13 July, 2011

terima kasih sahabatku..

Hari ini dalam sejarah hidupku..tercatat kenangan indah bersama sahabat-sahabat majmuah 2 semester 3..
minggu ni majmuah ana kena conduct tobur (satu perhimpunan bahasa arab)..
setiap minggu akan ada majmuah yang conduct dan mereka akan membuat persembahan yang dipilih dan persembahan mestilah disampaikan dalam bahasa arab..
antara persembahannya adalah khitobah (syarahan), hiwar (perbualan) dan masrahiah (pentomen)..majmuah ana kena buat persembahan masrahiah (pentomen)..

Huh..pening juga nak fikir macam mana nak buat pentomen dalam bahasa arab..
hari ini hari yang ditunggu telah tiba..
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun banyak kesukaran dan kesusahan yang perlu dihadapi semasa conduct tobur dan sepanjang buat latihan..
hakikatnya kehidupan kita juga begitu: "tak semuanya indah..kesusahan itulah yang akan mematangkan kita"..
..............................

rasa hiba bila tobur dah selesai..bukan apa, tapi bila dikenang perjalanan yang dilalui sebelum semua ni selesai ..terharu,gembira dan macam-macam lagi la rasa..tak tahu nak cakap camna..
paling terharu..masa keadaan kelam-kabut kat atas pentas, semua sahabat tenang je..ana dah pening dah..tapi diorang tetap cool je..kalian memang sahabat terbaik..
terima kasih atas kerjasama kalian dalam menjayakan pentomen majmuah 2..

-bergambar bersama ustazah Thuraya selepas habis tobur-
-makan-makan meraikan-
SAHABAT..
diciptakan untuk saling lengkap-melengkapi..
saling ingat-mengingati..
moga ukhuwah kita menggapai keredhaanNya..=)

0 comments:

Post a Comment