09 November, 2011

Merancang cuti

Tersenyum gembira menjadi hamba ALLAH.. (^_^)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Alhamdulillah, sahabat-sahabat apa khabar? Kalau tanya ana, ana alhamdulillah, gembira di sisi insan-insan yang disayangi kerana-NYA.. (",) Dalam mencintai yang lain kerana ALLAH(cinta kepada ALLAH dan Rasul adalah yang tertinggi, tidak tertinggal jihad fi sabilillah), memang memerlukan mujahadah, kesungguhan yang benar-benar tinggi. Lebih-lebih lagi, cinta kepada berlainan jantina yang bukan mahram, sering menjerat sesiapa sahaja selain remaja, mengetepikan kesucian cinta sebagaimana ditetapkan syariat. Ya ALLAH, kami mohon perlindungan dan bimbinganMU Ya ALLAH.. Tiadalah daya dan kudrat kami melainkan dengan izinMU Ya ALLAH.. Ya ALLAH, jadikanlah cinta kami kepadaMU, kepada RasulMU, kepada jihad, dengan setinggi-tinggi cinta dan setinggi-tinggi rindu, Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Alhamdulillah, ana dan sahabat-sahabat seperjuangan di PASUM kini dalam minggu cuti semester, bermula 5/11/2011 sehingga 20/11/2011, yakni selama 2 minggu. Sahabat-sahabat ana di UM Nilam Puri khabarnya akan memulakan semula pengajian pada 13/11/2011; teruskan langkah perjuanganmu sahabat! (khususnya buat admin blog ini, merangkap sahabat ana, Wan Nurush Syafiqah ^_^)

Jadi, bila dah cuti.. kenalah rancang, ye tak? ^_^ Bila dah belajar jauh-jauh ni, masa bersama sekeluarga semakin terhad.. Alhamdulillah, keadaan ini banyak menyedarkan ana tentang kepentingan menghargai keluarga, menghargai segala peluang yang ada, menghargai orang sekeliling (sebagai contoh, sahabat-sahabat dan pensyarah di universiti), dan tak lupa menghargai masa! Ya, masa.. Berapa ramai yang berada dalam kerugian, melainkan yang beriman kepada ALLAH, beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (Al-'Asr: ayat 1-3)

Jika kita kini seorang remaja, yang masih belum berkahwin, hargailah masa ini.. Bagi seorang perempuan misalnya, apabila ia sudah berkahwin, tempatnya adalah di sisi suami..tidak dapat lagi untuk bermanja dengan ibu ayah. Ini cumalah pendapat ana, oleh itu, ana cuba belajar untuk menghargai masa kini, masa bersama keluarga, bersama adik-beradik, bersama sahabat-handai..

Macam mana nak menjadikan percutian kita bermanfaat, berharga dan manis? Kenalah rancang cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah, perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada ALLAH, dan perkara-perkara yang disukai ibu bapa.. ^_^ Pesanan ini untuk ana pastinya, moga tulisan ini menjadi 'booster' kepada ana untuk memanfaatkan cuti, sekaligus melaksanakan apa yang ana tulis ini! ALLAH..hambaMU ini lemah tanpa pertolonganMU..bantu dan bimbinglah hambaMU ke arah petunjuk dan redha-MU, amin.. (",)

Sekian di sini dahulu sahabat-sahabat, coretan buat jiwa.. Ingat ALLAH dalam setiap hela nafas kita! ^^

2 comments:

Salam ziarah.

pc setuju dengan enti, gunakan masa sebaiknya..insyAllah keberkatan itu ada..;)
 
> pc
Waalaikumussalam,gembira dgn ziarahnya ^_^

Jazakillah ukhti atas nasihat dan pendapatnya, moga ada keberkatan ALLAH,amin.. ;)
sentiasa mengingatkan diri,yg masa itu sgt penting dijaga oleh seorang muslim.
 

Post a Comment