05 November, 2010

haPPy besDay yA sOhaBati..

salam ukhuwwahfillah..

Hazal yaum (hari ini), genap la umur sorang sahabat ana (nama dia Umi Kalsom) menjadi 18 tahun...sbbnya apa?
senang je..hari nie besday dia..emm, nk antar kek xmampu..so,kirim sms je (selamat hari lahir..semoga kehidupan sahabatku sentiasa diberkati dan mendapat keredoan Allah)
Ooo, dah tua yerr sahabat ana nih..huhu..(ana gurau je)


Kelmarin dulu  3 Nov 2010, hari lahir sahabat ana gak..nama dia Husna..sahabat2 dia termasuk ana sekali suka panggil dia dengan nama "Una"..Cam biasa la, hadiah ana xbagi kt dia..xda bajet..hehe..ana antar mesej sama macam ana antar kt Umi..


So,kali ini ana titipkan coretan ini buat kalian, sambil2 tu untuk muhasabah diri yg kerdil ini.. Eh, kenapa nak muhasabah diri pulak?

Wahai sahabat2 yang disayangi kerna Allah, sedar atau tidak yg setiap kali umur kita meningkat..kematian itu juga menghampiri..itulah hakikat yg selalu kita lupa..ingatlah..orang yg bijak adalah orang yg mengingati mati..Kadangkala kita selalu terleka dengan keindahan dan keasyikkan dunia..kita tu termasuk la diri ana sendiri..

Setiap kali umur kita bertambah dari tahun ke tahun, pernah tak kita terfikir...adakah bertambah  manfaat diri kita kepada orang lain dari tahun ke tahun..atau ada tak apa2 perubahan yg mendorong kita ke arah kebaikan dari semasa ke semasa?...."tepuk dada tanya diri kita sendiri"...

Semoga, setiap kali umur meningkat..kebaikan dalam diri juga turut sama meningkat..jangan mensia-siakan kehidupan ini kerana dunia ini hanya tempat persinggahan yg takkan kekal abadi..




24 October, 2010

Refresh Hati

puisi ini penulis copy dari :  www.iluvislam.com
*moga mnjadi renungan dan pedoman buat diri ini dan sesiapa yg membaca..enjoy it..!!



Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...
 
Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..

Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...

Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah;


"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..

Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...

Di sana,
Akhirat yang pasti...
Syurga yang terindah,
Atau
Neraka yang menyala!

20 October, 2010

uhibbukum fillah..



5 akaun 2009




  ku layarkan coretan ini
buatmu "sahabatku"

                

sekolah kesayangku~i miss u



Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
exam SPM "09"~hari last

salam perpisahan buat guru2  

kt padang bola kg acheh

     

kenduri kawin cg math-cg fida
  
Ku berkata bersabarlah
   Serahkan saja pada yang ESA

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama 

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
 Selagi ku masih di sini

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa 
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan saba
   Pastikan berjaya
                    (devotees-bersama) 

"Milikilah..Sebuah hati yang tidak pernah membenci, Sebuah senyuman yang tidak pernah pudar, Sebuah persahabatan yang tidak akan pernah berakhir..."


"Dalam kesakitan teruji kesabaran, Dalam perjuangan teruji keikhlasan, Dalam ukhuwah teruji ketulusan, Dalam tawakkal teruji keyakinan, Hidup ini amat indah jika Allah menjadi tujuan..


....Ku ukirkan persahabatan bersama kalian wahai "SAHABAT" selama 5 tahun di bumi maahad yan..Pelbagai memori suka dan duka terlakar antara kita..Hanya Tuhan yg tahu betapa indahnya pertemuan yg telah diciptakan-Nya untuk kita..Ukhuwah yg bersulamankan keimanan...bertemu dan berpisahnya kita hanya kerana Allah..kita berpisah untuk mengejar cita..andai masa mampu berputar kembali, ingin aku ulang kembali kehidupan bersama kalian disana..

....Namun aku sedar..hakikatnya masa tidak bisa berulang..aku memohon kepada yg Esa agar ukhuwah diantara kita sentiasa berkekalan hingga ke akhirnya..doaku akan sentiasa mengiringimu sahabat2ku..aku panjatkan kesyukuran buat Ilahi kerna kalian adalah anugerah dari-Nya..Kalian permata yg tak ternilai..akan ku hargai ukhuwah ini..pesanan ku buatmu yg bergelar sahabat..:-

"andai aku terjatuh, kau hulurkanlah tanganmu kepadaku..bila aku bengkok, kau luruskanlah aku..jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu" 
 
**dedikasi buat sahabat2 generasi ke-7

06 October, 2010

Cuti..

Assalamualaikum.

Kesyukuran ana panjatkan buat Ilahi..krna saat ini,detik ini kita masih diberi nikmat untuk terus bernafas dibumi-Nya..moga ana dan semua akan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur..

Exam baru je habis...lega skit..tapi ini bukan bermakna hidup penulis telah hampir sampai ke garisan penamat..perjalanannya masih panjang..dunia ini ibarat ladang untuk bercucuk tanam..diri kita yang akan menentukan samada ladang itu memberi manfaat atau tidak...hasilnya adalah untuk diri kita...alangkah untungnya kalau kita mampu memperoleh hasil yang lumayan..

Sebenarnya,bukannya nak kongsi apa pon tapi nak memperingatkan diri ini supaya memanfaatkan setiap masa yang ada dengan kerja2 yang tidak sia2..Cuti penulis sudah bermula..Sebulan? agak lama..so,penulis menyusun jadual untuk memenuhi masa yg ada.. harap2 cuti ni mampu dimanfaatkan sepenuhnya..

Emm..minggu pertama nk g ziarah sahabat2 di sekolah lama (diorang ambik STAM)... rindu sangat2 kat sahabat2..penulis first2 belajar tentang kemanisan berukhuwah  dengan sahabat2 ni la...Syukran penulis kepada sahabat2 krna sudi menjadi sahabatku.. Bukannya selalu dapat jumpa diorang ni...penulis tinggal di Penang..Sahabat2 penulis kebanyakan tinggal di Kedah..Susah betul kalu nak jumpa...jadi inilah peluang keemasan...hehe

Mybe segelintir daripada kita akan kata.."mesej ke ym or fb cukup la, tak payah susah2 g jumpa"...tapi bagi penulis jika ada ruang masa yang lapang..diri ini akan cuba untuk menziarahi sahabat2..jumpa secara real lain rasanya daripada guna ym,fb or pa2 yg seumpamanya...

Hakikatnya ukhuwah diantara penulis dan sahabat2 sentiasa terjalin krna  doaku agar slalu mengiringimu wahai sahabat..

"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"

Minggu2 seterusnya insyaAllah,penulis akan menghabiskan cuti di rumah...byk benda nak kna buat dan fikir...lps cuti dah nk masuk semester baru..so, kna ada perancangan la tuk masa hadapan..

ok..setakat ni je yg mampu dicoret..penulis tinggalkan satu kata2...moga menjadi pedoman buat diri sendiri dan orang lain..

"Yang terbaik di antara kalian adalah 
mereka yang berakhlak paling mulia"
-Nabi Muhammad SAW-

01 October, 2010

Perkongsian


Salam iman dan taqwa buat jiwa2 damai sekalian.. Moga kita semua(hati) damai dan tenang dalam mengingati ALLAH Yg Maha Esa.. "Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang"(surah ar-Ra'd:ayat 28)

Baiklah,hari ni ana nak berbicara ttg BAHASA. Ermm,bahasa.. Ana bukan nak mengulas definisi bahasa tetapi.. ana nak berkongsi beberapa perkataan atau ayat.. dlm bahasa Arab.. Ok x?

Biasanya,apabila kita bertemu sahabat,istifham yg 'famous' adalah كيف حالك؟ (Awak apa khabar?) Jadi,apa kata kita tukar sikit gaya pertanyaan kita.. insyaALLAH bg membenihkan lagi bunga ukhwah dan mahabbah-kasih sayang sesama kita..



  1. كيف صحتك؟ /Kaifa sihhatuk(Bagaimana kesihatan awak?)

  2. كيف ايمانك؟ /Kaifa imanuk(Apa khabar iman awak?)

  3. كيف فصلك؟ /Kaifa fasluk(Bagaimana kelas awak?)

  4. كيف دراستك؟ /Kaifa dirasatuk(Bagaimana pelajaran awak?)

Bagaimana..menarik x? Klulah kita bertanya kpd 1 org lelaki,kita guna ك (ka) dan ك (ki) utk 1 org prmpn.. Tak nak sebut perkataan yg hujung tu pun xpe,kiranya kita wakafkan bacaannya.. cewah,mcm bljr tajwid pula.. Klu utk 2 org pula? Lelaki dan prmpn,perkataannya sama je iaitu كما (kuma). Dan utk jama'-3 atau lebih, كم (kum) bg lelaki dan كن (kunna) bg prmpn.. Mcm mana plak klu utk lelaki + prmpn (cam dlm kelas).. kita gunakan كم (kum),boleh faham?

Selain tu,ada beberapa ayat yg menarik hati ana mendengarnya..

  1. أنا سعيد/سعيدة بمعرفتك @ Ana sa'id/sa'idah bima'rifatik(Saya gembira dpt mengenali awak)

  2. أنا مسرور/مسرورة بمقابلتك @ Ana masrur/masrurah bimuqabalatik(Saya gembira dpt berjumpa dgn awak)

  3. أنا سعيد/سعيدة بحضوركم @ Ana sa'id/sa'idah bihudhurikum(Saya gembira dgn kehadiran kamu semua-ramai)

  4. أنا مسرور/مسرورة بمجيئك @ Ana masrur/masrurah bimajii ik(Saya gembira dgn kdtgn kamu)

Seronoknyeee klu kita dpt praktikkan dlm perbualan kita.. selain menambah bahasa..(bahasa Melayu + bahasa Arab). Maksud "+" bukannya kita nak rojakkan bahasa tetapi,kita boleh bercakap menggunakan 2 bahasa.. kiranye xda la kita ni reti ckp bm je tp,blh ckp Arab juga..mcm pak Arab,hehe.. insyaALLAH.. Jgn 'rojak'kan bahasa tau,nanti ana yg dpt sahamnye.. Klu penulisan ana ada yg menggunakan bahasa Arab,tu ana cuma nak perkenalkan kpd diri ana n diri antum antunna akan perkataan bahasa Arab..yg basic2..


Ana asifah-saya minta maaf jika ana x mengamalkan apa yg ana tulis,apa yg ana cakap.. ingat2kanlah diri ini.. klu ada penulisan yg tercampur dgn bi tu,maafkan ana ye. 'Amal apa yg kita tulis/sampaikan' atau 'Tulis/sampaikan apa yg kita amal'. Blh bezakn x dua ayat tu? Klu 'amal apa yg kita tulis/sampaikan' ialah.. kita tulis sesuatu,atau sampaikan sesuatu kebaikan tetapi kita x amalkan lagi.. jadi,insyaALLAH apa yg kita tulis/sampaikan tu akan mendorong kita utk beramal dgn apa yg kita cakap..


'Tulis/sampaikan apa yg kita amal' pula adalah kita dah beramal dgn sesuatu kebaikan itu,kemudian baru kita tulis/sampaikan kpd saudara sesama islam.. Mudah2an apabila kita tulis/sampaikan apa yg kita dah amalkan akan menyentuh hati2 manusia yg mendengarnya utk turut beramal bi iznillah-dgn izin ALLAH.. Amin..

21 September, 2010

Nak kongsi ilmu sikit blh?

Assalamualaikum.. Hmm,minta maaf ye,gambar kat atas tu kecil je,tak boleh nak dibesarkan lagi..tp takpe,asalkan hati kita yg dibesarkan dgn kebesaran Ilahi..betul tak?
Hari ini,apa yg terlintas di fikiran..

"Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada ALLAH" (al-Baqarah:165)

Ya sahabati,rasailah bahawa kalamullah ini ditujukan kpd kita..org2 yg beriman kpd ALLAH dan RasulNya..

Daripada Abu Dzar,Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az bin Jabal r.a.,daripada Rasulullah s.a.w.,baginda bersabda,"Bertakwalah kepada ALLAH di mana saja kamu berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan,nescaya perkara itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmizi,dia mengatakan bahawa hadis itu hasan dan pada cetakan yang lain dikatakan hasan Sahih).

Semasa ana form 3,ustazah ana ada menjelaskan serba sedikit mengenai hadis di atas. Apa yg dapat ana fahami,ingati adalah apa yg dimaksudkan dgn 'iringilah keburukan dengan kebaikan',klu kita baca,kita mungkin samar2 maksudnya,kenapa ye dikatakan begitu? Maksudnya..apabila kita terbuat sesuatu keburukan,kejahatan,seterusnya kita tersedar yg kita buat salah..maka,segeralah kita tinggalkan keburukan itu dan laksanakan,gantikan amalan buruk itu dgn kebaikan,mudah2an dosa kita terampun,terpadam dgn pahala kebaikan itu..

Sebagai contoh,kita berprasangka buruk dgn seseorang kemudian,kita tersedar yg bersangka buruk adalah sifat mazmumah.. maka,segeralah kita beristighfar,beristighfar,beristighfar dgn sebenar2 penyesalan..mudah2an,dosa kita diampunkan..mudah2an,kita x mengulangi lagi sifat itu..mudah2an,kita terdidik utk bersangka baik sesama manusia..

Semasa ana form 5 pula,ada seorang ustazah ana,yg sering mengingatkan,kita hendaklah sentiasa merasai keberadaan ALLAH..maksudnya,Allah sentiasa melihat kita ,mengetahui apa yg kita buat,mengetahui isi hati kita..dan apabila kita merasai ALLAH mengetahui apa saja yg kita buat,kita akan takut utk berbuat maksiat wlu di mana saja kita berada,sama ada terdapat sesiapa yg nampak kita atau ketika kita berseorangan..kita akan berusaha utk taat perintah ALLAH dan RasulNYA..itulah yg dpt ana fahami drpd 'bertakwalah kepada ALLAH di mana saja kamu berada'.

'dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik',membawa tuntutan agar kita berakhlak mulia,Rasulullah sbg qudwah hasanah..jgn lupa ye,hablum minallah(hubungan dgn ALLAH) kena juga seiring dgn hablum minannas(hubungan sesama manusia) ^_~ Teladanilah akhlak Nabi dlm diri kita..

Sama2lah kita top up ayatul quran dan hadis Nabi dlm kehidupan kita..dlm pengetahuan kita..dlm amal kita..BERPANDUKAN ALQURAN DAN ASSUNNAH..

Sedikit kata2 buat yg bakal menghadapi peperiksaan..


"USAHAlah semampumu..tp jgn sesekali beraqidah bahawa byk usahamu penentu kejayaan..tp berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata2 pdNYA..itulah penentu kejayaanmu. Kejayaan bukan milik sesiapa tetapi adlh milik ALLAH. Jadi,seyakinnya hendaklah dikau pohon dariNYA semata."

17 September, 2010

BacA jAp...

RAMADHAN telah berlalu...SYAWAL yang datang sebagai tanda kemenangan bagi kita. Tetapi ketahuilah bahawa Ramadhan merupakan madrasah yang terbaik bagi jiwa kita. Itulah hakikat yang kadangkala kita tidak menyedarinya. Madrasah ini hanya wujud setahun sekali..walaupon setahun sekali,jika kita berjaya mendapat manfaat sepenuhnya dari madrasah ini, kita akan mampu mendidik jiwa ke arah kebaikan. Sebagai manusia yang akan bertemu ajal pada suatu masa yang telah ditetapkan, kita seharusnya tidak mensia-siakan masa jika kita berjaya bertemu dengan madrasah ini..mungkin tahun akan datang kita tidak sempat lagi untuk bersama-sama dengan bulan ini.Sahabat-sahabat, moga kita akan menjadi pelajar yang terbaik daripada madrasah ini.InsyaAllah.