28 December, 2010

Wanita-Wanita Mukminat Lebih Cantik daripada Bidadari Syurga!


Secantik apa pun para bidadari ini, namun wanita-wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka. Iaitu orang yang membasuh mukanya setiap hari dengan air wudhuk, melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi mencapai keredhaan Allah s.w.t.

Berkenaan dengan perkara ini, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru. Dan Kami kembali menjadikan mereka gadis-gadis perawan." (Surah Al-Waqi'ah 56: 35-36)

Menurut beberapa orang ahli tafsir, antara lain Abu al-Hasan al-Mawardi,ayat ini berbicara tentang wanita -wanita Mukminat di dunia. Allah mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis muda meskipun sebelumnya telah menjadi nenek yang tua dan lemah. Mereka akan dibangkitkan kembali sebagai wanita-wanita yang sangat cantik lalu dipersatukan lagi dengan suami-suami mereka di dunia.

Berkaitan dengan ini, teringat kisah Ummu al-Darda' (nama asalnya Hujaimah al-Himyariah). Beliau ialah isteri Abu al-Darda', seorang sahabat Nabi s.a.w. yang hidup di Syam. Meskipun jarak usia mereka agak jauh, di mana Abu al-Darda' lebih tua beberapa puluh tahun daripadanya, namun mereka adalah pasangan yang sangat bahagia.

Suatu hari Ummu al-Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya Allah, sesungguhnya Abu al-Darda' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di syurga."

Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda' ini seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu al-Darda' wafat,Khalifah Mu'awiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

Artikel di atas ini ana petik dari majalah Solusi isu no. 24, m/s 103 & 104 dengan bertajukkan Akhir Zaman: Bidadari Syurga.

Sedikit lagi yg ingin ana petik drpd artikel dalam mjlh Solusi ini;
Keyakinan ttg bidadari membuatkan seseorang menundukkan pandangannya daripada aurat wanita di dunia. Hal ini kerana sedetik kita menuruti kemahuan nafsu di dunia dapat meluputkan kesempatan kita menikmati kenikmatan dalam syurga..

Dua jiwa, Satu Matlamat
Kisah Ummu al-Darda' mengingatkan kita bahawa cinta yang terjalin kerana ALLAH dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dgn kematian. Akan tetapi akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.


"DUNIA HANYA BERNILAI APABILA DIMANFAATKAN UNTUK AKHIRAT"

2 comments:

salam perjuangan,

Jazakillah atas kisah ini.
Ringkas dan bermakna.
Moga Allah rahmati dgn usaha ini.
Amin.
 
jazakallah khair.

trm kasih atas saranan dan rangsangan.
moga bermanfaat.
amin.
 

Post a Comment