25 June, 2011

Bersedia ke Tak?

Hari ini,Sabtu..25 Mac..
Bengkel Ucapan Bahasa Arab..

Slot-slot dalam ini mmg best..banyak gak input-input baru yang ana dapat..
Mula dari 8.15 pagi,sesi pendaftaran..Penceramahnya,Ustaz Nor Hazrul Mohd Salleh..tentatif program,slot 1..rehat kejap..lepas tu Slot ke-2..Slot terakhir ruangan soalan..

Sebenarnya bukan nak cerita sangat pun pasal bengkel ni tapi ana nak kongsi skit input yang ana dapat daripada bengkal tadi dengan sahabat2..sebabnya "sharing is caring"..hu3

Perkara yang paling penting bila kita nk berucap, kita mesti ada persediaan yang secukupnya..selalunya orang yang bersedia percakapan dia lebih teratur dan tersusun berbanding orang yang tak bersedia..ana bagi contoh exam,kalau orang yang dah bersedia:
"pagi exam tu dia dah relax..cuma tunggu nak masuk dewan peperiksaan.."
macam mana ye orang yang tak bersedia:
"mesti pagi tu kelam-kabut nak baca buku..masuk dewan peperiksaan cam tak bersemangat je"
 Kita nak jadi yang mana satu??
...................................................................................

Gambar Kenang-Kenangan Selepas Bengkel Ucapan

ikhwah~


akhawat~






24 June, 2011

NAK DAPAT AKHIRAT?..dont Forget..."Niat"

Salam sayang buat semua..=)

Apa khabar kalian hari ini?
Iman hari ini cmna?naik..turun..kalau rasa lemah carilah penawarnya..jangan terus diselubungi rasa cmtu..
Sihat ke?Kalau tak sihat tu cepat2 la cari ubat..Kalau yang sihat pulak tu jangan lupa mensyukuri nikmat kesihatan yang diberikan..Moga kita tergolongan dalam golongan yang sentiasa bersyukur..=D

Kali ini nk buat perkongsian dengan sahabat2 agar kita sama-sama berfikir..
DUNIA..tempat persinggahan yang sementara sebagai bekalan untuk kita dihari akhirat kelak..
AKHIRAT..tempat untuk kita selama-lamanya..

Ana yakin ramai yang tahu kita ini hanya hidup di dunia sementara dan yang berkekalan itu di akhirat sana..tetapi kenapa masih ramai yang tahu akan hakikat ini tetapi mereka masih terus mengejar dunia..
Emm,mungkin ada yang marah bila ana cakap camnie..salahkah kita tuk menggapai cita-cita dan impian kita??
Siapa cakap salah..memang tak salah..Kita sebagai manusia kalau nakkan sesuatu tu,kita memang kena sentiasa berusaha..Rezeki takkan datang bergolek..nak tak nak kita kena berusaha..Allah takkan bagi macam tu je kalu kita tak berusaha..jadinya,kalau nak dunia kita kena usaha,nak akhirat pun kena usaha..
"Ramai orang bila ana tanya apa yang diaorang nak dalam hidup ni?" "Kebanyakannya akan jawab,nak berjaya di dunia dan akhirat"
Alangkah ruginya jika segala titik peluh kita hanya untuk dunia semata-mata..akhirat macam mana pulak?...so,sahabat-sahabat,bila kita nak buat sesuatu tu,mulakan dengan niat..hatta tidur pun boleh jadi ibadah kalau niat kerana Allah,iaitu bila tidur tu kita niat nak sihatkan tubuh badan agar kita dapat melaksana segala perintahNya..tengok kawan-kawan kita buat satu perkara kita dapat dua serentak..dunia dapat,akhirat pun dapat..2 in 1..

"Andainya dunia ini ada harga disisi Allah s.w.t nescaya tidak diizinkan  orang kafir merasa walau seteguk air"
Itulah kebenarannya..dunia ini hanya ladang untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan dituai di hari akhirat kelak..jika kita merasakan dunia ini lebih bernilai dan berharga..bagaimana ye kita di hari akhirat kelak??

11 June, 2011

rintihan hamba..

terasa sendirian..
dunia seolah-olah kegelapan..
cahayanya malap seketika..
aku seakan berputus asa..
sudah hilangkah arah tuju hidupku..
adakah aku yang dahulu sudah berlalu..

aku tetap aku..
ujian dan cabaran lumrah kehidupan..
agar aku sentiasa tidak terlena dalam kelalaian..
aku harus kuat untuk hari ini..
aku harus bangkit untuk hari-hari mendatang..
usah takut untuk teruskan perjalanan..

Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukku..
teruskan meminta kepadaNya..
berusahakah mencapai keredhaNya..
kerana segala yang ku punyai ini adalah milikNya..

06 June, 2011

Targetkan blog anda! ^_~

Awake!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Apa khabar sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH? Ana,alhamdulillah sihat.. Check tak iman kita macam mana sekarang? ^^ Kita tak nak lah iman kita tiap-tiap masa adalah selemah-lemah iman kan.. Jadi,perlu buat apa? Jom berHIJRAH KE ARAH MENDEKATI-NYA! (",)

Berhijrah,berubah.. bukan hanya bila tiba Maal Hijrah,atau Tahun Baru,tapi sebenarnya tiap-tiap hari.. Senang kata,moga hari ini lebih baik dari semalam ^^, Nak hari ini lebih baik dari semalam,kenalah ada perubahan yang positif kan? Tak banyak,sedikit..kemudian,istiqamah.. Dan jangan lupa ikhlas kerana ALLAH,berazam dan bertekad untuk istiqamah dan diterjemahkan dalam amalan kita..sama ada melalui lisan,pergerakan,cara berfikir,dan lain-lain..

Pernah dengar tak,hadis yang mafhumnya begini,sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan(istiqamah).. Ana tak ingat,adakah sebaik-baik amalan,tapi point yang ana nak sampaikan melalui mafhum hadis tersebut adalah "tidak kira amal soleh kita sedikit atau banyak,yang paling penting adalah ISTIQAMAH". Untuk lebih pencerahan,istiqamah dalam amal kebaikan ye sahabat-sahabat..bukannya istiqamah dalam amal kejahatan..ingat tu!

InsyaALLAH,ana akan cuba istiqamah dalam menulis blog ini..pesanan yang sama buat sahabat-sahabat. Kita kan menjadikan blog sebagai wadah untuk berdakwah,menggapai redha ALLAH jadi,perlulah konsisten..istiqamah.. Letakkan target,mungkin sekurang-kurangnya 1 entri untuk seminggu,atau 1 entri untuk 2 minggu. Kalau dapat beberapa kali dalam seminggu, alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH. ^_^

Moga ada manfaat yang ana dan sahabat-sahabat peroleh daripada penulisan ini (",). Kita menulis bukan saja-saja kan? Kerana ALLAH..untuk menyebarkan syariat-NYA dan mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam,insyaALLAH yang terbaik lillah! (n_n) Akhir kalam,jangan lupa letak target,azam dalam setiap perkara yang kita buat di dunia ini!

"Kemudian,apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada ALLAH. Sungguh,ALLAH mencintai orang yang bertawakal." (Ali 'Imran 3:ayat 159)

Niat yang baik,azam/tekad,berusaha bersungguh-sungguh + bergantung harap pada ALLAH(doa),tawakkal,dan menerima keputusan-NYA dengan redha,sama ada yang baik mahupun yang buruk ^^, Be a real mukmin!

Kalau ada statement yang salah,sila tegur ye! ^_^ Terima kasih.
Ilal liqa', wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.