24 July, 2011

اللهم بلغنا رمضان



اَللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. (bunyi tanda mesej masuk handphone)

"Salam! Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anak mereka iaitu Sahur dan Iftar(berbuka puasa). Mereka juga akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Maghfirah. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargailah mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda, insya-Allah. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!"

Buat sahabat-sahabat samada yang pernah atau tidak pernah menerima sms ini, anggaplah ana hantar sms ini kepada kalian! ^_^

Semenjak di bulan Rejab lagi, ana dapat merasakan kemeriahan Ramadhan apabila ana berkunjung ke beberapa buah blog..sahabat-sahabat rasa begitu? =)

Pada 17 Julai yang lepas, bertempat di surau Akademi Pengajian Islam UM, ana dan sahabat-sahabat berpeluang mendengar pengisian daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, berkaitan Ramadhan. Ana rasa rugi jika pengisian tersebut ana tidak sampaikan..apatah lagi diamalkan..

Point pertama yang ana dapat adalah, what you see is what you get! Bagaimana kita melihat Ramadhan, itulah yang kita akan dapat. Sebagai contoh, ada yang melihat/menganggap ramadhan sebagai medan kesihatan. Ada juga yang melihat Ramadhan sebagai peluang perniagaan/rezeki. Dan ada juga yang melihat Ramadhan sebagai medan untuk menambah pahala. Tetapi apa yang ingin ustaz tekankan adalah, bulan Ramadhan sebagai satu proses. Proses apa?

Ustaz berkongsi satu analogi.. Katalah kita nak buat kuih bahulu, perlu ada bahan-bahannya,cara nak buat/proses, dan akhir sekali adalah hasilnya..

A183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Ustaz hightlightkan perkataan;

Wahai orang-orang yang beriman! - iman diibaratkan sebagai bahan-bahan nak buat bahulu;
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, -puasa sebagai cara nak buat/proses kuih bahulu;
supaya kamu bertaqwa. -taqwa sabagai kuih bahulu,yakni hasilnya..

Kalau bahan-bahannya baik, dengan cara proses yang betul, insyaALLAH akan terhasillah kuih bahulu yang sedap, cantik acuannya, dan menyelerakan.. Jikalau sebaliknya? Renung-renungkanlah..dan mari kita sama-sama amalkan dalam kehidupan insyaALLAH! (",)

Seterusnya, ustaz ulas tentang taqwa.. Ustaz datangkan analogi para sahabat iaitu perbualan antara Umar Al-Khattab dengan Ubay Bin Ka'ab r.a..

Ubay bin Ka’ab umpamanya, telah memberi satu analogi yang sangat jelas bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!” (ana rujuk Genta Rasa- Pesan Taqwa)

Ustaz menjelaskan beza antara muslim yang reaktif dengan muslim yang proaktif. Apa bezanya? Reaktif, dia bertindak pada rangsangan, yakni kalau gembira, dia gembira.. kalau marah, dia marah.. Tetapi jika proaktif, dia akan berfikir sebelum bertindak, sebelum mengekspresikan tindakannya..mengikut kesesuaian dan keadaan. Mana yang lebih baik? ^^

Puasa juga, mengajar kita upaya mengawal diri. Kita ada makanan, minuman, tapi kita memilih untuk tidak makan dan minum kerana mentaati perintah ALLAH =) Mengajar kita untuk mengatakan TIDAK pada sesetengah keinginan kita..kerana mentaati ALLAH! (",) Akhir sekali, ustaz memberikan kami assignment.. Wah, ada tugasan tu.. Begini, ustaz kata, bila kamu pergi ke Bazar Ramadhan, belilah makanan yang kamu nak (tapi jangan berlebih-lebih), kemudian, kamu nampak 1 makanan yang kamu suka sangat! Tetapi nak beli, kamu dah ada makanan.. Jadi, tahan diri kamu, dan pulanglah dengan membawa kekecewaan yang disengajakan! Bila kamu pergi ke Bazar Ramadhan lagi, buatlah tugasan itu lagi..insyaALLAH kamu akan dapati kamu mempunyai kawalan diri yang baik! ^_^

Ada banyak lagi yang ustaz kongsikan, tetapi ana terlupa..asifah ye. Sahabat-sahabat dijemput membaca salah satu buku ustaz Hasrizal yang bertajuk 'Transformasi Ramadhan'.



Ana pernah baca tulisan ustaz Zul Ramli, penulis buku 'U-Turn Ke Jalan Lurus' (ana sangat suka baca buku tersebut) di sebuah majalah Anis, ana sangat-sangat berharap dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat tulisannya yang berkaitan tentang Ramadhan..sangat-sangat inspiring(bagi ana). Sahabat-sahabat bolehlah ikuti pengisiannya di Ramadhan- Pelampung Ajaib!

Wallahua'lam, moga bermanfaat untuk kita semua! =)
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

2 comments:

^_^
 
>khairunnisa

^_^
salam sayang fillah (",)
 

Post a Comment