08 May, 2011

Usia Tua.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. =)

(monolog hati)
Saat ku memandang wajah tua nenekku, ku terfikirkan sesuatu..
Bagaimana agaknya diriku tatkala di usia senja nanti? Jika ALLAH masih memberi diri ini kesempatan untuk hidup dan beramal sehingga umur itu?
Adakah ingatan masih baik? Adakah diri ini masih kuat dan sihat? Siapakah yang akan menjaga diriku atau tiada yang sudi menjagaku?

Alhamdulillah, nenekku dipelihara ALLAH kala dia di usia ini..
Kedua ibu bapaku, dan anak-anak nenekku yang lain bergilir-gilir menjaga nenekku;
Alhamdulillah, daku dapat mengambil ibrah pabila tinggal bersamanya,
Pelbagai cerita, tips dan pengalaman hidup yang dapat ku teladani..
Kisah hidupnya di kala pemerintahan Jepun, pelajarannya yang cemerlang dan pelbagai lagi..

Hari ini dikenali sebagai Hari Ibu(bagi seisi dunia),
Tetapi ana mempunyai definisi yang lain,
Bagi ana, setiap hari adalah Hari Ibu..
Setiap hari adalah hari untukku berbakti kepada kedua ibu bapaku..
Walau tiada di mata, tak bertemu jasad, doa menjadi ganti baktiku buat mereka..
Amal soleh diharap dapat menjadi bekalan buat diri dan buat kedua ibu bapaku di akhirat kelak;
InsyaALLAH Ya ALLAH, Tuhan Sekalian Alam..Amin =)

Ku tanya pada ibuku, "Mak, mak mengharap ke Hari Ibu?"
Jwpn mak saya, "Tak lah..bagi mak, tiap-tiap hari adalah Hari Ibu, tiap-tiap hari kena tolong mak..".
Terima kasih mak! Terima kasih Ya ALLAH! Tidak lupa buat ayahku dan adik-adikku..^_^
Nenekku juga seorang ibu! ^_~

Seperkara lagi..(peringatan untuk diri ini sebenarnya),
Niat yang baik, perlulah seiring dengan cara yang baik dan benar..
Niat untuk menceburi bidang blog ini demi menggapai redha ALLAH, perlulah diiringi dengan cara yang baik seperti?
Menjaga masa...tidak terlalu menggunakan masa yang lama dalam ber'blogging' ini..
Menjaga hubungan baik dengan ibu bapa..
Menulis entry yang bermanfaat buat diri dan pembaca-pembaca..
Jaga tidur..(tidak tidur terlalu lewat);
dan banyak lagi sebenarnya, cuma ana tidak dapat mengungkapkannya dengan lebih lanjut lagi.

Ana menutup bicara ana kali ini dengan sepotong hadis, ana salin dari majalah Solusi isu 30,
hadis ini berkaitan 'ramuan' untuk memburu kemanisan iman ^_^

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman; sesiapa yang cintanya kepada ALLAH dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana ALLAH(dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas ALLAH menyelamatkannya(daripada kekufuran), sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api." (Riwayat Muslim)

Wallahua'lam, moga entry ini ada manfaatnya, buat diri ini dan sahabat-sahabat sekalian ^_^

~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

0 comments:

Post a Comment