18 June, 2012

Love ALLAH! (",)

23 May, 2012

cerpen hati



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH Tuhan Yang Menciptakan. Hari ini, saya ingin bercerita dalam bentuk cerpen, harap sahabat-sahabat sukakannya ^^


***************************

Jam sekarang menunjukkan 10:49 malam. Lagi beberapa minit untuk menginjak 11:00 malam. Mataku sudah mula ingin dikatup tetapi hati mengatakan tidak. Mata masih ingin menatap skrin laptop sambil akal memikirkan apakah yang hendak ditulis di blog.

Sudah agak lama blog ini tidak dihiasi dengan entri baru. Hati sedikit kucar-kacir mengenangkan sikapku ini. Kerana sikapku, blog ini pula yang menerima tempiasnya; dibiarkan tanpa kata-kata, buat pengingat jiwa.

Namun, akal masih tidak dapat mentafsir tajuk apakah yang boleh penulis bentangkan di sini. Mungkin kerana sudah lama tidak menulis, dan jarang mengasah minda jadi, ilham tidak bertandang dengan izin ALLAH. Jika dilihat dari sudut negatif, keadaan ini akan menyebabkan kita marah, dan seterusnya tiada mood. Tetapi jika dilihat dari sudut positifnya, sesungguhnya ALLAH hendak memberi kita pelajaran agar setiap apa yang kita buat dalam hidup ini, adakah kerana-NYA? Renung-renungkan wahai diri..

Akhirnya, sesuatu menerjah fikiran saya. Sekarang ini, saya ada masa terluang. Jadi, tidur awal lah! Ya.. mengapa tidak?

Sahabat-sahabat, dan buat diri yang menulis ini, pesan saya, jika kita ada peluang untuk tidur awal selepas solat Isyak, maka lakukanlah. Tidak rugi apabila kita tidur awal. Kerana apa? InsyaALLAH apabila kita tidur awal, kita boleh bangun awal. Kita boleh qiamullail. Kita boleh solat sunat qabliah Subuh. Kita boleh solat Subuh awal waktu. Ini pesanan buat memanfaatkan masa lapang kita.

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesehatan dan waktu luang”. (HR. Bukhari, no: 5933)
Rujukan: ustadzmuslim


**********************

Wallahua'alam. Maaf atas salah dan silap saya. Ilal liqa' (sehingga berjumpa lagi) insyaALLAH. Ma'as salamah.. ^_^

08 April, 2012

Tahukah anda?


23 March, 2012

Fattabiouni - Kelebihan hari Jumaat

21 March, 2012

Sunyi ..Sepi...Rindunyaaa..

hari ke-5
di bumi pulau mutiara
sepi
seorang2 je
bersama ayah bonda
rumah sunyi
suara keriuhan tak ade seperti biasa
huu

RINDU..
RINDUUUU..

bila ampa suma nak balik..

Abg MUD..
oitt..bila nak balik..
lama tak jumpa..

Abg DIN..
dengar kata nk balik minggu depan..
cepat la balik..jgn tak jadi balik plak..
orang tunggu nih..

Abg HALIM..
busy praktikal ye...
kesian nye..
keja & belajar baik2..

BULLAH..
ish..dok asrama tu..
jgn nakal2..
semua org syg bullah..
belajar ajin2..

Adik TIMAH..
seronok tak masuk alam sekolah menengah..
hee..minggu nie exam kan?..
do the best..

bila berjauhan macam ni baru la nak mula rindu konon..
kalau jumpa tu mesti ada yang gaduh-gaduh...lawan-lawan..ish2
itulah dinamakan satu "family"...
gaduh-gaduh tu...sekadar main2 je...suka2...
kalau lawan-lawan tu..kami suma suka lawan main game..
dulu masa kecik-kecik..memang kuat la main game..
sampai ayah marah..mana tak nye..keyboard abes rosak..
sapa yg kalah time main game tu..msti dia bengang..
pastu mula la lepaskan kemarahan kt keyboard tu..dia tekan2 suma button..huhu
kesian kat keyboard tu..tak pasal2 jadi mangsa keadaan..
bukan suma la diantara kami yg macam tu...tp ada la yg suka wat camtu..
SIAPA??..
biarlah rahsia..nnti cerita..malu la plak..:)
....................................................
semua ni kenangan masa kecik2 dulu..
dah besar cmnie..semua wat hal masing2..
huu..rindu la zaman kecik2 dulu...

-sekadar gambar hiasan-

dulu kami bertujuh...tapi sekarang dah berenam..
dah hampir 7 tahun abgku yg ke-3 meninggalkan kami sekeluarga..

Abg WAN..
walaupun abg dah jauh di alam sana..
ikah sentiasa rindu kat abg..
kami semua rindu..
Ayah dan Ummi pun rindu..
memang sedih..
masa abg sakit dulu..
ikah seorang je tak sempat nak tengok abg..
tahu2..abg dah pergi..
memang rasa terkilan sgt2..
tapi..syukur..
ikah masih diberi kesempatan oleh Allah..
untuk menatap wajah abg buat kali terakhir..
sungguh tenang wajah abg masa tu..
. tahu tak..
lepas abg dah pergi tu..
hari lepas2 tu..ikah nangis2..
ayah pujuk..ayah kata
"ikah, Allah lebih sayangkan abg wan..kalau abg wan hidup pun..dia selalu sakit2..kesian kat dia.."
yup..
betul kata ayah..
........................
arwah Abg Wan
seorang anak yg istimewa..
abgku "down syndrome"
~moga arwah bahagia di alam sana~


***buat pembaca yang dikasihi dan sebagai peringatan buat diri ini juga:
"hargai setiap insan yg ada dan hadir dalam hidup kita..terutamanya ibubapa kita..berbaktilah dan berbuat baik kepada mereka..sementara mereka masih ada"..:) 

SAYA NAK BERUBAH..:)

huu.....(tiup habuk)

ha???

dah berhabuk ye laman nie..:).

lamanya tak coret-coret kat sini...

alhamdulillah,

hari ini..

Allah izinkan tangan ini untuk menekan keyboarad menulis diruangan ni..

alhamdulillah..syukur2..

alhamdulillah..

kesihatan juga semakin baik..(huhu..sntiasa fikir positif)
*masih ingat kata2 ummi fizah (seorg doktor yg amat ku kagumi).."baguslah kalau wan fikir positif,moga lepas ni wan cepat sembuh"

sejak tak sihat hari tu...blog nie dah lama tak jenguk..:(

kalau jenguk pun..tangan rasa berat nak menulis..rasa tak de semangat..huu

TAPI..

itu dulu..sekarang katakan TAK NAK..

saya nak berubah...

semangat saya dah kembali SEBABnya..

saya ADA...Ibu bapa yg sangat sayang saya

saya ADA...sahabat2 yg sangat OSEM..

saya ADA...orang sekeliling yg sgt mengambil berat tentang saya..

yg paling penting..
saya ada DIA...DIA sayang saya..sebab tu DIA beri ujian...

duhai diri..
lemahnya engkau..
baru sedikit diuji..
kau sudah mengeluh...
hilang semangat..
kau lupa ye..
kaukan ada DIA..
DIA tempat kau meminta..
DIA tempat kau merintih..
usah sedih dengan ujian
berbahagialah wahai diri
setiap kali kau diuji


ya Allah..
ku bersyukur dengan segala nikmat pemberianMU..

satu ungkapan saya pelajari dari seorg ukhti:
"sihat itu nikmat..
sakit itu juga nikmat.."
(^______^)

~saya suka lihat bunga..rasa bahagia~

25 February, 2012

Fiqh Wanita

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Sahabat-sahabat apa khabar? Maaf ye sebab dah lama ana tak bertanya khabar kalian.. =(
Entri kali ini, ana nak berkongsi ilmu yang ana dengar daripada kuliah fiqh wanita;
Moga bermanfaat,amin~

http://mujtahidahsolehah.blogspot.com/2012/02/fiqh-al-marah-fiqh-wanita.html#

24 January, 2012

Awak,nak tahu tak..



Ukhwah Islamiyyah..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Ehee..agak lama kan penulis tidak menulis di sini? Minta maaf ye semua.. Doa ana mudah-mudahan sahabat-sahabat sentiasa di bawah rahmat dan redha-NYA, amin (",)

Bagi ana, apabila ana menulis di laman ini, ana seolah-olah mencoretkan isi hati ana.. Adakah salah berkongsi isi hati? Tidak..tidak salah jika caranya atau inti pati kepada isi hati itu tidak melanggar syariat ALLAH.. ^^

Sahabat-sahabat, inni ukhtukum fil islam.. Sesungguhnya ana adalah saudara kalian di dalam islam.. Oleh itu, ana sayangkan sahabat-sahabat (saudara-saudara seislam) kerana-NYA.. Bermakna, sebagaimana ana sayang diri ana, begitu jugalah ana cuba dan sayang sahabat-sahabat kerana-NYA.. Ana nak redha ALLAH, oleh itu ana nak juga sahabat-sahabat mendapat redha ALLAH; ana nak masuk syurga, oleh itu ana nak juga sahabat-sahabat masuk syurga.. Sweet tak ukhwah dalam islam? ^_^

Alhamdulillah, tadi ana jumpa hadis ini,


عَنْ أَنَسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. رواه البخارى,باب من الاِيمان أَن يحب لأخيه....,رقم:13

Dari Anas Radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri sendiri. (HR Bukhari)


Jika kita menyingkap kisah-kisah para sahabat Nabi, iman mereka sangat hebat! Ukhwah mereka juga terjalin kerana keimanan mereka kepada ALLAH Yang Maha Esa. Marilah kita teladani Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda, serta orang-orang yang mengikuti ajaran Baginda! ^_^

 "Apabila semua berpaksikan kepada iman, ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa"

Nak dapat redha dan syurga ALLAH, kita kenalah mentaati segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Berusaha untuk mencapai darjat taqwa. Peringatan untuk diri, dan sahabat-sahabat ^^ Taqwa bermaksud, melaksanakan segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH.

Coretan ringkas untuk kali ini. Mudah-mudahan meresap ke hati. Lalu hati bisa menggerakkan anggota badan kita untuk beramal ibadah kepadaNYA (",)

Akhir kalam, ana memohon ribuan kemaafan, dan terima kasih yang tiada terhingga, kerana sudi membaca, menjenguk di laman ini. Inni ukhtukum fil islam! (",)


Sesiapa yang belum baca, jemputlah baca. Untuk lebih kefahaman dan praktikal dalam ukhwah, insyaALLAH ^^

01 January, 2012

selamat bercuti...(",)

Cuti MidSem penulis dah bermula~

ayuh!!
sahabat-sahabat semua..

jom..
kita manfaatkan masa yang ada..

moga cuti kita terisi..
sentiasa bermanfaat dan berprestasi~

~selamat bercuti~