23 December, 2011

(,") Dah Breakfast ke?

Assalamualaikum..
Sobahul khair (selamat pagi)..

Moga pagi ini dimulakan dengan niat yang ikhlas keranaNya..
Siapa yang muka masam-masam tu (tengah tension la katakan)..jangan stress ye..ceria-ceriakan pagi anda dengan senyum..insyaAllah,sejuk mata memandang..hee..=)

huh..Muka masam..:(

1
.....
2
.....
3
.....

smile

senyum deh..

(^_^)

kan dah comel gitu..

jom mulakan pagi kita...
..................................
~Dalam kotak fikiran kita~

aku dah solat subuh..

aku dah baca mathurat..

aku dah mandi..

aku dah siap2 membasuh..

semuanya cam dah buat je..

nak buat apa pulak ye..
...............................
HA!!

rasa cam ada tertinggal je tu..

( _")   dah breakfast ke    ("_ )

??????????? 

hee..

lupa la tu...

kenapa lupa..

sahabat sekalian,
PERINGATAN!!!

Breakfast (sarapan pagi) penting ye..
~sekadar gambar hiasan~

Mengapa sarapan penting? Menurut Ketua Pakar Pemakanan, Institut Jantung Negara, Mary Easaw-John, apabila tidak makan semalaman, kandungan glukosa yang rendah di dalam darah boleh membawa kepada pelbagai masalah fisiologi dan fizikal seperti pening, pitam, lesu, lenguh, sakit-sakit badan, mudah marah dan perasaan bimbang. Ini bukan sahaja dihadapi oleh kanak-kanak mahupun remaja yang bersekolah malah juga kepada orang dewasa yang bekerja.

Oleh hal yang demikian, tubuh memerlukan gantian khasiat dan tenaga melalui pengambilan sarapan yang berkhasiat. Otak dan sistem saraf tunjang berfungsi dengan bantuan glukosa yang menjana tenaga bagi membolehkan kita menjalani kegiatan harian.

Kepentingan bersarapan telah dibuktikan dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar pemakanan di seluruh dunia. Dalam satu laporan oleh BBC News pada 7 Mac 2003 menyatakan bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.

Kajian oleh Dr. Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang dalam proses tumbesaran dan pembelajaran.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan dengan tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Kajian serupa, Universal School Breakfast Pilot Programme yang mengambil masa tiga tahun di sekolah rendah Minnesota, Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang bersarapan semangkuk bijirin dan susu setiap pagi, dapat menumpukan lebih perhatian di sekolah. Ini dibuktikan dengan peningkatan markah pelajar yang bersarapan sebanyak 16 peratus bagi matematik dan 10 peratus bagi membaca.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 orang pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah) .

dah abes bacakan..

jadinya

sapa yang belum sarapan tu..

g breakfast sekarang..

lepas nie, jangan miss sarapan pagi ye..

jaga kesihatan baik-baik..

nanti sakit..

sapa susah..

orang sekeliling kita yang susah..

dan yg paling susah..

adalah
........
........
~DIRI SENDIRI~

~sayangi diri anda..sihat sebelum sakit~


pesanan: tunaikanlah hak badan kita..berikan makan pada jasad kita..dan pada masa yang sama jangan lupa beri makan kepada akal dan rohani kita..jadilah manusia yang seimbang~

22 December, 2011

pinjaman seketika ^_^

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca sekalian..
Apa khabar iman hari ini..
Moga kalian sentiasa dalam rahmat cintaNya..

"Mohon maaf"..
ungkapan pembuka bicara..rasanya sudah sekian lama ruangan ini tak terisi dengan bingkisan dan coretan..ibarat rumah kosong yang ditinggalkan..
bukan masa tak ada..tetapi buat seketika..diri kehilangan semangat untuk berbicara..arah dituju kabur seketika..

pencarian..pencarian..dan terus mencari..
akhirnya ku temui sinaran cahaya menerangi kembali jalan yang dituju..
sukar ditafsir betapa sukar pencarian itu..

InsyaAllah..kini kembali bersama semangat yang telah pulih setelah hilang buat seketika..

Sahabat yang dikasihi..

Sedar tak..
Kita ini hanya seorang peminjam..
tahu tak peminjam tu apa..
agak-agaknya apa tugas dia ye..

Peminjam tu adalah orang yg membuat pinjaman..Dia meminjam sesuatu mengikut tempoh yang ditetapkan dan dia akan memulangkan apa yang dipinjam apabila cukup tempoh masanya..kalau terlebih masa..huhu..denda la..atau terpulanglah kepada orang yang bagi pinjam tu nak buat kat si peminjam..=)

yang kita tahu..bila pinjam buku kt maktabah, library, perpustkaan atau sewaktu dengan..kita kena pulangkan tepat pada masanya supaya kita tak kena denda..bila pinjam barang orang pulak, kita kena pulangkan balik supaya tuan barang tak marah..

~jom renung-renung kejap~

percaya tak kalau penulis kata

oksigen yang kita sedut..
kesihatan..
masa lapang..
kekayaan..
dan macam-macam lg la..

semua tu adalah pinjaman jugak..
tapi bukan pinjaman sesama manusia..
tetapi ianya pinjaman yang maha Esa buat hambanNya

mungkin ada yang akan jawab:
"dah tahu dah"
"eh,betul ke tu"

tapi tak kisah la apa jawapannya..
yang penting..
ingat sahabat-sahabat..

pinjaman sesama manusia ada tempoh masa..
dah ditetapkan masa bila kita kena pulangkan apa yang dipinjam..
kalau tak pulangkan ada tindakan susulan yang akan diambil..

tapi..

pinjaman yang Esa buat hambaNya
tak diketahui bila masanya untuk dipulangkan..
ditarik kembali tanpa kita sedari..

semua pinjaman dariNya itu adalah nikmat buat kita..
nikmat-nikmat itu sangat tak terhingga..

kadangkala kita lalai dengan nikmat pemberianNya
sehinggakan kita alpa dan lupa pada Pemberi nikmat..
apabila disentap baru kita terjaga melihat dunia yg nyata..

kadangkala nikmat itu diambil kembali..
bukan kerana kita leka..
tetapi untuk menguji..
sejauh manakah keimanan kita.. 

itulah hakikat kehidupan..

semua yang kita miliki hanya pinjaman dari Tuhan..

pinjaman itu bukannya hakiki..

bisa berlalu pergi tanpa sedari..

kita tak mampu berdiri sendiri..

semuanya hanya ihsan dari Ilahi..

bersyukurlah dengan apa yang ada..

insyaAllah, kebahagiaan akan sentisa bersama 

~moga menjadi hamba yang terus melafazkan kesyukuran~

22 November, 2011

Hujan oh Hujan

Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat-sahabat..kaifa halukum hazal yaum (apa khabar kalian hari ini)?
Hujan tak kat sana? emm,,kat tempat penulis tinggal sekarang ini (kelantan ) hujan.
Suasana pagi ini sejuk sangat2..Alhamdulillah, hujan baru je berhenti maka terlakarlah di langit biru suasana yang indah..sejuk mata memandang.

Mutiara kata yang selalu kita dengar dan baca:



Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari
DIA datangkan petir dan kilat
Kita menangis dan bertanya-tanya
ke mana hilangnya matahari
rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi..

Kawan2..kita pikir hujan tu cam menyusahkan kita.macam mana nk jemur baju..time ini kalau tido lagi best dari g kuliah..ye la sejuk2 cmni msti ramai yang syok dok bawah selimutkan?...huhu..jangan terasa pulak ye..ini cuma contoh..

gambar hiasan~
Bagi budak2 msti best hujan sebabnya kita boleh mandi hujan..(berdasarkan pengalaman) tapi emak-emak mesti tak bagi main hujan..takut demam selsema dan yg seumpamanya..ok, adik2 sayang jangan main hujan taw..nanti sakit kesian kat mak..

Jom kita fikir sejenak..
Kenapa Allah beri kita hujan.. 

Firman Allah:
"... dan DIA menurunkan air HUJAN dari langit,lalu DIA menghasilkan dengan HUJAN itu buah-buahan sebagai rezki kamu...." (al-Baqarah)
"... dan ALLAH menurunkan kepadamu HUJAN dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu..." (al-Anfal)
" Dan KAMI turunkan kepada mereka hujan ( batu ), maka perhatikanlah bagaimana kesudahan bagi orang-orang yang berdosa"  (al-A'raf)

Banyak sebenarnya manfaat hujan ni..Allah jadikannya bukan sia-sia..setiap yang berlaku di dunia ini Allah jadikannya pasti ada sebab dan musabab..

Macam mana klu hujan tak turun..
- tanam-tanaman petani macam mana..:(
- panas terik..huh..msti ramai g cari ABC..hee
- kemarau..dan yg berkaitan dengannya

Bila hujan lebat sangat sampai banjir..macam mana pulak tu?? ni kelebihan hujan juga ke..
Kalu penulis katakan ye..sahabat2 marah tak?..di sekadar pendapat..bila Allah beri kita banjir itu bermakna kita diuji disamping tu untuk memberi peringatan dan pengajaran..

Sahabat-sahabat,
Kalau tempat kita tak kena banjir jangan rasa "bertuahnya"..tetapi sebaliknya..kita juga diuji..adakah kita hamba yang bersyukur dengan pemberianNya..alhamdulillah jika tempat kita tak kena banjir..tetapi jangan lupa..kita ada tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan.. saling tolong menolong..

Dalam pepatah melayu yang selalu kita sebut-sebut puna ada:
yang berat sama dipikul
yang ringan sama dijinjing

akhir kalam.
penulis tinggalkan satu kata-kata buat renung bersama:

Hidup itu kembarnya ujian
Datang dan datang tanpa perhentian
Hanya dengan keimanan kau mampu bertahan..

Jangan kau jatuh hari ini
keraba hanya selepas mati
Barulah ujian terhenti
(novel sinergi-Hilal Asyraf)

hujan itu nikmat dariNya~
hujan yang membasahi bumi..
pandanglah dengan mata hati..
untuk mencari ibrah dari Ilahi~

09 November, 2011

Merancang cuti

Tersenyum gembira menjadi hamba ALLAH.. (^_^)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Alhamdulillah, sahabat-sahabat apa khabar? Kalau tanya ana, ana alhamdulillah, gembira di sisi insan-insan yang disayangi kerana-NYA.. (",) Dalam mencintai yang lain kerana ALLAH(cinta kepada ALLAH dan Rasul adalah yang tertinggi, tidak tertinggal jihad fi sabilillah), memang memerlukan mujahadah, kesungguhan yang benar-benar tinggi. Lebih-lebih lagi, cinta kepada berlainan jantina yang bukan mahram, sering menjerat sesiapa sahaja selain remaja, mengetepikan kesucian cinta sebagaimana ditetapkan syariat. Ya ALLAH, kami mohon perlindungan dan bimbinganMU Ya ALLAH.. Tiadalah daya dan kudrat kami melainkan dengan izinMU Ya ALLAH.. Ya ALLAH, jadikanlah cinta kami kepadaMU, kepada RasulMU, kepada jihad, dengan setinggi-tinggi cinta dan setinggi-tinggi rindu, Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Alhamdulillah, ana dan sahabat-sahabat seperjuangan di PASUM kini dalam minggu cuti semester, bermula 5/11/2011 sehingga 20/11/2011, yakni selama 2 minggu. Sahabat-sahabat ana di UM Nilam Puri khabarnya akan memulakan semula pengajian pada 13/11/2011; teruskan langkah perjuanganmu sahabat! (khususnya buat admin blog ini, merangkap sahabat ana, Wan Nurush Syafiqah ^_^)

Jadi, bila dah cuti.. kenalah rancang, ye tak? ^_^ Bila dah belajar jauh-jauh ni, masa bersama sekeluarga semakin terhad.. Alhamdulillah, keadaan ini banyak menyedarkan ana tentang kepentingan menghargai keluarga, menghargai segala peluang yang ada, menghargai orang sekeliling (sebagai contoh, sahabat-sahabat dan pensyarah di universiti), dan tak lupa menghargai masa! Ya, masa.. Berapa ramai yang berada dalam kerugian, melainkan yang beriman kepada ALLAH, beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (Al-'Asr: ayat 1-3)

Jika kita kini seorang remaja, yang masih belum berkahwin, hargailah masa ini.. Bagi seorang perempuan misalnya, apabila ia sudah berkahwin, tempatnya adalah di sisi suami..tidak dapat lagi untuk bermanja dengan ibu ayah. Ini cumalah pendapat ana, oleh itu, ana cuba belajar untuk menghargai masa kini, masa bersama keluarga, bersama adik-beradik, bersama sahabat-handai..

Macam mana nak menjadikan percutian kita bermanfaat, berharga dan manis? Kenalah rancang cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah, perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada ALLAH, dan perkara-perkara yang disukai ibu bapa.. ^_^ Pesanan ini untuk ana pastinya, moga tulisan ini menjadi 'booster' kepada ana untuk memanfaatkan cuti, sekaligus melaksanakan apa yang ana tulis ini! ALLAH..hambaMU ini lemah tanpa pertolonganMU..bantu dan bimbinglah hambaMU ke arah petunjuk dan redha-MU, amin.. (",)

Sekian di sini dahulu sahabat-sahabat, coretan buat jiwa.. Ingat ALLAH dalam setiap hela nafas kita! ^^

24 October, 2011

kehidupan ^_^


kehidupan umpama roda..
sentiasa berputar mengikuti masa..
kadang kala diatas..
kadang kala dibawah

..
begitu juga diri kita..
mungkin hari ini kita ketawa..
hari mendatang kita berduka..

kita sememangnya tidak sempurna..
tercipta sebagai insan biasa..
tapi jangan kita lupa..
kita mampu berubah menjadi insan luar biasa..

yang pastinya..
belajarlah untuk melaksanakan transformasi diri..
sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik..

untuk menjadi lebih baik..
belajarlah dari sejarah terdahulu..
belajarlah dari hari-hari yang berlalu..
kutiplah mutiara-mutiara hikmah disebaliknya.

....................................

26 September, 2011

'Ucapan Mursyid Am di Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin'

 
Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.

Anak-anakku muda mudi tercinta,

Ketahuilah bahawa kamu adalah harapan umat, lengan-lengannya yang gagah, mindanya yang cerah, masa depannya yang gemilang, harapannya yang bersinar dan kekuatannya yang terpendam. Kamu adalah unsur kebangkitan umat, kemajuan serta kegemelingannya yang paling penting. Itulah kedudukan kamu, itulah nilai kamu. Itulah tanggungjawab kamu dan amanah kamu di hadapan Allah, di hadapan umat dan di hadapan diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu adalah bekalan untuk masa depan, tempat bergantungnya harapan untuk kebangkitan umat kamu.

Dan kami, ketika kami berkata demikian bukan kerana hendak mengampu atau mengambil hati kamu. Sebaliknya kami menegaskan sesuatu yang memang menjadi reality dan mengiktiraf sesuatu yang benar. Itulah juga yang dipesan oleh kekasih kita yang terpilih, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya): “Hendaklah kamu saling berpesan agar memelihara para pemuda dengan baik kerana sesungguhnya mereka itu memiliki hati yang paling lembut.”

Bertitik tolak dari sini, maka terdapat beberapa perkara yang wajib ke atas kamu terhadap semua aspek yang melingkungi kamu dan yang berkaitan dengan diri kamu.

    1. Kewajipan terhadap diri sendiri

Sesungguhnya kamu kini berada pada peringkat usia paling subur dan paling kuat. Maka wajib ke atas kamu memelihara kekuatan ini dan menunaikan hak-haknya. Yang aku maksudkan dengan kekuatan di sini ialah semua jenis dan semua anasirnya, iaitu kekuatan lahiriah, maknawiah, ruhiah, jasadiah dan sebagainya. Kamu kini berada pada peringkat kuat di antara dua peringkat lemah sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban…” Ar-Rum:54

Dan kamu akan ditanya pada Hari Qiamat nanti tentang peringkat ini sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. di dalam Hadis yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki seseorang hamba sebelum dia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, ke mana ia dihabiskan? Tentang usia mudanya, untuk apa ia digunakan?…” Lihat, meskipun muda itu sudah termasuk dalam usia keseluruhannya, namun baginda sebut secara khusus tentangnya memandangkan kepentingan usia peringkat ini.

Kita perhatikan di dalam Hadis tersebut, Nabi s.a.w. mengibaratkan usia muda itu laksana pakaian yang kita pakai untuk satu tempoh tertentu, kemudian kita menaggalkannya. Maka wajar bagi kita mengambil peluang menggunakan usia muda dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya masa muda adalah satu nikmat paling besar sepanjang usia keseluruhannya dan ia adalah salah satu nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan masa lapang.

Justeru, hendaklah kamu mempertingkatkan diri kamu dari aspek keimanan, keruhanian, ibadah, ilmu, pembelajaran, sukan dan pelbagai bidang agar kamu menjadi insan yang berguna kepada agama, tanah air, umat dan diri kamu. Sejauh mana besarnya dan beratnya tanggungjawab kamu, maka sekadar itulah persiapan yang kamu harus lakukan untuk memikul tanggugjawab itu. Setinggi mana matalamat yang hendak dicapai, setinggi itulah usaha yang mesti dicurahkan untuk merealisasikannya, dan pastinya ganjarannya juga besar dengan izin Allah.

Maka hendaklah kamu mengelokkan hubungan kamu dengan Allah sama ada ketika rahsia dan terbuka. Jangan kamu lakukan perkara yang mendatangkan kemurkaanNya. Hendaklah kamu memohon pertolongan dan bantuanNya. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Putera puteriku yang disayangi,

Jangan kamu memandang remeh terhadap diri kamu, usaha kamu dan tenaga kamu. Sikap itu tidak boleh dikira sebagai warak langsung. Sesungguhnya sungai-sungai di dalam dunia ini terbentuk daripada titisan air hujan jika air hujan itu dukumpulkan pada satu aliran dan pada waktu yang sama. Namun awas! Jangan pula kamu sombong dan terpedaya kerana sifat sombong walaupun sebesar zarah membuatkan kita haram masuk syurga. Maka hendaklah kamu yakin pada diri kamu, potensi kamu dan keupayaan kamu. Hendaklah kamu belajar dari mereka yang terdahulu daripada kamu. Sesungguhnya hikmah itu pencarian mukmin. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya.

Realisasikan pada diri kamu 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah. Jadikan ia manhaj yang praktikal bagi kamu sedaya mampu kamu. 10 sifat itu ialah: jasad yang kuat, akhlak yang mantap, fikiran yang bermaklumat, mampu bekerja, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, bermujahadah melawan nafsu, sangat menjaga waktu, urusannya tersusun, berguna untuk orang lain.” Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak pembentukan sahsiah mutakamilah yang mampu memikul beban dalam perjalanan membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang.

Jadikan diri kamu sebagai qudwah solehah bagi orang sekeliling kamu, sama ada orang yang committed dengan Islam atau tidak, bahkan bagi orang Islam dan bukan Islam. Aku mengingatkan kamu agar berlaku ihsan dalam semua bidang, dalam bidang akdemik, akhlak, kelakuan, berbakti kepada kedua ibu bapa, dakwah kepada Allah, berkhidmat kepada manusia, taat kepada Allah, cintakan tanah air, keluarga dan warganegara seluruhnya.

Jadilah kamu orang yang berenovatif dan kreatif. Keluarkan seluruh keupayaan kamu, gunakan ia untuk berkhidmat kepada tanahair kamu supaya seluruh alam berbangga dengan kamu. Hendaklah kamu jadi orang yang pakar dan mahir dalam pelbagai bidang dan pelbagai jurusan. Semua ini tidak akan terlaksana melainkan dengan ilmu, amal, sabar dan gigih.

Berhati-hatilah kamu dari penyakit hati dan hawa nafsunya. Ketahuilah bahawa orang yang mampu menguasai dirinya, maka dia akan mampu menguasai orang lain. Maka ikhlaskan diri kamu kepada Allah dan taatilah Dia. Perelokkan amal kamu, curahkan tenaga kamu, nescaya Allah redha kepada kamu, umat kamu akan maju dan terlaksanalah matlamat kamu.

Pastikan kamu bersahabat dengan orang yang baik dan orang yang dapat membantu kamu dalam mentaati Allah dan memajukan diri kamu dalam segenap lapangan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang apabila kamu ingat kepada Allah, dia membantu kamu dan apabila kamu lupa, dia mengingatkan kamu.

Putera puteriku yang dikasihi,

Jangan kamu memandang rendah kepada diri kamu dan usia kamu. Berapa ramai sudah pemuda yang telah mengubah wajah sejarah. Di dalam sirah dan sejarah lama dan baru terdapat fakta yang menyokong kata-kataku ini. Maka jadilah kamu pemuda jenis ini, yang sirahnya ditulis dengan huruf-huruf daripada cahaya dan dengan tinta daripada emas.

Maka tanggungjawab kamu sangat besar, lebih-lebih lagi selepas revolusi Arab yang hebat. Dan para pemuda telah memainkan peranan yang sangat cemerlang dalam menjayakan revolusi tersebut. Mereka bekerjasama dengan semua golongan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan yang ada. Ketahuilah bahawa revolusi belum lagi berakhir sehingga terlaksana matlamat kita sepenuhnya. Inilah yang menuntut kita mencurahkan tenaga, menambahkan sumbangan lagi dan lagi sehingga revolusi ini masak ranum dan Negara kita terangkat maju ke hadapan.

    2. Kewajipan terhadap kedua ibu bapa

Ingatlah Allah dan ingatlah pesanan Allah mengenai ibu bapa kamu. Mereka adalah jalan kamu menuju ke syurga. Maka berbaktilah kepada mereka, taatilah mereka, dekatkan diri dengan mereka, berusahalah untuk menunaikan hajat mereka dan berendah dirilah dengan mereka. Elakkan diri kamu dari perkara yang menimbulkan kemarahan mereka atau melanggar suruhan mereka dalam perkara yang makruf. Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa…” Al-Isra’:23

Di dalam mentafsir firman Allah yang bermaksud “maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”, sebahagian ulamak berkata, hendaklah kamu bercakap dengan lembut, mengandungi perasaan belas kasihan, manarik hati mereka, sesuai dengan kehendak dan kecenderungan mereka sedaya mampu kamu, lebih-lebih lagi ketika mereka telah tua.

Aku suka menarik perhatian kamu kepada sabda Nabi s.a.w. yang cukup padat dan penuh hikmah (maksudnya): “Keredhaan Tuhan terletak pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Tuhan terletak pada kemurkaan ibu bapa.” Dan sabdanya (bermaksud): “Celakalah dan kecewalah!” Mereka bertanya, “Siapakah yang celaka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Orang yang sempat bersama ibu bapa atau salah seorang daripada keduanya ketika tua, kemudian dia tidak tidak masuk syurga.” Ketahuilah bahawa datuk nenek kamu adalah akar bagi pokok keluarga, ayah dan ibu kamu adalah batangnya dan kamu adalah daun-daun, bunga-bunga dan buah-buahnya. Kalaulah tidak adanya mereka, tidak adalah kamu.

    3. Kewajipan kamu terhadap tanahair

Sesungguhnya tanahair kamu sangat berhajat kepada tenaga kamu yang ikhlas untuk bangkit, lebih-lebih lagi selepas apa yang telah menimpanya selama ini. Ia telah lama diperas, dizalimi dan dirosakkan. Warganya, potensinya, kekayaannya hampir musnah kesemuanya. Maka hendaklah kamu tolong menolong dengan semua pihak, bersatu padu dengan semua golongan, bekerjasama dengan semua pertubuhan untuk membina tanahair kamu. Ruang dan peluang untuk bekerjasama amat luas demi kebaikan tanahair kita. Kita berkerjasama dalam perkara yang kita sepakati dan kita menerima keuzuran dalam perkara yang kita tidak sepakati.

Hendaklah kamu gariskan matlamat kamu dengan jelas dan tepat agat tenaga kamu tidak terbuang sia-sia, kamu tidak keliru antara hadaf dengan wasilah, tidak memperbesarkan perkara kecil dan memperkecilkan perkara yang besar. Pelajarilah fiqh aulawiyyat dan beransur-ansurlah menyusun langkah. Dengan jelasnya matlamat dalam fikiran kamu, akan teranglah jalan kamu, tenaga dan kesukaran jakan kamu dapat diminimumkan, dan matlamat akan tercapai dengan lebih cepat. Utamakan aspek beramal daripada berteori supaya manusia dapat melihat daripada kamu amal yang hebat, bukan semata-mata cakap. Keadaan seorang lelaki dalam seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki.

Hendaklah kamu beramal bersungguh-sungguh untuk mencari alternative yang lebih baik yang dapat membantu kamu memanfaatkan waktu kamu. Berhati-hati dengan masa lapang. Sesungguhnya masa lapang itu musuh kamu yang paling ketat. Masa lapanglah yang mendorong pemuda terjerumus ke lembah kesesatan dan keruntuhan akhlak. Kamu juga perlu mengikhlaskan niat, menggunakan semua kebolehan serta bakat dan manfaatkan setiap detik waktu. Itulah rahsia kejayaan dengan izin Allah. Hendaklah kamu menggabungkan diri dengan pusat-pusat aktiviti pemuda, kesatuan sukan, badan kerajaan, majlis tempatan, pertubuhan sukarela, pertubuhan social, badan kebajikan dan sebagainya. Bangunkan, kembangkan, susun program keilmuan dan kemahiran yang berguna. Ikut serta dalam pelbagai kegiatan amal sehingga mereka sedar akan nilai kamu dan risalah kamu dalam kehidupan serta sumbangan kamu yang berguna kepada tanahair kamu.

Hendaklah kamu mengambil berat tentang masyarakat kamu dan permasalahannya dan memainkan peranan yang positif dalam membantunya. Aktifkan minda kamu mencari penyelesaian masalah masyarakat. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan mereka, “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dikhususkan untuk menunaikan hajat manusia. Digemarkan mereka kepada kebaikan dan digemarkan kebaikan kepada mereka. Mereka akan mendapat keamanan pada hari manusia dalam ketakutan (Hari Qiamat).”

    4. Kewajipan terhadap umat

Hendaklah kamu mengambil berat tentang umat kamu dan isu-isunya. Serapkan dalam diri kamu dan berusaha menolongnya. Jangan kamu menyisihkan diri dari permasalahannya kerana siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka. Kamu menjauhkan diri dari permasalahan umat kamu merupakan permulaan kepada perpecahan dan pertelingkahan. Dan itu akan membawa kepada kerugian serta menunjukkan kamu tidak berintima’ kepada umat kamu, umat Arab dan umat Islam.

Putera puteriku yang dikasihi,

Sesungguhnya Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah telah menggariskan di dalam risalahnya “Ilasy-Syabab” rukun-rukun kejayaan. Dia berkata: “Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keimanan kepadanya kuat, keikhlasan yang sempurna dalam merealisasikannya, semangat (hamasah) yang membuak-buak dalam memikulnya, serta wujud kesediaan untuk berkorban dan beramal demi menegakkannya.” Dari kata-kata ini kita dapati rukun kejayaan itu empat perkara: iman, ikhlas, hamasah dan amal. Rukun-rukun ini merangkumi aspek ruh dan aqidah (iman dan ikhlas) di samping aspek amal dan pelaksaan (hamasah dan amal). Ini merupakan gabungan yang sungguh cantik, semangat (hamasah) pemuda, pengarahan yang baik, kemantapan fahaman, mendahulukan aspek aqidah daripada yang lain.

Di tempat lain beliau berkata: “Dan setiap orang yang beramal dengan benar dari kalangan kamu akan mendapati di medan Islam apa yang selari dengan kehendaknya dan memenuhi aktivismanya jika dia terdiri daripada orang yang benar.” Tabiat pemuda adalah hamasah. Jika tidak dikekang mungkin akan terlajak. Lantaran itu Imam al-Banna menasihatkan: “Kekanglah runtunan emosi dengan pandangan akal. Sinarilah pandangan akal dengan nyalaan emosi.” Maka di sini Imam al-Banna mengekang dan mengawal semangat serta menghalakannya ke jalan yang betul dan lurus, jalan iman, ikhlas dan benar.

Maka berpegang teguhlah dengan empat rukun ini. Realisasikan di dalam diri kamu dan serulah orang lain daripada kamu. Beramallah dengannya dan tukarkan ia menjadi reality yang bergerak bersama kamu di setiap medan kehidupan kamu.

Putera puteriku yang dikasihi,

Imam al-Banna juga telah menyebut di dalam risalahnya yang ditujukan kepada kamu thawabit (perkara yang tetap) jamaah yang terpenting, iaitu: rabbaniah, tadarruj, tabiah, syumuliah. Maka jadikan thawabit ini sentiasa berada di hadapan mata kamu. Berpeganglah dengannya dan beramallah mengikut tuntannya. Dengan itu akan menjamin keselamatan jalan, kebenaran hadaf dan terlaksana natijah yang paling baik dengan izin Allah.

Rabbaniah bermaksud: menuju hadaf yang diletakkan Allah untuk kita, bukan hadaf yang kita letakkan untuk diri kita. Dan kita akan sampai dengan izin Allah dan pertolonganNya. Dan Allah enggan kecuali Dia akan sempurnakan cahayaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

Tadarruj dan tarbiah bermaksud: “Kita akan didik diri kita semoga kita menjadi individu muslim, kita akan didik rumah kita supaya menjadi rumah muslim, kita akan didik bangsa kita sehingga menjadi bangsa muslim di kalangan bangsa-bangsa yang muslim, dan kita akan tetap teruskan langkah kita sehingga sempurna semua pusingan.”

Syumul bermaksud: “Ikhwan beriman bahawa Islam itu aqidah dan ibadah, tanahair dan bangsa, akhlak dan kebendaan, ilmu dan undang-undang, toleransi dan kekuatan. Mereka yakin dan berpegang teguh bahawa Islam adalah system yang lengkap dan merealisasikannya pada diri dalam semua aspek kehidupan, menyusun urusan dunia sebagaimana menyusun urusan akhirat. Mereka beriktiqad Islam adalah system amali dan ruhi secara seiring. Maka Isalam di sisi Ikhwan adalah din dan daulah, mushaf dan saif (pedang). “sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” Al-Kahf:13

Dan akhirnya,

Kamu adalah harapan dengan izin Allah. Kami mengetahui bahawa pada kamu ada kebaikan yang besar. Maka rasailah sentiasa wahai pemuda reality yang dialami umat kamu, reality yang cukup masam, pahit, menyedihkan dan tidak ada seorangpun dari kalangan kita yang redha dengannya. Rasailah bahawa di tangan kamu dan dengan usaha kamu akan merobah keadaan umat kamu dan memenangkannya jika terlaksana pada diri kamu dan reality kamu syarat-syarat kemenangan, “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Muhammad:7

Maka hendaklah kamu mengelokkan iman kamu dengan Allah dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w., amal berterusan, tajarrud sepenuhnya, curah tenaga tanpa henti, berkorban apa saja, jujur dengan Allah, dengan diri dan dengan manusia, gunakan tenaga untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana diri kita ini jika tidak digunakan untuk perkara yang benar, dia akan sibukkan kita dengan perkara yang batil. Apabila terlaksana semua ini, akan terlaksanalah kemanangan sebagaimana yang telah dicapai sebelum ini, dan ia tidak sukar bagi Allah. “dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj:40

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluargannya dan sahabat-sahabatnya.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.

Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin pertama selepas revolusi,
Cairo, Sabtu 26 Syawal 1432H bersamaan 24 September 2011M

Sumber:

p/s: entri ini di"copy" dari  laman (Zaadut-Taqwa) bertujuan sebagai perkongsian. Moga bermanfaat untuk kita semua..=)

18 September, 2011

Kring!! Kring!!



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Agak lama kita tidak bertemu di sini kan? Maksud ana, ana dan anda, yang membaca laman Coretan Buat Jiwa ini.. berikutan tiada entri baru sejak 1 syawal yang lepas (",)

Alhamdulillah, hari ini Allah kurniakan idea untuk menulis.. Sebenarnya, entri ini lebih berbentuk kepada 'luahan rasa hati'. Ana rasa sangat gembira.. dan manusia ada banyak sebab kan untuk berasa gembira? =) because HE always be there.. ^^,



Apa yang membuatkan ana rasa gembira sekarang adalah, ana menerima lagi 'missed call' daripada salah seorang sahabat ana yang setia, Hidayah (bukan nama sebenar). Tajuk 'Kring!! Kring!!' di atas adalah sebagai simbolik kepada 'missed call' yang ana terima, walaupun hakikatnya ringtone handphone ana bukanlah begitu ^_^

Kenapa ana gembira sangat dengan 'missed call' daripada Hidayah? Sepatutnya kalau terima panggilan lah yang membuatkan seseorang gembira.. ye tak?? Sebabnya.. hidayah 'missed call' ana lebih kurang pukul 5.00 pagi.. what it does means?? Hidayah kejut ana untuk bangun qiamullail!! Terharu + gembira.. =')

Yang lebih ana terharunya, sebenarnya sekarang ini kami saling berjauhan.. Hidayah belajar di Kelantan, manakala ana kini belajar di Kuala Lumpur. Dan perkenalan kami tidak sampai setahun pun, ana kenal Hidayah semasa ana belajar di Kelantan tidak lama dahulu. Semasa ana belajar dengannya dahulu, Hidayah seringkali juga 'missed call' ana untuk qiamullail. Tapi tidak sangka, walau jarak memisahkan kami kini, dia tidak lupa juga untuk 'missed call' ana, walaupun tidaklah sekerap dahulu. Alhamdulillah, kerana ana dapat berkenalan dengan sahabat yang hebat sepertinya.. =')

Hidayah, moga terus menyinari hati pemudi islam yang lain dengan izin-NYA.. sahabat dunia akhirat! ^_^

Wallahua'lam, moga perkongsian ini memberi manfaat kepada ana dan anda, ameen ^_^