Awake!
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^
Apa khabar sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH? Ana,alhamdulillah sihat.. Check tak iman kita macam mana sekarang? ^^ Kita tak nak lah iman kita tiap-tiap masa adalah selemah-lemah iman kan.. Jadi,perlu buat apa? Jom berHIJRAH KE ARAH MENDEKATI-NYA! (",)
Berhijrah,berubah.. bukan hanya bila tiba Maal Hijrah,atau Tahun Baru,tapi sebenarnya tiap-tiap hari.. Senang kata,moga hari ini lebih baik dari semalam ^^, Nak hari ini lebih baik dari semalam,kenalah ada perubahan yang positif kan? Tak banyak,sedikit..kemudian,istiqamah.. Dan jangan lupa ikhlas kerana ALLAH,berazam dan bertekad untuk istiqamah dan diterjemahkan dalam amalan kita..sama ada melalui lisan,pergerakan,cara berfikir,dan lain-lain..
Pernah dengar tak,hadis yang mafhumnya begini,sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan(istiqamah).. Ana tak ingat,adakah sebaik-baik amalan,tapi point yang ana nak sampaikan melalui mafhum hadis tersebut adalah "tidak kira amal soleh kita sedikit atau banyak,yang paling penting adalah ISTIQAMAH". Untuk lebih pencerahan,istiqamah dalam amal kebaikan ye sahabat-sahabat..bukannya istiqamah dalam amal kejahatan..ingat tu!
InsyaALLAH,ana akan cuba istiqamah dalam menulis blog ini..pesanan yang sama buat sahabat-sahabat. Kita kan menjadikan blog sebagai wadah untuk berdakwah,menggapai redha ALLAH jadi,perlulah konsisten..istiqamah.. Letakkan target,mungkin sekurang-kurangnya 1 entri untuk seminggu,atau 1 entri untuk 2 minggu. Kalau dapat beberapa kali dalam seminggu, alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH. ^_^
Moga ada manfaat yang ana dan sahabat-sahabat peroleh daripada penulisan ini (",). Kita menulis bukan saja-saja kan? Kerana ALLAH..untuk menyebarkan syariat-NYA dan mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam,insyaALLAH yang terbaik lillah! (n_n) Akhir kalam,jangan lupa letak target,azam dalam setiap perkara yang kita buat di dunia ini!
"Kemudian,apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada ALLAH. Sungguh,ALLAH mencintai orang yang bertawakal." (Ali 'Imran 3:ayat 159)
Niat yang baik,azam/tekad,berusaha bersungguh-sungguh + bergantung harap pada ALLAH(doa),tawakkal,dan menerima keputusan-NYA dengan redha,sama ada yang baik mahupun yang buruk ^^, Be a real mukmin!
Kalau ada statement yang salah,sila tegur ye! ^_^ Terima kasih.
Ilal liqa', wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
0 comments:
Post a Comment