31 December, 2010

Menguasai Dua Ayat

Assalamualaikum.
Aha,pernah dengar 'Menguasai Dua Ayat' ini?

Ana pun sebenarnya baru mendengar kalimah ini beberapa hari yg lepas..kat mana ye?
Ana dengar di tv9, x silap tajuk program itu adalah 'Muqaddimah'..
disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin, kenal kan?

Jadi, ana nak kongsi la apa yang ana dapat..
dihuraikan mengikut kefahaman ana, dan insyaALLAH tetap berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah!

Jeng3x.. (xpe kan,sekali-sekala pelbagaikan cara penyampaian? ^_~)

Apa yang dimaksudkan dengan DUA AYAT ini?
Pertama, adalah AYAT QURAN..
ayat Quran?? Yang sering kita baca tiap2 hari..
insyaALLAH ana yakin, ayat ini sahabat2 boleh mengagaknye apabila melihat tajuk post ini..

Dan ayat yg kedua??
Adalah.. AYAT ALAM!!
Ayat alam?? Alam pun ada ayatnye ye??
Hee.. spt yang dikatakan oleh Dr. Danial, apabila dia merujuk maksud ayat dalam kamus bahasa Arab, ia membawa maksud tanda-tanda (kebesaran dan keagungan)..

Subhanallah! Shbt2 boleh agak apa yang dimaksudkan dgn AYAT ALAM?
Yakni.. alam ini sbg tanda kebesaran,kekuasaan dan keagungan ALLAH SWT, pencipta sekalian alam..
Lihatlah kejadian langit.. yang tidak disokong oleh apa2 tiang pun untuk didirikan..
Malam dan siang, matahari dan bulan.. yang silih berganti dan beredar mengikut garis edarnya..
Kejadian pokok.. bagaimana dari sebiji benih yang kecil boleh tumbuh menjadi pokok yang besar.. atau bagaimana dua jenis pokok yang berlainan boleh tumbuh walaupun pada tanah yang sama dan memerlukan nutrient yang sama..

Lihatlah.. dengan mata hati.. Renunglah.. kebesaran Ilahi..
Tidakkah terkesan di hati kita?

Bukan setakat alam ini.. bahkan pada diri kita juga.. ada tanda2 kekuasaan-NYA..
Tidakkah kita memperhatikan??

Allah berfirman: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? (Fussilat 41 : 53)

Baiklah.. Dan apa pula yg dimaksudkan dgn MENGUASAI DUA AYAT?
Tadi kita dah tahu dua ayat itu apa.. dan sekarang kita nak kuasainya pula..
Bagaimana ye? (Thinking 2x..)

Dikisahkan, telah lahirnya ilmuwan2 islam yg sangat hebat di era khilafah islamiyah dahulu..
spt Ibnu Sina, Ibnu Battuta, dan tokoh2 ilmuwan islam yg lain..
Hinggakan.. menyebabkan Eropah di waktu itu yg berada di dalam zaman kegelapan berubah menjadi zaman kebangkitan!
Macam mana boleh jadi macam tu..??
Nampaknya, Eropah/Barat telah mengambil manfaat, mempelajari ilmu2 yang diketemukan oleh ilmuwan islam sendiri..
dan kita?? Di manakah tahap kita sekarang??

Kan bagus.. (sbg cth lelaki) pergi ke masjid, boleh menjadi imam..bacaan quran pun baik..boleh berkhutbah misalannya..
DAN dalam masa yg sama.. dia adalah seorang doktor, atau jurutera, atau pakar komputer, dan lain2 ilmu fardhiyyah.. di samping menguasai ilmu fardhu ain..
Kita boleh ambil cth spt Ustaz Zaharuddin (muamalat + agama), Dr. Farhan Hadi (doktor + agama), Dr. Danial Zainal Abidin (saintis + agama)..
Mereka bukan sahaja 'alim dalam bidang masing2 bahkan, faqih dalam agama..

Dunia dapat, akhirat pun dapat..ameen.
Wallahua'lam, sekadar perkongsian yang mudah2an dapat kita ambil ibrah dan mengamalkannya dalam kehidupan kerana ALLAH.. menggapai redha ALLAH.. insyaALLAH.


2 comments:

Assalam wbt..bagus perkongsiannye,..nk tgok juga satu hari nnti muncul seorang Muslimah yg menguasai pelbagai bidang sprti yg anti statekan tu ye..=)..
 
insyaALLAH
jazakallah 'ala tanzir wa tanbih
berusaha kerana-NYA
 

Post a Comment