07 December, 2010

bEsdAyku...

syukurku panjatkan kepadaNya..
saat ini detik ini..
aku masih hidup di bumiNya..
diberi nikmat yang tak terhingga..
6 disember telah tiba..
usiaku sudah genap 18 tahun..
aku insan yang semakin menghampiri kematian..
kematian yang pasti bagi setiap insan..
aku resah..
aku gelisah..
adakah amalan yang aku lakukan selama ini..
cukup sebagai bekalan untuk hari akhirat kelak..
adakah aku sudah melaksanakan segala amanah..
yang dipertanggungjawabkan di atas bahuku..
adakah diriku ini memberi menfaat kepada orang lain..
renung-renungkan wahai diri..
                                                                 (bicara hati)
.............................................................................
bicara ummi dan ayah untukku:-
moga aku akan sentiasa menjadi anak yang taat..
jaga amal..
jaga iman..
** diriku terharu mendengar kata-kata itu..
    terima kasih yang tak dapat aku ungkapkan kerana melahirkan aku..
    jasamu mendidikku tidak dapat ku balas dengan segala isi dunia..
    terlalu tinggi harganya...
    "ana uhibbu usrati.."
............................................................................ 
kata imam Al-Ghazali:-
"ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan"...

tarikh ini menjadi peringatan buat diri...
semakin hampir pada tarikh kematian...
duhai diri..
tertipunya 'aku' ketika menerima ucapan selamat hari lahir...
jadi, selamat pulakah hari kematian'ku'??
marilah kita hidup seperti orang yang menanti mati...
kerana ingat mati itu akan mengecilkan segala derita...
akan mencairkan segala alpa...
kiranya inilah detik terakhir...
marilah kita mulakan semula walaupun yang masih tersisa hanya sedikit cuma...
namun itu lebih bermakna, InsyaAllah..
percayalah...
orang yang berhak hidup dalam ketenangan adalah...
orang yang sentiasa bersedia menghadapi mati...
                   (mesej yang dikirim sahabat sempena hari lahirku)
.....................................................................................
Ya Allah,
semoga diriku ini akan sentiasa tsabat di jalanMu..
semoga diriku ini akan gagah melangkah membawa agamaMu..
semoga diriku ini sentiasa memberi manfaat kepada insan lain..

*p/s: kepada sahabat2 dan semua..thanks a lot yer..syukran jazilan ala kulli hal...

0 comments:

Post a Comment