26 May, 2011

Ke mana hala tuju blog anda?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Alhamdulillah, ana, anda yang membaca entri ini sama ada yang memiliki blog ataupun tidak, sangat bersyukur kerana dapat melayari internet..tak gitu?
Oleh itu, dapat melayari internet adalah salah satu nikmat dari ALLAH.
Dan bagaimanakah cara kita untuk mensyukuri nikmat internet ini? Begitu juga nikmat-nikmat ALLAH yang lain?
Mengucap tahmid;kalimah syukur yakni Alhamdulillah,segala puji hanya bagi ALLAH..dan tidak lupa untuk menggunakan nikmat internet ini ke arah kebaikan!

Ya, ke arah kebaikan..ke arah yang diredhai ALLAH! Ana tegaskan sekali lagi, menggunakan internet untuk menggapai redha ALLAH.. Tidakkah indah begitu?
Jadi,kita sebagai seorang blogger..hendaklah menjadikan nikmat dapat memiliki blog, sebagai wadah/cara untuk kita menggapai redha ALLAH.
Apakah perkara-perkara yang kita boleh buat sebagai seorang blogger, untuk menggapai redha ALLAH?
Kita boleh menyebarkan keindahan Islam melalui blog..berkongsi ilmu yang bermanfaat..saling ingat-mengingati ke arah redha ALLAH..menceritakan pengalaman hidup yang boleh diambil iktibarnya, dan banyak lagi..

Untuk lebih pencerahan, sangat-sangat dialu-alukan ke Blog Aku Macam Haram!, Blogger Itu Pendakwah dan Menulis,seni yang menguatkan.

InsyaALLAH, ana dan ada, sama-sama kita berusaha dalam menjadikan blog ini sebagai medium yang sihat ^_^
Wallahua'lam, ana minta maaf atas segala hal..
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

21 May, 2011

Coretan Buat Jiwa.. (",)



"Masinnya air laut, tidak mampu menyerap dalam isi ikan, tetapi bila ikan sudah mati, secubit pun mampu untuk memasinkannya.. Begitulah HATI.. Hati yang hidup sukar untuk dinodai, tetapi bila hati sudah mati, mudahnya dipengaruhi.. Moga ALLAH sentiasa pelihara hati kita.. Hati yang dipilih ALLAH untuk mendapat hidayah-NYA adalah hati yang menyesali dosa-dosanya.. Moga hati-hati kita adalah hati yang sentiasa mendamba cinta dan kasih Ilahi.."




"Rindukanlah Al-Quran kerana itulah panduan hidup dan pemberi syafaat.. Rindukanlah kematian kerana kematian itu sesuatu yang indah bagi sesiapa yang bersedia menghadapinya.. Dan rindukanlah Tuhan, kerana Dialah kekasih yang setia menanti dan tidak memungkiri janji..tidak seperti manusia yang amat hina dan pelupa..(~_^)"

18 May, 2011

happy besday abg Din..

Alhamdulillah, hari ini umur abang kedua ana,dah masuk 24 tahun.
selamat ulang tahun kelahiran abg din..
semoga peningkatan usia seiring dengan peningkatan amal..

sekadar renungan >_<
semoga umur yang meningkat ini menyedarkan kita bahawa kehidupan kita sebenarnya semakin hampir kepada kematian..

16 May, 2011

tanggal 16 Mei..

16 Mei...

"Hari guru"
Selamat hari guru buat semua guru..
terima kasih kerana mengajar kami anak-anak muridmu..

"Hari Lahir abang Halim"
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-20..
moga abang akan menjadi anak soleh buat ummi & ayah..


*selamat ulang tahun kelahiran ummi tercinta (23 April)
*selamat ulang tahun kelahiran yang ke-12 buat adik bongsu, Fatimah (4 Mei)

12 May, 2011

Puisi Hati Seorang Hamba

Wahai diri,dengarkanlah...


Hati,
Jika kau ingin JATUH CINTA,
hamparkanlah cintamu itu kepada ALLAH dan RASUL-NYA;
Hati,
Bila kau mahu rasa RINDU,
labuhkanlah rindumu itu kepada SYURGA Ilahi nan indah.




Ku katakan begini,
kerna ku tahu cinta-NYA adalah cinta yang bahagia dan hakiki;
kerna ku tahu syurga-NYA adalah janji yang benar dan pasti.


Hati,
Jika kau ingin JATUH CINTA,
hamparkanlah cintamu itu kepada ALLAH dan RASUL-NYA;
Hati,
Bila kau mahu rasa RINDU,
labuhkanlah rindumu itu kepada SYURGA Ilahi nan indah.



Ku nyatakan begini,
agar niatmu yang suci tidak terpesong dari KERANA-NYA,
agar amal solehmu tidak lari untuk ALLAH SWT semata,
agar setiap amal hidupmu adalah untuk menggapai REDHA-NYA;
dengan berteraskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH,
mengambil diri Rasulullah sebagai qudwah.


*Puisi ini hanyalah nukilan sekeping hati seorang hamba, ambillah ibrah daripadanya, walaupun
ianya hanya biasa-biasa sahaja.
Wallahua'lam.
MUJTAHIDAH SOLEHAH.

08 May, 2011

Usia Tua.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. =)

(monolog hati)
Saat ku memandang wajah tua nenekku, ku terfikirkan sesuatu..
Bagaimana agaknya diriku tatkala di usia senja nanti? Jika ALLAH masih memberi diri ini kesempatan untuk hidup dan beramal sehingga umur itu?
Adakah ingatan masih baik? Adakah diri ini masih kuat dan sihat? Siapakah yang akan menjaga diriku atau tiada yang sudi menjagaku?

Alhamdulillah, nenekku dipelihara ALLAH kala dia di usia ini..
Kedua ibu bapaku, dan anak-anak nenekku yang lain bergilir-gilir menjaga nenekku;
Alhamdulillah, daku dapat mengambil ibrah pabila tinggal bersamanya,
Pelbagai cerita, tips dan pengalaman hidup yang dapat ku teladani..
Kisah hidupnya di kala pemerintahan Jepun, pelajarannya yang cemerlang dan pelbagai lagi..

Hari ini dikenali sebagai Hari Ibu(bagi seisi dunia),
Tetapi ana mempunyai definisi yang lain,
Bagi ana, setiap hari adalah Hari Ibu..
Setiap hari adalah hari untukku berbakti kepada kedua ibu bapaku..
Walau tiada di mata, tak bertemu jasad, doa menjadi ganti baktiku buat mereka..
Amal soleh diharap dapat menjadi bekalan buat diri dan buat kedua ibu bapaku di akhirat kelak;
InsyaALLAH Ya ALLAH, Tuhan Sekalian Alam..Amin =)

Ku tanya pada ibuku, "Mak, mak mengharap ke Hari Ibu?"
Jwpn mak saya, "Tak lah..bagi mak, tiap-tiap hari adalah Hari Ibu, tiap-tiap hari kena tolong mak..".
Terima kasih mak! Terima kasih Ya ALLAH! Tidak lupa buat ayahku dan adik-adikku..^_^
Nenekku juga seorang ibu! ^_~

Seperkara lagi..(peringatan untuk diri ini sebenarnya),
Niat yang baik, perlulah seiring dengan cara yang baik dan benar..
Niat untuk menceburi bidang blog ini demi menggapai redha ALLAH, perlulah diiringi dengan cara yang baik seperti?
Menjaga masa...tidak terlalu menggunakan masa yang lama dalam ber'blogging' ini..
Menjaga hubungan baik dengan ibu bapa..
Menulis entry yang bermanfaat buat diri dan pembaca-pembaca..
Jaga tidur..(tidak tidur terlalu lewat);
dan banyak lagi sebenarnya, cuma ana tidak dapat mengungkapkannya dengan lebih lanjut lagi.

Ana menutup bicara ana kali ini dengan sepotong hadis, ana salin dari majalah Solusi isu 30,
hadis ini berkaitan 'ramuan' untuk memburu kemanisan iman ^_^

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman; sesiapa yang cintanya kepada ALLAH dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana ALLAH(dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas ALLAH menyelamatkannya(daripada kekufuran), sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api." (Riwayat Muslim)

Wallahua'lam, moga entry ini ada manfaatnya, buat diri ini dan sahabat-sahabat sekalian ^_^

~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

03 May, 2011

Makanan.

Assalamualaikum w.b.t. shbt2 sekalian.

Post kali ni,nampak agak santai x?
Ke terlebih santai?
Nak tau,baca dulu..^_~

Ermm,kenapa tiba2 ana nak ckp ttg mknn?
Sebab tadi..mak ana ada beli marshmallow..shbt2 suka?
Ana pun suka mkn marshmallow,cuma kena hati2 jugak la time nak beli..sebab ia adlh salah satu mknn yg ada gelatin,dan byk isu yg ana dgr berkaitan gelatin ni..halal ke x dan lain2..

Ana nak tunjuk marsmallow tu,dan ana boleh kata lah yg ana yakin dgn produk tu..
Sebab kami sekeluarga kenal dgn pengeluarnya(xde la kenal mcm kita kenal shbt kita tp kami percaya dgn org tersebut);
Nak tgk x? Tp ana cuma ada satu jenis je marsmallow nye(gambar la).
Ada mcm2 jenis marsmallownye spt ada yg filled with jam,atau bentuk bunga,bentuk aiskrim dll.






Mungkin shbt2 boleh jenguk laman webnye, http://www.asafa.com.my/Index.html
Laman web asalnye adlh http://www.asafa.com.my/ tp,yg di atas ni utk memudahkan pencarian shbt2 sekalian..jemput la menjengah ke sana ^_^
Cewah,ana ni suka sgt promote something..insyaALLAH,something good to us.

Selain menceritakan ttg produk ni,sebenarnya ana nak sentuh satu perkara..ttg makanan,
lebih tepat lagi,PENGAMBILAN MAKANAN KITA..
anggaplah makanan tu termasuk minuman,buah-buahan,sayur-sayuran n pelbagai lagi..

Suka ana nak berkongsi,ana beberapa kali jumpa ayat2 Quran yg menyuruh kita(kata2 ALLAH kpd hamba2-NYA) utk makan makanan yg halal..halalan thoyyiban;
tp ana xingat perintah ALLAH itu..ada siapa2 yg boleh kongsikan di kotak komentar? ingatkan ana ttg kalam suci ALLAH itu(makan mknn halal)?
Trm ksh..kpd yg membaca post ini dan yg sudi kongsikan ilmu dgn ana dan pengunjung2 di blog ini.. Moga dgn kebaikan ini ALLAH akan memberatkan lagi timbangan amal ana dan kalian di akhirat kelak,amiin..

Apa yg ana faham ttg pengambilan makanan ini ialah,ia sebenarnya mempengaruhi kondisi/kebersihan hati kita,
Makanan ini penting bukan sahaja sbg keperluan hidup kita bahkan, membentuk peribadi dan akhlak kita!
Jika kita mengambil/makan makanan yg bersih lagi halal,maka insyaALLAH hati kita menjadi bersih..dan bila hati kita bersih,maka baiklah akhlak kita..meningkatnya peribadi kita;
Jika yg buruk/haram,bagaimana pula? Hati kita bisa menjadi keras,dan kesannya bisa merosotkan akhlak n peribadi kita..

Akhlak adalah 'buah' daripada kondisi hati kita,sbgmana Hadis Nabi,hadis yg ke-6 dlm Hadis 40 oleh Imam Nawawi;

Dari Abu Abdillah An-Numan bin Basyir ra. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, antara keduanya terdapat yang samar yang tidak diketahui oleh banyak umat manusia. Barangsiapa menjaga diri dari hal-hal yang samar itu, maka ia telah menjaga agama dan harga dirinya, dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara yang samar, maka ia telah jatuh dalam wilayah haram, seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang, sedikit lagi ia akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah setiap raja itu mempunyai daerah terlarang. Ketahuilah sesungguhnya daerah larangan ALLAH adalah hal-hal yang diharamkan-NYA. Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati." (HR Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam. Shbt2 dialu-alukan utk berkongsi apa2 yg bermanfaat di ruangan komentar_^ utk penambahbaikan dan istikmal wastakmil,insyaALLAH..