Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

25 February, 2012

Fiqh Wanita

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Sahabat-sahabat apa khabar? Maaf ye sebab dah lama ana tak bertanya khabar kalian.. =(
Entri kali ini, ana nak berkongsi ilmu yang ana dengar daripada kuliah fiqh wanita;
Moga bermanfaat,amin~

http://mujtahidahsolehah.blogspot.com/2012/02/fiqh-al-marah-fiqh-wanita.html#

09 November, 2011

Merancang cuti

Tersenyum gembira menjadi hamba ALLAH.. (^_^)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Alhamdulillah, sahabat-sahabat apa khabar? Kalau tanya ana, ana alhamdulillah, gembira di sisi insan-insan yang disayangi kerana-NYA.. (",) Dalam mencintai yang lain kerana ALLAH(cinta kepada ALLAH dan Rasul adalah yang tertinggi, tidak tertinggal jihad fi sabilillah), memang memerlukan mujahadah, kesungguhan yang benar-benar tinggi. Lebih-lebih lagi, cinta kepada berlainan jantina yang bukan mahram, sering menjerat sesiapa sahaja selain remaja, mengetepikan kesucian cinta sebagaimana ditetapkan syariat. Ya ALLAH, kami mohon perlindungan dan bimbinganMU Ya ALLAH.. Tiadalah daya dan kudrat kami melainkan dengan izinMU Ya ALLAH.. Ya ALLAH, jadikanlah cinta kami kepadaMU, kepada RasulMU, kepada jihad, dengan setinggi-tinggi cinta dan setinggi-tinggi rindu, Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Alhamdulillah, ana dan sahabat-sahabat seperjuangan di PASUM kini dalam minggu cuti semester, bermula 5/11/2011 sehingga 20/11/2011, yakni selama 2 minggu. Sahabat-sahabat ana di UM Nilam Puri khabarnya akan memulakan semula pengajian pada 13/11/2011; teruskan langkah perjuanganmu sahabat! (khususnya buat admin blog ini, merangkap sahabat ana, Wan Nurush Syafiqah ^_^)

Jadi, bila dah cuti.. kenalah rancang, ye tak? ^_^ Bila dah belajar jauh-jauh ni, masa bersama sekeluarga semakin terhad.. Alhamdulillah, keadaan ini banyak menyedarkan ana tentang kepentingan menghargai keluarga, menghargai segala peluang yang ada, menghargai orang sekeliling (sebagai contoh, sahabat-sahabat dan pensyarah di universiti), dan tak lupa menghargai masa! Ya, masa.. Berapa ramai yang berada dalam kerugian, melainkan yang beriman kepada ALLAH, beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (Al-'Asr: ayat 1-3)

Jika kita kini seorang remaja, yang masih belum berkahwin, hargailah masa ini.. Bagi seorang perempuan misalnya, apabila ia sudah berkahwin, tempatnya adalah di sisi suami..tidak dapat lagi untuk bermanja dengan ibu ayah. Ini cumalah pendapat ana, oleh itu, ana cuba belajar untuk menghargai masa kini, masa bersama keluarga, bersama adik-beradik, bersama sahabat-handai..

Macam mana nak menjadikan percutian kita bermanfaat, berharga dan manis? Kenalah rancang cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah, perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada ALLAH, dan perkara-perkara yang disukai ibu bapa.. ^_^ Pesanan ini untuk ana pastinya, moga tulisan ini menjadi 'booster' kepada ana untuk memanfaatkan cuti, sekaligus melaksanakan apa yang ana tulis ini! ALLAH..hambaMU ini lemah tanpa pertolonganMU..bantu dan bimbinglah hambaMU ke arah petunjuk dan redha-MU, amin.. (",)

Sekian di sini dahulu sahabat-sahabat, coretan buat jiwa.. Ingat ALLAH dalam setiap hela nafas kita! ^^

18 September, 2011

Kring!! Kring!!



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Agak lama kita tidak bertemu di sini kan? Maksud ana, ana dan anda, yang membaca laman Coretan Buat Jiwa ini.. berikutan tiada entri baru sejak 1 syawal yang lepas (",)

Alhamdulillah, hari ini Allah kurniakan idea untuk menulis.. Sebenarnya, entri ini lebih berbentuk kepada 'luahan rasa hati'. Ana rasa sangat gembira.. dan manusia ada banyak sebab kan untuk berasa gembira? =) because HE always be there.. ^^,



Apa yang membuatkan ana rasa gembira sekarang adalah, ana menerima lagi 'missed call' daripada salah seorang sahabat ana yang setia, Hidayah (bukan nama sebenar). Tajuk 'Kring!! Kring!!' di atas adalah sebagai simbolik kepada 'missed call' yang ana terima, walaupun hakikatnya ringtone handphone ana bukanlah begitu ^_^

Kenapa ana gembira sangat dengan 'missed call' daripada Hidayah? Sepatutnya kalau terima panggilan lah yang membuatkan seseorang gembira.. ye tak?? Sebabnya.. hidayah 'missed call' ana lebih kurang pukul 5.00 pagi.. what it does means?? Hidayah kejut ana untuk bangun qiamullail!! Terharu + gembira.. =')

Yang lebih ana terharunya, sebenarnya sekarang ini kami saling berjauhan.. Hidayah belajar di Kelantan, manakala ana kini belajar di Kuala Lumpur. Dan perkenalan kami tidak sampai setahun pun, ana kenal Hidayah semasa ana belajar di Kelantan tidak lama dahulu. Semasa ana belajar dengannya dahulu, Hidayah seringkali juga 'missed call' ana untuk qiamullail. Tapi tidak sangka, walau jarak memisahkan kami kini, dia tidak lupa juga untuk 'missed call' ana, walaupun tidaklah sekerap dahulu. Alhamdulillah, kerana ana dapat berkenalan dengan sahabat yang hebat sepertinya.. =')

Hidayah, moga terus menyinari hati pemudi islam yang lain dengan izin-NYA.. sahabat dunia akhirat! ^_^

Wallahua'lam, moga perkongsian ini memberi manfaat kepada ana dan anda, ameen ^_^

29 July, 2011

Puasa Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH..atas segala kurnia dan nikmat-NYA yang tidak terhitung ke atas kita =) Selawat dan salam, allahumma solli 'ala muhammad, ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wasallam (",)

Apabila Ramadhan makin dihampiri..ana terfikir, apa ye yang aku nak buat bila Ramadhan nak dekat ni?-dialog hati. Tiba-tiba ana teringat..NIAT PUASA! Ana takut ana terlupa niat puasa Ramadhan macam mana, jadi ana nak kongsikan di sini..


Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Ertinya: "Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. "

Rujukan : Jabatan Agama Islam Selangor

.:Puasa di bulan Ramadhan termasuk di antara 5 rukun islam:.


Wallahua'lam, janganlah putus asa dalam menuntut ilmu. Rajin-rajinlah menghadiri,mencari atau mendengar majlis ilmu..pesanan untuk ana dan sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH ^_^

Asifah 'ala kulli hal~

24 July, 2011

اللهم بلغنا رمضان



اَللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. (bunyi tanda mesej masuk handphone)

"Salam! Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anak mereka iaitu Sahur dan Iftar(berbuka puasa). Mereka juga akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Maghfirah. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargailah mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda, insya-Allah. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!"

Buat sahabat-sahabat samada yang pernah atau tidak pernah menerima sms ini, anggaplah ana hantar sms ini kepada kalian! ^_^

Semenjak di bulan Rejab lagi, ana dapat merasakan kemeriahan Ramadhan apabila ana berkunjung ke beberapa buah blog..sahabat-sahabat rasa begitu? =)

Pada 17 Julai yang lepas, bertempat di surau Akademi Pengajian Islam UM, ana dan sahabat-sahabat berpeluang mendengar pengisian daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, berkaitan Ramadhan. Ana rasa rugi jika pengisian tersebut ana tidak sampaikan..apatah lagi diamalkan..

Point pertama yang ana dapat adalah, what you see is what you get! Bagaimana kita melihat Ramadhan, itulah yang kita akan dapat. Sebagai contoh, ada yang melihat/menganggap ramadhan sebagai medan kesihatan. Ada juga yang melihat Ramadhan sebagai peluang perniagaan/rezeki. Dan ada juga yang melihat Ramadhan sebagai medan untuk menambah pahala. Tetapi apa yang ingin ustaz tekankan adalah, bulan Ramadhan sebagai satu proses. Proses apa?

Ustaz berkongsi satu analogi.. Katalah kita nak buat kuih bahulu, perlu ada bahan-bahannya,cara nak buat/proses, dan akhir sekali adalah hasilnya..

A183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Ustaz hightlightkan perkataan;

Wahai orang-orang yang beriman! - iman diibaratkan sebagai bahan-bahan nak buat bahulu;
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, -puasa sebagai cara nak buat/proses kuih bahulu;
supaya kamu bertaqwa. -taqwa sabagai kuih bahulu,yakni hasilnya..

Kalau bahan-bahannya baik, dengan cara proses yang betul, insyaALLAH akan terhasillah kuih bahulu yang sedap, cantik acuannya, dan menyelerakan.. Jikalau sebaliknya? Renung-renungkanlah..dan mari kita sama-sama amalkan dalam kehidupan insyaALLAH! (",)

Seterusnya, ustaz ulas tentang taqwa.. Ustaz datangkan analogi para sahabat iaitu perbualan antara Umar Al-Khattab dengan Ubay Bin Ka'ab r.a..

Ubay bin Ka’ab umpamanya, telah memberi satu analogi yang sangat jelas bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!” (ana rujuk Genta Rasa- Pesan Taqwa)

Ustaz menjelaskan beza antara muslim yang reaktif dengan muslim yang proaktif. Apa bezanya? Reaktif, dia bertindak pada rangsangan, yakni kalau gembira, dia gembira.. kalau marah, dia marah.. Tetapi jika proaktif, dia akan berfikir sebelum bertindak, sebelum mengekspresikan tindakannya..mengikut kesesuaian dan keadaan. Mana yang lebih baik? ^^

Puasa juga, mengajar kita upaya mengawal diri. Kita ada makanan, minuman, tapi kita memilih untuk tidak makan dan minum kerana mentaati perintah ALLAH =) Mengajar kita untuk mengatakan TIDAK pada sesetengah keinginan kita..kerana mentaati ALLAH! (",) Akhir sekali, ustaz memberikan kami assignment.. Wah, ada tugasan tu.. Begini, ustaz kata, bila kamu pergi ke Bazar Ramadhan, belilah makanan yang kamu nak (tapi jangan berlebih-lebih), kemudian, kamu nampak 1 makanan yang kamu suka sangat! Tetapi nak beli, kamu dah ada makanan.. Jadi, tahan diri kamu, dan pulanglah dengan membawa kekecewaan yang disengajakan! Bila kamu pergi ke Bazar Ramadhan lagi, buatlah tugasan itu lagi..insyaALLAH kamu akan dapati kamu mempunyai kawalan diri yang baik! ^_^

Ada banyak lagi yang ustaz kongsikan, tetapi ana terlupa..asifah ye. Sahabat-sahabat dijemput membaca salah satu buku ustaz Hasrizal yang bertajuk 'Transformasi Ramadhan'.



Ana pernah baca tulisan ustaz Zul Ramli, penulis buku 'U-Turn Ke Jalan Lurus' (ana sangat suka baca buku tersebut) di sebuah majalah Anis, ana sangat-sangat berharap dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat tulisannya yang berkaitan tentang Ramadhan..sangat-sangat inspiring(bagi ana). Sahabat-sahabat bolehlah ikuti pengisiannya di Ramadhan- Pelampung Ajaib!

Wallahua'lam, moga bermanfaat untuk kita semua! =)
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

12 May, 2011

Puisi Hati Seorang Hamba

Wahai diri,dengarkanlah...


Hati,
Jika kau ingin JATUH CINTA,
hamparkanlah cintamu itu kepada ALLAH dan RASUL-NYA;
Hati,
Bila kau mahu rasa RINDU,
labuhkanlah rindumu itu kepada SYURGA Ilahi nan indah.




Ku katakan begini,
kerna ku tahu cinta-NYA adalah cinta yang bahagia dan hakiki;
kerna ku tahu syurga-NYA adalah janji yang benar dan pasti.


Hati,
Jika kau ingin JATUH CINTA,
hamparkanlah cintamu itu kepada ALLAH dan RASUL-NYA;
Hati,
Bila kau mahu rasa RINDU,
labuhkanlah rindumu itu kepada SYURGA Ilahi nan indah.



Ku nyatakan begini,
agar niatmu yang suci tidak terpesong dari KERANA-NYA,
agar amal solehmu tidak lari untuk ALLAH SWT semata,
agar setiap amal hidupmu adalah untuk menggapai REDHA-NYA;
dengan berteraskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH,
mengambil diri Rasulullah sebagai qudwah.


*Puisi ini hanyalah nukilan sekeping hati seorang hamba, ambillah ibrah daripadanya, walaupun
ianya hanya biasa-biasa sahaja.
Wallahua'lam.
MUJTAHIDAH SOLEHAH.

03 May, 2011

Makanan.

Assalamualaikum w.b.t. shbt2 sekalian.

Post kali ni,nampak agak santai x?
Ke terlebih santai?
Nak tau,baca dulu..^_~

Ermm,kenapa tiba2 ana nak ckp ttg mknn?
Sebab tadi..mak ana ada beli marshmallow..shbt2 suka?
Ana pun suka mkn marshmallow,cuma kena hati2 jugak la time nak beli..sebab ia adlh salah satu mknn yg ada gelatin,dan byk isu yg ana dgr berkaitan gelatin ni..halal ke x dan lain2..

Ana nak tunjuk marsmallow tu,dan ana boleh kata lah yg ana yakin dgn produk tu..
Sebab kami sekeluarga kenal dgn pengeluarnya(xde la kenal mcm kita kenal shbt kita tp kami percaya dgn org tersebut);
Nak tgk x? Tp ana cuma ada satu jenis je marsmallow nye(gambar la).
Ada mcm2 jenis marsmallownye spt ada yg filled with jam,atau bentuk bunga,bentuk aiskrim dll.






Mungkin shbt2 boleh jenguk laman webnye, http://www.asafa.com.my/Index.html
Laman web asalnye adlh http://www.asafa.com.my/ tp,yg di atas ni utk memudahkan pencarian shbt2 sekalian..jemput la menjengah ke sana ^_^
Cewah,ana ni suka sgt promote something..insyaALLAH,something good to us.

Selain menceritakan ttg produk ni,sebenarnya ana nak sentuh satu perkara..ttg makanan,
lebih tepat lagi,PENGAMBILAN MAKANAN KITA..
anggaplah makanan tu termasuk minuman,buah-buahan,sayur-sayuran n pelbagai lagi..

Suka ana nak berkongsi,ana beberapa kali jumpa ayat2 Quran yg menyuruh kita(kata2 ALLAH kpd hamba2-NYA) utk makan makanan yg halal..halalan thoyyiban;
tp ana xingat perintah ALLAH itu..ada siapa2 yg boleh kongsikan di kotak komentar? ingatkan ana ttg kalam suci ALLAH itu(makan mknn halal)?
Trm ksh..kpd yg membaca post ini dan yg sudi kongsikan ilmu dgn ana dan pengunjung2 di blog ini.. Moga dgn kebaikan ini ALLAH akan memberatkan lagi timbangan amal ana dan kalian di akhirat kelak,amiin..

Apa yg ana faham ttg pengambilan makanan ini ialah,ia sebenarnya mempengaruhi kondisi/kebersihan hati kita,
Makanan ini penting bukan sahaja sbg keperluan hidup kita bahkan, membentuk peribadi dan akhlak kita!
Jika kita mengambil/makan makanan yg bersih lagi halal,maka insyaALLAH hati kita menjadi bersih..dan bila hati kita bersih,maka baiklah akhlak kita..meningkatnya peribadi kita;
Jika yg buruk/haram,bagaimana pula? Hati kita bisa menjadi keras,dan kesannya bisa merosotkan akhlak n peribadi kita..

Akhlak adalah 'buah' daripada kondisi hati kita,sbgmana Hadis Nabi,hadis yg ke-6 dlm Hadis 40 oleh Imam Nawawi;

Dari Abu Abdillah An-Numan bin Basyir ra. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, antara keduanya terdapat yang samar yang tidak diketahui oleh banyak umat manusia. Barangsiapa menjaga diri dari hal-hal yang samar itu, maka ia telah menjaga agama dan harga dirinya, dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara yang samar, maka ia telah jatuh dalam wilayah haram, seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang, sedikit lagi ia akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah setiap raja itu mempunyai daerah terlarang. Ketahuilah sesungguhnya daerah larangan ALLAH adalah hal-hal yang diharamkan-NYA. Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati." (HR Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam. Shbt2 dialu-alukan utk berkongsi apa2 yg bermanfaat di ruangan komentar_^ utk penambahbaikan dan istikmal wastakmil,insyaALLAH..