pohon dariNYA semata."

0 comments:

Post a Comment