31 December, 2010

Menguasai Dua Ayat

Assalamualaikum.
Aha,pernah dengar 'Menguasai Dua Ayat' ini?

Ana pun sebenarnya baru mendengar kalimah ini beberapa hari yg lepas..kat mana ye?
Ana dengar di tv9, x silap tajuk program itu adalah 'Muqaddimah'..
disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin, kenal kan?

Jadi, ana nak kongsi la apa yang ana dapat..
dihuraikan mengikut kefahaman ana, dan insyaALLAH tetap berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah!

Jeng3x.. (xpe kan,sekali-sekala pelbagaikan cara penyampaian? ^_~)

Apa yang dimaksudkan dengan DUA AYAT ini?
Pertama, adalah AYAT QURAN..
ayat Quran?? Yang sering kita baca tiap2 hari..
insyaALLAH ana yakin, ayat ini sahabat2 boleh mengagaknye apabila melihat tajuk post ini..

Dan ayat yg kedua??
Adalah.. AYAT ALAM!!
Ayat alam?? Alam pun ada ayatnye ye??
Hee.. spt yang dikatakan oleh Dr. Danial, apabila dia merujuk maksud ayat dalam kamus bahasa Arab, ia membawa maksud tanda-tanda (kebesaran dan keagungan)..

Subhanallah! Shbt2 boleh agak apa yang dimaksudkan dgn AYAT ALAM?
Yakni.. alam ini sbg tanda kebesaran,kekuasaan dan keagungan ALLAH SWT, pencipta sekalian alam..
Lihatlah kejadian langit.. yang tidak disokong oleh apa2 tiang pun untuk didirikan..
Malam dan siang, matahari dan bulan.. yang silih berganti dan beredar mengikut garis edarnya..
Kejadian pokok.. bagaimana dari sebiji benih yang kecil boleh tumbuh menjadi pokok yang besar.. atau bagaimana dua jenis pokok yang berlainan boleh tumbuh walaupun pada tanah yang sama dan memerlukan nutrient yang sama..

Lihatlah.. dengan mata hati.. Renunglah.. kebesaran Ilahi..
Tidakkah terkesan di hati kita?

Bukan setakat alam ini.. bahkan pada diri kita juga.. ada tanda2 kekuasaan-NYA..
Tidakkah kita memperhatikan??

Allah berfirman: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? (Fussilat 41 : 53)

Baiklah.. Dan apa pula yg dimaksudkan dgn MENGUASAI DUA AYAT?
Tadi kita dah tahu dua ayat itu apa.. dan sekarang kita nak kuasainya pula..
Bagaimana ye? (Thinking 2x..)

Dikisahkan, telah lahirnya ilmuwan2 islam yg sangat hebat di era khilafah islamiyah dahulu..
spt Ibnu Sina, Ibnu Battuta, dan tokoh2 ilmuwan islam yg lain..
Hinggakan.. menyebabkan Eropah di waktu itu yg berada di dalam zaman kegelapan berubah menjadi zaman kebangkitan!
Macam mana boleh jadi macam tu..??
Nampaknya, Eropah/Barat telah mengambil manfaat, mempelajari ilmu2 yang diketemukan oleh ilmuwan islam sendiri..
dan kita?? Di manakah tahap kita sekarang??

Kan bagus.. (sbg cth lelaki) pergi ke masjid, boleh menjadi imam..bacaan quran pun baik..boleh berkhutbah misalannya..
DAN dalam masa yg sama.. dia adalah seorang doktor, atau jurutera, atau pakar komputer, dan lain2 ilmu fardhiyyah.. di samping menguasai ilmu fardhu ain..
Kita boleh ambil cth spt Ustaz Zaharuddin (muamalat + agama), Dr. Farhan Hadi (doktor + agama), Dr. Danial Zainal Abidin (saintis + agama)..
Mereka bukan sahaja 'alim dalam bidang masing2 bahkan, faqih dalam agama..

Dunia dapat, akhirat pun dapat..ameen.
Wallahua'lam, sekadar perkongsian yang mudah2an dapat kita ambil ibrah dan mengamalkannya dalam kehidupan kerana ALLAH.. menggapai redha ALLAH.. insyaALLAH.


28 December, 2010

Wanita-Wanita Mukminat Lebih Cantik daripada Bidadari Syurga!


Secantik apa pun para bidadari ini, namun wanita-wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka. Iaitu orang yang membasuh mukanya setiap hari dengan air wudhuk, melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi mencapai keredhaan Allah s.w.t.

Berkenaan dengan perkara ini, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru. Dan Kami kembali menjadikan mereka gadis-gadis perawan." (Surah Al-Waqi'ah 56: 35-36)

Menurut beberapa orang ahli tafsir, antara lain Abu al-Hasan al-Mawardi,ayat ini berbicara tentang wanita -wanita Mukminat di dunia. Allah mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis muda meskipun sebelumnya telah menjadi nenek yang tua dan lemah. Mereka akan dibangkitkan kembali sebagai wanita-wanita yang sangat cantik lalu dipersatukan lagi dengan suami-suami mereka di dunia.

Berkaitan dengan ini, teringat kisah Ummu al-Darda' (nama asalnya Hujaimah al-Himyariah). Beliau ialah isteri Abu al-Darda', seorang sahabat Nabi s.a.w. yang hidup di Syam. Meskipun jarak usia mereka agak jauh, di mana Abu al-Darda' lebih tua beberapa puluh tahun daripadanya, namun mereka adalah pasangan yang sangat bahagia.

Suatu hari Ummu al-Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya Allah, sesungguhnya Abu al-Darda' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di syurga."

Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda' ini seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu al-Darda' wafat,Khalifah Mu'awiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

Artikel di atas ini ana petik dari majalah Solusi isu no. 24, m/s 103 & 104 dengan bertajukkan Akhir Zaman: Bidadari Syurga.

Sedikit lagi yg ingin ana petik drpd artikel dalam mjlh Solusi ini;
Keyakinan ttg bidadari membuatkan seseorang menundukkan pandangannya daripada aurat wanita di dunia. Hal ini kerana sedetik kita menuruti kemahuan nafsu di dunia dapat meluputkan kesempatan kita menikmati kenikmatan dalam syurga..

Dua jiwa, Satu Matlamat
Kisah Ummu al-Darda' mengingatkan kita bahawa cinta yang terjalin kerana ALLAH dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dgn kematian. Akan tetapi akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.


"DUNIA HANYA BERNILAI APABILA DIMANFAATKAN UNTUK AKHIRAT"

22 December, 2010

SELAMAT BERCUTI..

cuti mid sem...

malam yang menggembirakan..(^_^)

sekarang tengah siap2 nk pergi stesen bas..
malam ini akan bertolak pulang ke rumah..
sebabnya cuti mid sem..
yepee!! nk balik umah..=D
rindu sangat2 kat family..
sekian lama tak berjumpa..

moga perjalananku dipermudahkanNya..
semoga aku selamat sampai..
.........................................................
cuti bermula..
perancangan mesti diatur..
bagi memastikan cuti dapat dimanfaatkan
semaksimum yang mungkin.. 
 
pesanan buat diri dan semua:
moga diri ini dan sahabat2 
dapat menggunakan masa cuti dengan sehabis baik..
usah membuang masa..
usah terlalu lalai dan leka..
kelak diri akan merana..

"SELAMAT BERCUTI"... 

(^_^)..sEnYum...=D

senyum sokmo..(o_o)


kesempitan dan kedukaan itu satu kebiasaan..
bohong jika dikatakan gembira sentiasa..
kerna manusia itu insan biasa..
ada rasa suka dan juga duka..
miliki senyuman yg tersirat penuh makna..
 
senyuman dikala duka..
pengubat jiwa..

senyuman dikala gembira..
ertinya bahagia..

senyuman itu sedakah yg mulia..
perlu diberi tanpa dipinta..

Moga senyuman kita mampu menjadi sumber kekuatan buat diri agar sentiasa tabah melalui hari2 yang mendatang...=D

fasli jannati..

bilik kuliah yg telah siap dihias oleh ahli2 majmuah ana.."majmuah 2"...

jom kita tinjau hasilnya...=)

 pandangan hadapan....

tulisan Khat yg kreatif...Khat apa eh??

info yang berwarna-warni...

warna2 yang menceriakan..



kat belakang...camni pulak..(^_^)

nota2 pelajaran..ruang2 kosong tu bakal dipenuhi...coming soon..=D
ehh..ada rama2 la..





sudut sisi..(0_0)

rama2 inspirasi border kelas




kerjasama ibarat batu bata yang mengukuh binaan


inilah hasil kerjasama kami..
di sebalik tabir..=(

sebelum...

banin......=P

bersihkan dinding...

telitinyerr...


fokus betul...(",)


 banat....=D
sibuk...

buat gapo tu??

proses menampal

Alhamdulillah, proses menghiaskan kelas berjalan lancar..
Moga suasana yg ceria ini akan meningkatkan mutu pembelajaran kita..
Semoga hasil usaha kita ini mendapat ganjaran daripadaNya..

emm, Jangan lupa yerr..
apa yg penting?
"kerjasama"..
apa yg paling penting?
"mencapai keredhaanNYA"

19 December, 2010

kembara gerimis.. rehlah termanis.. (^^,)

jika dahulu hanya satu impian...
kini, sudah menjadi satu kenyataan...

hasrat untuk ber"rehlah" bersama2 sahabat majmuah 2(banat), akhirnya tercapai...
tarikh "17/12/2010" merupakan memori yang tak dapat dilupakan...
perjalanan yang dirancang oleh mas'ulah (Aina) dan S/U (Fatin)...
mendapat persetujuan semua banat...
Alhamdulillah, Allah memudahkan segala urusan kami untuk ke sana...
kita hanya mampu merancang...
Allah yang menentukan...
kerana Allah adalah sebaik-baik perancang...

kembara bermula..

destinasi yang di tuju..
pantai Sri 7 dan rumah Fatin..

masa pergi..
lebih kurang jam 10 pagi..

kenderaan yang dinaiki..
kereta sewa Kak Bee (2 buah)

pemandu berhemat-sobirah
 driver yg cool-sha...

di awal  perjalanan...

singgah sebentar di kota bharu..
beli tiket balik kampung ana dan madihah (syoknya nk balik kg (^_^)..)

hee..kereta yang ana naik terpisah dgn kereta satu lagi...
sbbnya satu jalan terus...
satu belok kanan..
so, kena la cari U turn tuk berpatah balik..
cari punya cari...jumpa!! selamatlah kami..
perjalanan diteruskan...
kami melalui jambatan Sultan Ismail Petra..


pemandangan dari atas jambatan cantik gak..
tapi tiba2 terpandang satu kereta yg remuk teruk di bahagian depan..(gmbar xsmpt nk ambik)
perasaan takut pun muncul...(doa moga dijauhkan dari perkara2 yg tak diingini)

gambar yg sempat di"snap" dalam perjalanan pergi..






dalam pada masa yg sama juga..
"kereta meragam"...huh..
pusing juga kami dibuatnya..
bukan apa...
risau tak dapat sampai sana...
paling risau tak dapat balik UM...=(

sesungguhnya Allah itu dekat..
dan pertolonganNya juga dekat..
Allhamdulillah, ada seorang hamba Allah yg sudi menolong kami..

hanya dikenali dengan nama ustaz Mad (maaf kalu silap)...
terima kasih atas bantuan ustaz..

akhirnya selamat sampai ke destinasi yang dituju..
"PANTAI SRI 7"


SubhanaAllah..indahnya ciptaNya
pada masa yg sama..
hujan turun renyai2..

"Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut"

dan azan zohor baru saja berkumandang..
tapi sebab perut masing2 dah kuar lagu keroncong..
kami makan tengah hari dulu..

makanan tengah hari kami..thanks Nabilah dan Atin tolong beli..


lepas solat zohor..
kami g pantai...

ukiran pasir pantai oleh banat majmuah 2


alam ciptaanNya yg menenangkan dan mendamaikan jiwa..

tapi yang sedihnya..

obor2 yg dah mati

sungai berhampiran pantai
keceriaan pantai semakin pudar
kemana hilangnya tanggungjawab kita??
siapa yg patut disalahkan??
sayangi sungai dan pantai kita..

seterusnya...
perjalanan ke destinasi kedua pula..
ke mana??
"RUMAH FATIN"

dah sampai...(lupa nk take picture)
kami dihidangkan dengan hidangan yang menyelerakan...

makan lagi..makan petang plak..
yum2..sedap..ana makan paling bnyk..huhu..
thanks yerr atin sekeluarga..
layan kami yg banyak kerenah nih dengan baik sekali...hee~=)

hari semakin petang...
kami bertolak pulang...
singgah solat asar di Masjid Chabang Empat...

seusai solat..
kembara pulang ke UM diteruskan..


terasa gembira berbaur sedih..
gembira kerna rehlah ini membibitkan tautan ukhuwwah yg tak dapat diungkap..
sedih untuk meninggalkan tempat yg mencipta satu kenangan indah..

hari ini kita lalui satu kembara..
kembara di bumi Allah..
kembara mengenal alam..
untuk apa semuanya..
untuk menjadikan kita hamba yg bersyukur dgn nikmatNya..
rehlah ini mengeratkan ukhuwwah kita..
kita hadapi mehnah ujian bersama..
hingga berjaya mengharungi semuanya..
moga terbina ukhwwah sejati antara kita..
ukhuwwah yg mengapai redhaNya..
ukhuwwah yg bertunjangkan keimanan kepadaNya..
agar kita dapat berpimpin tangan ke syurga..

18 December, 2010

hujan...(>_<)



hujan gerimis turun lagi...
pagi ini ceria bersama titisan2 maniknya...
pemandangan ciptaanNya indah mata memandang...
SubhanaAllah...
Dia maha berkuasa..
Dia maha penyayang..
syukur...
aku masih diberi nikmat ini..
untuk menikmati keindahan alam..
semoga kita akan sentiasa menjadi hamba
yang mensyukuri segala pemberianNya..

12 December, 2010

bicara hati...=(

duhai diri..
saat kau diuji..
kau terasa lemah..
rasa sedih menyelubungi jiwa..
diri ingin berbicara..
berkongsi suka dan duka..
tapi siapakah teman dikala kecewa??
di waktu suka ramai menerpa..
di waktu duka kalian dimana??
sahabat sejati bersifat memahami..
insan yang dicipta untuk lengkap melengkapi..
dianugerahkan Allah untuk saling memperingati..

 
duhai hati..
tika kesedihan datang menghampiri.. 
kuatkan imanmu..
jangan biar ia merajai hati..
biarpun teman tiada di sisi..
ingatlah..
Dia sentiasa dekat denganmu..
jangan kau lari dariNya..
Dia pemberi nikmat..
Dia pemberi segalanya..
bersyukurlah dengan apa yang kau ada..
pasti kau temui bahagia..


......................................
jangan sedih jika diri tak dihargai..
tetapi sedihlah..
jika diri benar-benar tak berharga..

jangan sedih jika diri tak disayangi sesama manusia..
tetapi sedihlah..
 jika diri dimurkaiNya..


........................................
semoga diri ini sentiasa tsabat dijalanNya..
semoga diri ini kuat menghadapi mehnah ujian..
semoga diri ini menjadi hamba yang bersyukur..
semoga diri ini sentiasa dibawah lembayung rahmatNya..

07 December, 2010

bEsdAyku...

syukurku panjatkan kepadaNya..
saat ini detik ini..
aku masih hidup di bumiNya..
diberi nikmat yang tak terhingga..
6 disember telah tiba..
usiaku sudah genap 18 tahun..
aku insan yang semakin menghampiri kematian..
kematian yang pasti bagi setiap insan..
aku resah..
aku gelisah..
adakah amalan yang aku lakukan selama ini..
cukup sebagai bekalan untuk hari akhirat kelak..
adakah aku sudah melaksanakan segala amanah..
yang dipertanggungjawabkan di atas bahuku..
adakah diriku ini memberi menfaat kepada orang lain..
renung-renungkan wahai diri..
                                                                 (bicara hati)
.............................................................................
bicara ummi dan ayah untukku:-
moga aku akan sentiasa menjadi anak yang taat..
jaga amal..
jaga iman..
** diriku terharu mendengar kata-kata itu..
    terima kasih yang tak dapat aku ungkapkan kerana melahirkan aku..
    jasamu mendidikku tidak dapat ku balas dengan segala isi dunia..
    terlalu tinggi harganya...
    "ana uhibbu usrati.."
............................................................................ 
kata imam Al-Ghazali:-
"ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan"...

tarikh ini menjadi peringatan buat diri...
semakin hampir pada tarikh kematian...
duhai diri..
tertipunya 'aku' ketika menerima ucapan selamat hari lahir...
jadi, selamat pulakah hari kematian'ku'??
marilah kita hidup seperti orang yang menanti mati...
kerana ingat mati itu akan mengecilkan segala derita...
akan mencairkan segala alpa...
kiranya inilah detik terakhir...
marilah kita mulakan semula walaupun yang masih tersisa hanya sedikit cuma...
namun itu lebih bermakna, InsyaAllah..
percayalah...
orang yang berhak hidup dalam ketenangan adalah...
orang yang sentiasa bersedia menghadapi mati...
                   (mesej yang dikirim sahabat sempena hari lahirku)
.....................................................................................
Ya Allah,
semoga diriku ini akan sentiasa tsabat di jalanMu..
semoga diriku ini akan gagah melangkah membawa agamaMu..
semoga diriku ini sentiasa memberi manfaat kepada insan lain..

*p/s: kepada sahabat2 dan semua..thanks a lot yer..syukran jazilan ala kulli hal...

03 December, 2010

Wanita Idaman Syurga..

Bismillahirrahmanirrahim..
Mulai stp amal kita dgn nama ALLAH..
Barulah kita SEDAR akan hakikat dan tujuan stp amalan dlm kehidupan kita..
Barulah kita akan memperTIMBANGkan baik dan buruk stp perbuatan kita(dosa dan pahala)..
Dan pastinya REDHA ALLAH menjadi impian kita sbg hamba-NYA..
Di situ jugalah bermulanya KUASA NIAT..
Sebagaimana sabda Nabi "Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kpd niat."(Al-Bukhari dan Muslim)
Dan niat itu disertai dgn azam dan cara yg ditunjukkan Nabi s.a.w ..
Serta tawakkal ilallah..

Sedikit kata2 yg ingin ana bumikan dalam kehidupan seharian ana.. Marilah kita sama2 PELIHARA PANDANGAN MATA kita.. Tundukkan pandangan mata kita agar hati kita x byk benda yg perlu diresahkan.. Klu byk benda yg kita lihat,macam2 yg akan kita fikirkan,dan hati pun akan keresahan.. Seolah-olah kita yg menyusahkan diri dan hati kita disebabkan pandangan mata yg x terkawal..x gitu ?

Antum antunna faham kan maksud MENJAGA PANDANGAN MATA? Menjaga pandangan mata drpd melihat kemaksiatan dan kemungkaran.. Bukan setakat mata,bahkan pendengaran kita,percakapan kita,langkah kaki kita ke mana,tangan kita nak buat apa,hati kita berbisik apa.. Dan aurat prmpn yg perlu dijaga sesuai dgn garisan syara'..

"Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bg menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar);cara yg demikian lebih sesuai utk mereka dikenal(sbg prmpn-prmpn yg baik) maka dgn itu mereka tidak diganggu. Dan(ingatlah) Allah adlh Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani" (Surah Al-Ahzab,ayat 59)

"Dan katakanlah kpd prmpn-prmpn yg beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yg haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dgn tudung kepala mereka, ..." (Surah An-Nur,ayat 31) Rujuklah tafsir alquran utk makna selanjutnya..k?

Dalam ayat ke-30 dan ke-31 surah An-Nur, Allah memerintahkan org2 islam, lelaki dan prmpn, supaya menyekat pandangannya drpd melihat yg haram, dan menjaga kehormatannya drpd melakukan zina atau lainnya. Dan bg prmpn2 islam juga diharamkan mendedahkan tubuhnya kpd lelaki yg bukan mahramnya, kecuali anggota tubuhnya yg zahir -yakni bulatan muka dan kedua tapak tangan.. Memakai tudung pun hendaklah menutupi dadanya, serta pakaian seorang prmpn islam bukan sekadar cukup menutup seluruh tubuh sahaja bahkan sempurna utk melindunginya ketika duduk,membongkok dan melakukan pergerakan lain..

Coretan buat jiwa di atas adlh sbhgn daripada ciri2 wanita idaman syurga, wanita solehah.. Sebagai peringatan agar diri ini tidak terus alpa dari mentaati perintah ALLAH dan Rasul-NYA.. "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bg orang-orang mukmin" (Surah Az-Zariyat,ayat 55)

Antum antunna bolehlah merujuk mjlh SOLUSI isu ke-24 utk mengetahui 'Busana Patuh Syariat' pada halaman 85, SOLUSI isu ke-15 dan 18 pd m/s 57 utk 'TANBIH' dan http://brohamzah.blogspot.com/2010/11/nota-tarbiyah-menunduk-pandangan.html bg penjelasan selanjutnya utk memelihara pandangan mata kita.. ^_^ Satu lg cdgn boleh? http://muttaqincorner.blogspot.com/2010/10/maafkan-saya-tudung-awak.html

Akhir kalam,ana asifah a'la kulli hal..
JAGALAH PANDANGAN MATA, AGAR DIBERI KEMANTAPAN JIWA.

01 December, 2010

Ibadah Sepertiga Malam

Salam 'alaikum saudara seislamku sekalian.. Kali ni ana biarkan gambar yg berbicara.. ^_^ boleh?
صلاة تهجد


حديث قدسي



لا اله الا الله محمد رسول الله

Moga sama2 dapat mengamalkannya dalam kehidupan kita ke arah mencapai REDHA ALLAH..ameen.. IsTiQaMaH!!! ~CINTA ALLAH DAN RASUL-NYA~